3 bulan sudah berlalu. Peperiksaan awal tahun iaitu PK1 juga baru berakhir. Alhamdulillah, aku mendapat keputusan yang cukup cemerlang, begitu juga dengan Yana keputusannya juga cukup membanggakan. Oh ya, kami berdua masih bersama. Apa, ingat hubungan kitorang tak kekal lama ke. Tapi, aku betul-betul berharap benda tu tak berlaku. Lagipun, kitorang makin lama makin rapat dan dah ramai juga yang tahu yang aku dengan Yana dah couple.
"Is it just our bodies?
Are we both losing our minds?
Is the only reason you're holding me tonight
'Cause we're scared to be lonely?
Do we need somebody
Just to feel like we're alright?
Is the only reason you're holding me tonight
'Cause we're scared to be lonely?"
(Scared to be Lonely - Martin Garrix & Dua Lipa)
Hmmhh, tetiba pulak lagu ni muncul dalam minda aku. Lagu ni sebenarnya best tau. Tengok lirik tu pun dah boleh faham apa yang penyanyi tu nak sampaikan.Aku sekarang berada dalam kelas menanti ketibaan guru yang seterusnya. Ya, sekarang adalah waktu pertukaran guru. Kawan- kawan aku yang lain sibuk buat hal masing-masing sementara aku sedang sibuk menyiapkan homework semalam. Ada beberapa soalan yang aku tak faham. Aku rasa baik aku pergi tanya Irfan macam mana nak buat.
(Aku)- Weyh, Irfan buat apa tu?
(Irfan)- Ni haa, aku tengah siapkan homework semalam tu.
(Aku)- Oh, samalah kita. Weyh, boleh tak kau tolong aku buat soalan ni?
(Irfan)- Hmmhh, soalan yang mana? Oh, yang ni. Mehh aku tolong.
(Aku)- Okay, terima kasih.
Kitorang pun terus menyiapkan homework tersebut sehingga seorang guru masuk ke dalam kelas. Nasib baik si Irfan ni ada. Kalau tidak susah aku nak siapkan homework tu.Loceng sudah berbunyi yang bermaksud sekarang adalah waktu rehat. Hmmhh, bolehlah aku jumpa dia.(kataku dalam hati sambil tersengih) Seperti biasa, aku akan menunggunya di hadapan kelas supaya kami dapat pergi ke library bersama-sama. Setelah dia sampai, kami pun terus menuju ke library.
(Aku)- Awak macam mana belajar tadi?
(Yana)- Hahh, okay je tadi. Cikgu Haryati kalau ajar memang best. Awak dah makan ke belum?
(Aku)- Belum.
(Yana)- Awak tak lapar ke? Nanti perut kosong susah nak buat kerja.
(Aku)- Alah, awak takyah lah nak pasal saya ni. Saya okay je. Tengok awak pun saya dah kenyang.
(Yana)- Allah, dia dah mula dah. Tak habis-habis dengan ayat manis dia tu. (Bukan semua ayat dia tu manis, kekadang masam jugak, haha)
(Aku)- Dah kenapa sengih sorang-sorang?
(Yana)- Hahh, takde apalah.
(Aku)- Yelah tu. Entah-entah dia mengumpat kita.
(Yana)- Hissh, awak ni mana ada. Dah jom lah cepat nanti waktu rehat habis.
(Aku)- Okay jom. Siapa lambat kena kiss orang yang menang, haha.
Kitorang pun mula berlari ke library. Malang sekali, kami seri.(sedih) Kami lakukan tugas masing-masing sehingga waktu rehat tamat.Sebenarnya aku lihat seperti ada sesuatu yang pelik dengan Yana. Sejak kebelakangan ni, dia asik-asik berkelakuan ganjil. Ianya seperti bukan dirinya yang sebenar. Contohnya, dia kekadang lebih suka berjauhan daripada aku dan sudah makin susah untuk membalas mesej daripada aku. Aku harap tiada apa-apa yang akan berlaku di antara kami.
Ilyana Aulia
Aku tak tahu macam mana nak bagitahu dia. Aku rasa serba salah apabila berada bersama dengan dia. Sebenarnya, ada benda yang hendak aku beritahu dia. Tapi aku takut yang dia susah untuk menerima kenyataan. Aku kenal Izrin tu macam mana, dia baik, dia setia dan dia tu pandai jaga hati aku. Memang dah lama aku nak bagitahu dia pasal benda ni, tapi masa tak mengizinkan. Aku rasa kena bagitahu dia dengan segera sebelum sesuatu yang buruk berlaku. Baiklah, aku kena kuatkan semangat. Aku kena berterus terang dengan dia. Aku mintak maaf ya Izrin.Izrin Hakim
Aku sudah pulang ke rumah. Seperti biasa aku akan menyalin pakaian dan makan tengah hari bersama- sama ibuku. Setelah selesai makan, aku masuk ke bilikku dan berehat di atas katilku yang empuk. Tiba- tiba, telefonku berdering, seperti biasa lagu Scared to be Lonely . Panggilan tersebut adalah daripada Yana. Dia ingin berjumpa dengan di taman tasik berdekatan dengan rumahnya dengan segera. Dia kata urgent. Tapi kata-katanya seakan-akan dia sedang bersedih. Mesti ada benda yang dia nak confess kat aku. Aku mula rasa tak sedap hati. Aku ketepikan perasaan tu dan terus menunggang motosikalku ke tempat yang telah dikatakan oleh Yana. Aku tak tahulah kejutan apalah yang sedang menanti aku kat taman tu. Aku harap ia tak memberi kesan buruk kepada aku dan juga Yana.Akhirnya aku tiba di taman yang telah dikatakan oleh Yana. Aku parkirkan motor aku lalu terus berlari ke tempat yang Yana sedang menanti aku. Setibanya aku di situ, aku berasa amat terkejut. Aku terlihat Yana sedang duduk di sebuah bangku dengan seorang budak lelaki yang aku rasakan seumur dengannya. Aku terus menuju kearah mereka. Yana bangun lalu menghampiri aku. Mukanya seakan dia baru sahaja menyeka air mata yang mengalir di pipinya.
(Aku)- Kenapa awak tetiba mintak saya datang sini? Ada apa yang penting sangat?
(Yana)- Rin, ada something yang Yana nak bagitahu Rin. Sebenarnya, benda ni memang dah lama Yana nak bagitahu Rin, tapi takut Rin susah nak menerimanya.
(Aku)- It's okay Yana. Just tell me what the important thing that you really want to tell me. Just tell me the truth Yana.
(Yana)- Okay, the truth is...To be continued..
-wahh..tak sangka boleh jadi macam ni..cerita ni makin lama makin menarik..
-walau apa pun yg berlaku teruskan membaca and don't forget to vote..
-luv u guys..
#theKOÜGA
YOU ARE READING
Sebuah Senyuman Untukmu
JugendliteraturWalaupun kisah cinta kita hanya kekal sebagai sebuah mimpi, aku tetap gembira melihat kebahagiaan yang kamu miliki. Biarlah kisah antara kita terus berlalu. Kegembiraan dan kesedihan tidak akan kekal bersama kita selamanya. Biarlah senyumanku menjad...