(Bab 9)- Kesedihan

36 3 0
                                    

Dia berdiri di hadapan kelas. Dia hanya memandang sekeliling kelas memerhatikan kelakuan kami.
(Azmira)- Bangun. Selamat pagi cikgu.
(Semua)- Selamat pagi cikgu.
(Cikgu Rosel)- Selamat pagi semua. Okay, kamu semua boleh duduk.
Setelah selesai memberikan salam kepada cikgu Rosel, kami semua kembali duduk. Tidak lama kemudian, cikgu Rosel bangun dari tempatnya dan bergerak menuju ke arah Syafiq.
(Cikgu Rosel)- Baik semua, hari ni kita ada pelajar baru. Syafiq, sila kenalkan diri kamu kepada mereka.
(Syafiq)- Baik cikgu. Saya Syafiq Alif Ahmad Zikri. Korang boleh panggil Syafiq atau Alif. Umur 15 tahun. Saya tinggal di Taman Makmur. Hobi saya ialah bermain bola sepak. Cita-cita saya pulak nak jadi pemain bola sepak profesional. Saya ada Instagram, Whatsapp, Telegram dan Facebook.
(Cikgu Rosel)- Hmmh, kalau ya pun tak payahlah full sangat.
(Syafiq)- Haha, maaf cikgu.
Satu kelas ketawa melihat gelagat Syafiq yang lucu tu. Semua gelak kecuali aku. Hal ni sebab, aku tahu siapa dia yang sebenarnya. Aku benci apa yang dia dah buat kat aku. Takkan sesekali aku maafkan kau, Syafiq.
(Cikgu Rosel)- Okay Syafiq, kamu boleh duduk di sebelah Izrin. Lagipun sebelah Izrin tu memang kosong. (Kata cikgu Rosel sambil menunjukkan ke arah tempat duduk kosong di sebelah aku.)
(Syafiq)- Hmmhh, baik cikgu.
Syafiq akur dengan arahan cikgu Rosel lalu terus menuju ke tempat kosong di sebelah aku. Ahhhgghhh, tak guna. Dalam banyak-banyak tempat kat dunia ni, kenapa sebelah aku jugak. (Rungut aku dengan penuh kemarahan dalam hati) Dengan tiba-tiba dia menegur aku.
(Syafiq)- Hai, Izrin. (Katanya sambil menghulurkan tangan untuk bersalam)
(Aku)- Hai. (Kataku selamba lalu menyalamnya.)
(Syafiq)- Ermm, Izrin..
(Aku)- Tutup mulut kau. Kau tak ingat apa yang aku pernah cakap dulu.
Selepas mendengar kata-kataku itu, dia langsung tidak berani bersuara di hadapanku lagi. Tak guna. Hari adalah hari yang paling teruk dalam hidup aku. Hmmhh, apa lagilah yang akan terjadi kepada aku lagi lepas ni. Ya Allah, engkau bantulah hambaMu yang malang ini.

