Aku masuk ke kelas. Aku lihat kawan-kawan aku yang lain sibuk bermain dan membuat hal masing-masing. Anda sedia maklum bahawa para guru akan tiba di kelas agak lewat selepas waktu rehat. So, mereka gunakanlah peluang keemasan ni untuk buat apa yang diorang suka. Sebenarnya benda ni dah memang jadi kebiasaan bagi para pelajar untuk meluangkan masa mereka dengan perkara-perkara yang hampir berfaedah. Haha.
Aku duduk di tempat aku lalu aku mengeluarkan buku teks Sejarah. Just saja-saja nak baca. Lagipun tadi lupa nak pinjam buku kat library. Tengah aku duk syok baca buku teks yang 'bersejarah' tu, tetiba pulak ada orang yang panggil aku. Hilang konsentrasi aku. Ohh. Rupa-rupanya budak yang duduk sebelah aku ni haa yang panggil.
(Syafiq)- Hai, Izrin.
(Aku)- Hai, Syafiq. Yes, ada apa kau panggil? Apa yang penting sangat tu?
(Syafiq)- Hmmhh, macam ni. Boleh tak kalau kita jadi kawan. Aku rasa tak senang bila kita selalu bergaduh macam ni.
(Aku)- Ohh, pasal tu. Boleh je.
(Syafiq)- What? But, how?
(Aku)- Tadi kat library aku dah bincang dengan Yana pasal benda ni. Aku cakap baik kita stopkan semua ni. Lagipun tak ada faedahnya pun kita berperang bagai ni. Kitorang suggested yang lebih baik kita jadi kawan balik macam dulu. Aku suruh dia lupakan pasal hubungan aku dengan dia. Biarkan benda tu jadi sejarah buat kitorang.
(Syafiq)- Ohh, macam tu rupanya.
(Aku)- Takpe, lagipun dia dah ada kau sekarang.
(Syafiq)- What do you mean?
(Aku)- Aku cakap sekarang ni dia dah ada kau untuk selalu bersama dia. Untuk selalu buat dia gembira.
(Syafiq)- Betul ke apa yang kau cakap ni, Izrin?
(Aku)- Ya, betul. Aku maksudkannya. Aku dah maafkan kau Syafiq. Aku tahu kau lebih layak untuk jadi boyfriend dia berbanding aku. Kau lebih sesuai bersama dengan dia. Aku ni memang dah takde peluang lagi dah untuk bersama dengan dia. Aku ni memang tak layak untuk dicintai oleh Yana tu. Ya, aku redha dengan semua ni. Aku terima kau sebagai pengganti aku. You are better than me right?
(Syafiq)- Tak, Izrin. Semua tu tak betul. Semua orang layak untuk dicintai Izrin. Just aku nak kau jangan fikir negatif sangat. Aku tahu satu hari nanti mesti kau dapat jumpa cinta kau.
(Aku)- Ya, I trusted that. Tapi buat masa sekarang ni , inilah hidup aku. Seorang yang duka. Seorang yang sedih kehidupannya.
(Syafiq)- Tak. Hidup kau tak akan sepenuhnya sedih, Rin. Aku tahu satu hari nanti kau mesti akan gembira balik. Dan aku akan tolong kau untuk capai kegembiraan tu. Aku janji.
(Aku)- Okay, betul kau nak tolong aku dapat kegembiraan aku balik.
(Syafiq)- Ya, betul.
(Aku)- Okay, aku nak kau janji dengan aku yang kau treat dia dengan sebaik-baiknya. Treat dia macam mana aku treat dia dulu. Cintai dia dengan sepenuh hati kau. Tolong jangan pernah buat dia sedih. Sebab si Yana tu kalau merajuk susah nak pujuk, haha. Aku percayakan kau Syafiq. I believe that you will be the best boyfriend that she ever had in her life.
(Syafiq)- Kau ni buat aku sedihlah. Okay, aku akan treat dia better. Aku janji takkan buat dia sedih. Dan aku janji akan jadi boyfriend terbaik yang dia pernah ada.Kami berdua ketawa terbahak-bahak selepas mendengar kata-katanya itu.
(Aku)- Okay, baik. Dan tolong jangan curang dengan dia. Kalau aku tahu kau curang dengan dia nahas kau aku kerjakan. Aku akan pastikan kau menyesal hidup kat dunia ni. Hahaha.
(Syafiq)- Haha, okay aku janji takkan curang dengan dia. So, now we are friend?
(Aku)- No.
(Syafiq)- What?
(Aku)- Haha, gurau je. Mestilah ya. Kita kawan. Kalau kau nak stay jadi musuh aku pun takpe. Aku tak kisah. Boleh aku belasah kau lagi. Haha.