Keesokan harinya, aku hadir ke sekolah seperti biasa. Aku masuk ke kelas tanpa sebarang perasaan. Aku dan Syafiq masih tidak bercakap lagi. Walaupun dia duduk di sebelah aku, tapi memang susah untuk dia bercakap dengan aku. Hal ini atas ugutan yang telah aku berikan. Kalau dia berani jugak, memang bodohlah dia. Tiba-tiba dia datang kepada aku. Dia pandang tepat ke arah mata aku. Memang ada yang ingin dia katakan pada aku.
(Syafiq)- Izrin, kita kena berbincang.
(Aku)- Bincang apa lagi Syafiq? Apa lagi yang kau nak daripada aku?
(Syafiq)- Aku nak mintak maaf kat kau. Aku just nak kita jadi kawan.
(Aku)- Dah lah Syafiq. Aku tak boleh nak maafkan kau. Apa yang kau dah buat betul-betul beri kesan pada hidup aku.
(Syafiq)- Aku..aaku betul-betul nak mintak maaf, Rin. Aaku ttahu semua ni salah aku.
(Aku)- Ya, memang betul. Semua ni memang berpunca daripada. Apa tak cukup kau rampas dia daripada aku? Kau tau tak kau dah musnahkan harapan aku Syafiq.(air mata aku dah mula mengalir) Kau ambil dia. Kau ambil dia daripada aku. Aaku betul-betul sayangkan dia. Kau hancurkan hati aku. Aku ikhlas bercinta dengan dia. Dialah satu-satunya yang pernah buat aku jatuh cinta. Tapi semua tu hanyalah satu permainan buat dia. Dia ingat semua yang aku pernah buat untuk dia tu adalah main-main. Tapi, sejak kehadiran kau, dia makin jauh dari aku. Dia lebih sukakan kau. Dia lebih sayangkan kau. Ya, aku tahu yang aku ni tak sempurna untuk dia.
(Syafiq)- Tak, Izrin. Semua tu tak betul. Kau jangan cakap macam tu.
(Aku)- Habis tu apa Syafiq?(aku genggam kolar lehernya) Apa yang aku dah buat kat dia sampai dia tinggalkan aku? Dan kau. Kenapa kau tak pernah munculkan diri kau depan aku. Bagitahu aku kebenarannya. Bagitahu pasal hubungan korang. Ke ni memang plan korang untuk hancurkan hati aku.
(Syafiq)- Tak, Rin. Sebenarnya aku pun tak tahu. Semua ni memang kehendak Yana. Aku hanya akur.
(Aku)- So, memang betullah apa yang aku rasakan selama ni. Memang dia tak pernah cintakan aku. Dia anggap hubungan aku dengan dia tak pernah wujud. Okay, sekarang aku faham. (Air mata aku tak henti-henti mengalir.)
Sampai hati dia buat macam ni kat aku. Apa salah aku kat kau Yana? Kenapa kau tak pernah berterus terang?
(Irfan)- Weyh Izrin. Kenapa dengan kau ni? Kenapa kau menangis?
(Aku)- Hmmhh, takde apa Irfan.
(Irfan)- Habis tu apasal kau genggam kolar leher Syafiq? Apa yang dia dah buat?
Aku lepaskan genggaman tersebut lalu aku beredar dari situ. Aku berlari menuju ke tandas untuk membasuh mukaku.
(Irfan)- Hoi Syafiq. Apa jadi kat dia? Apa yang kau dah buat kat dia?
(Syafiq)- Aaku ttak tahhu Irfan? Aku rasa memang banyak kesalahan yang aku dah buat kat dia.
(Irfan)- Aku rasa kesalahan kau tu mesti besarkan. Sampai mengalir air mata si Izrin tu.
(Syafiq)- Ya, kesalahan yang aku buat tu memang besar. (Katanya dengan penuh rasa bersalah.)
Kemudian mereka berdua kembali ke tempat duduk masing-masing tanpa sebarang kata.

Sekarang waktu rehat tetapi aku tiada di library. Aku tiada tempat biasaku. Aku berada di belakang sekolah iaitu di belakang bengkel kayu. Kawasan tersebut sangat tersorok. Buat seketika aku tak nak sesiapa menemui aku. Kesedihan aku ni bagaikan sebilah pisau menikam ke jantung aku. Kesedihan aku mulai bertukar menjadi kesakitan. Kesakitan yang hanya boleh dirasai oleh mereka yang ditinggalkan.
Aku menangis sepuas-puasnya. Air mataku tak henti mengalir membasahi mukaku. Tiba-tiba aku melihat seseorang menghampiri aku. Hmmh, Ardy Azim rupanya. Dia kawan baikku dari kelas sebelah. Memang dia sorang je kat sekolah ni yang tau mana nak cari aku kalau aku hilang. Dia juga seorang yang sering faham dengan semua masalah yang pernah aku alami. Dia jugalah yang sering memberikan aku semangat supaya tidak mudah putus asa dengan masalah yang aku hadapi. Dia tahu apa yang perlu aku buat untuk hadapi masalah tersebut.
(Ardy)- Izrin. Apa kau buat kat sini?
Kenapa kau menangis?
(Aku)- Hhhai, Aarddy. Takde. Takde pape. There's nothing for you to worry about me. I'm just a fool!!.
(Ardy)- Jangan cakap macam tu. Aku tahu, ni pasal Syafiq dengan Yana kan.
Mata aku dah terbuka luas. Aku terkejut. Memang betul dia tahu apa yang aku tengah alami.
(Aku)- Mmana kkau ttahu?
(Ardy)- Hmmh, kau kan kawan baik aku mestilah aku tahu. I know you Izrin Hakim. You never be like this except it's about that girl.
(Aku)- Aku just nak..
(Ardy)- Takpe Rin, teruskanlah menangis. Luahkan semua yang kau pendam. Aku tahu kau selalu pendam banyak benda tapi aku rasa ini yang paling teruk.
(Aku)- Hghhggh, kau tahu aku eh. Ya, memang betul kau ni kawan baik aku.
(Ardy)- Of courselah. Walaupun pun kau tinggalkan aku masa kau couple dengan Yana dulu, aku tetap anggap kau kawan baik aku.
(Aku jadi makin sedih lah pulak. Aduh Ardy, time ni lah kau nak buat cerita sedih kau.)
(Aku)- Hmmhh, sorrylah kalau aku buat kau rasa terpinggir.
(Ardy)- Takpe aku tak kisah pun. Lagipun semua tu yang buat kau jadi lebih happy. Aku sebenarnya suka tengok kau selalu happy. Bila kau happy kau nampak comel, tapi bila kau sedih kau nampak macam badut yang boring, haha.
(Aku)- What badut? Kau kata aku badut eh. (Kata ku sambil memukul bahunya)
(Ardy)- Hahh, ni lah Izrin yang aku kenal. Izrin yang aku kenal selalu tolong aku dan suka bergurau. Dia suka buat lawak. Dia selalu solve problem orang lain. Dia suka gembirakan orang lain berbanding diri sendiri. Dia selalu senyum walaupun pun dia ada banyak masalah. Dia sayangkan semua benda walaupun benda tu akan menyakitkan hati dia sendiri. Dan dia ni seorang yang kuat touching, haha. Dialah kawan terbaik yang aku pernah ada.
(Aku ketawa seraya air mataku terus mengalir)
(Aku)- Thanks bro. Kau memang pandai pujuk aku kan. (Aku menyeka air mataku dan mula tersenyum)
(Ardy)- Hahh, senyum pun. Macam ni barulah semua orang suka. Dah tu, takyah nangis lagi lepas ni.
(Aku)- Okay, Ardy. I will never cry again after this.
(Ardy)- Izrin, aku nak kau lalui semua ni dengan tenang, dengan positif kay. Aku nak kau try untuk move on dengan semua ni. Aku nak kau lupakan dia. Aku nak kau lupakan kesedihan kau. Walaupun semua tu perit tapi nak kau tahu, kitorang semua nak kau senyum dan gembira balik. Just try your best to forget all of this. I know you can do it bro.
(Aku)- Okay, I'll try my best.
(Ardy)- That's my real bestfriend.
(Aku)- Haha, sebab ni lah bersyukur ada kawan macam kau. Kau selalu ada bila aku perlukan. Sayang kau, haha.
Kami berdua ketawa sepuas-puasnya. Akhirnya, aku dah dapat semangat untuk tempuhi semua ni. Kau memang terbaiklah Ardy. Engkaulah si Bepo. That's what I call friendship.

Selepas puas menangis dan ketawa bersama-sama dengan si Ardy tu, kitorang pun balik ke kelas masing-masing. Walaupun muka aku masih basah dengan air mata, tapi aku tetap tersenyum. Seperti yang aku katakan sebelum ni, biarlah senyuman menjadi jawapan kepada semua masalah. Kata-kata tu takkan aku lupakan. Kegembiraan bukan milik kita selamanya termasuk juga dengan kesedihan. Biarlah ia datang dan pergi.

To be continued..
-i really love this story, hope u guys enjoyed it too
-thanks to all readers and don't forget to vote
-luv u guys so much
-be a part of 'Sebuah Senyuman Untukmu'

Sebuah Senyuman UntukmuWhere stories live. Discover now