(Syafiq)- Haha, okay kita jadi kawan.So, begitulah perbualan kami sehingga seorang guru masuk ke kelas kami. Haha. Sembang sampai tak ingat dunia. Aku tahu kau yang terbaik untuk dia, Syafiq. Kau lah pilihan hati dia. Aku harap kau takkan hampakan dia. Tolong kotakan janji kau pada aku. Tolong cintai dia dengan sepenuh hati kau. Jangan sesekali kau kecewakan dia. Dan tolong jangan tinggalkan dia. Biarlah semua ni menjadi sebuah penerimaan. Aku terima kau untuk gantikan tempat aku. Aku percayakan kau Syafiq Alif. Jangan hampakan harapan aku.
Hari sudah malam. Aku sekarang berada di atas katil kesayangan aku, berbaring sambil bermain telefon aku. Sedang aku sibuk bermain, tiba-tiba satu mesej masuk di aplikasi Whatsapp aku. Aku dengan segera membuka aplikasi Whatsapp itu.
(New message)
(Unknown)- Hai, Izrin.
(Aku)- Ermm, hai. Boleh aku tanya siapa ni?
(Unknown)- Takkan kau tak kenal aku siapa?
(Aku)- Mestilah aku tak kenal. Kat sini tulis 'unknown'.
(Unknown)- Ohh. Ni aku lah Syafiq. Kawan baru kau.
(Aku)- Hmmhh, kau rupanya. Mana kah dapat nombor aku?
(Syafiq)- Adalah secret. Haha. Takdelah, Yana bagi kat aku.
(Aku)- Ohh, macam tu. Apahal mesej aku tetiba malam-malam ni?
(Syafiq)- Ni haa, aku ada benda nak bincang dengan kau.
(Aku)- Apa dia?
(Syafiq)- Boleh tak weekend ni kau join aku dengan Yana pergi tengok movie kat Mall?
(Aku)- Why I need to join u guys?
(Syafiq)- Because this is her request. She want you to join us too. Dan aku pun rasa kau patut join sekali. Lagipun kita kan dah jadi kawan apa salahnya kita pergi tengok movie kan.
(Aku)- Ya, aku tahu. Tapi aku tak selesalah kalau pergi dengan korang je. Lagipun tak bagus kalau ada orang ketiga ni.
(Syafiq)- Alah, apa susah. Ajaklah sape-sape kawan kau join sekali. Takdelah kau rasa 'awkward' sangat nanti.
(Aku)- Hmmhh, tengoklah macam mana nanti. Bagi aku fikir siapa yang aku nak ajak join aku. Hisshh, korang ni, apahal last minute baru nak plan? Semak kepala aku.
(Syafiq)- Haha, sorry. Lagipun semua ni plan Yana. Not me. So, would you like to join us?
(Aku)- Okay. Tapi nanti aku bagitahu siapa yang nak join aku nanti ya.
(Syafiq)- Okay, boek. Nanti papehal contact aku ya.
(Aku)- Okay.
(Syafiq)- Bye, good night
(Aku)- Ya, bye. Gud nite too.
Aku tutup aplikasi Whatsapp dan terus sambung bermain dengan game yang aku pause tadi. Fuhh, nasib baik tak kena restart balik, kalau tidak mampus aku. Dah la aku sampai kat level tinggi pastu kena restart balik.
Memang pecahlah semua benda yang ada kat dalam bilik ni. Haha.Hmmhh, pelik betullah budak ni. Baru jadi kawan dah ajak hangout. Good effort. Aku tahu diorang cuma nak berbaik dengan aku balik. Takpe aku faham apa yang korang tengah usahakan. Semua ni pun sebahagian daripada penerimaan. Kita memasing tengah cuba untuk terima situasi sekarang ni. Macam yang aku cakap sebelum ni, kita perlu hargai persahabatan. Jangan sesekali kita putuskan sebuah persahabatan kerana iainya susah untuk dicari. Okay, done for that. Soalan sebenarnya sekarang ni ialah, siapa yang patut aku ajak join tengok movie weekend ni? Siapa je yang free weekend ni? Siapa je yang sanggup teman aku weekend ni? Hmmhh, persoalan itu masih lagi mempunyai tanda soal. Haaa, aku dah tau dah siapa yang aku nak ajak. Aku rasa dia mesti nak join aku nanti. Macam manalah aku boleh terlupa pasal dia. Dialah orangnya yang selalu teman aku keluar pergi mana-mana. Okay, aku mesti cakap dengan dia pasal ni. Harap-harap dia setuju nak join aku.
Kalau tidak aku kenalah batalkan permintaan Syafiq dengan Yana. Okay, here we go.To be continued..
-hope u guys enjoyed the story
-thanks a lot to all readers, you're the best
-keep reading and don't forget to vote guys
-luv u guys so much
YOU ARE READING
Sebuah Senyuman Untukmu
Teen FictionWalaupun kisah cinta kita hanya kekal sebagai sebuah mimpi, aku tetap gembira melihat kebahagiaan yang kamu miliki. Biarlah kisah antara kita terus berlalu. Kegembiraan dan kesedihan tidak akan kekal bersama kita selamanya. Biarlah senyumanku menjad...