Hari ni hari Ahad. Aku sekarang sedang termenung di meja sekolahku. Ya, hari ni aku sekolah. Cubalah teka negeri mana yang sekolah pada hari Ahad. Aku sibuk termenungkan tentang peristiwa yang baru berlaku semalam. Aku macam tak boleh nak percaya dengan apa yang dah berlaku.
(Aku)- Yana, I love you. I love you so much .
(Yana)- Kau ni dah kenapa Izrin? Demam eh?
(Aku)- Ya, aku demam cinta dengan kau Yana.
(Yana)- Kau biar betul ni Rin? Betul ke ni diri kau?
(Aku)- Ya, ini aku Yana. Aku dah lama sukakan kau Yana. Sejak insiden tahun lepas aku dah start sukakan kau Yana. Aku just takut nak berterus terang dengan kau. Aku takut kau tak suka aku.
(Yana)- So, sebab ni lah kau berkelakuan pelik dengan aku selama ni. Aku sebenarnya susah nak percaya sekarang ni.
(Aku)- Ilyana Aulia, sudi tak kau couple dengan aku?
(Yana)- Aku bukan tak nak terima tapi dalam kepala otak aku sekarang ni ada banyak sangat persoalan.
(Aku)- So, kau tak nak terimalah ni.(a ku dah mula buat muka sedih)
(Yana)- Aku bukan tak nak terima tapi.... Okay fine, aku terima. Kita couple tapi boleh tak kalau kita diam-diam dulu?
(Aku)- Okay, anything for you. (Aku nampak muka dia dah mula merah, blushing lah tu, haha)
Selepas perbualan itu kami pun pulang ke rumah masing-masing.Aku kembali ke alam realiti semula. Kawan-kawan aku yang lain semua sedang bersuka ria dalam kelas, mana tak suka time ni time pertukaran guru. So, diorang bolehlah nak buat apa yang diorang nak. Aku lihat ke pintu masuk kelas, aku lihat seseorang yang memang aku kenali iaitu Cikgu Aza masuk ke dalam kelas. Cikgu Aza adalah guru subjek Matematik dalam kelas aku.
(Azmira)- Bangun. Selamat pagi cikgu.
(Semua)- Selamat pagi cikgu.
(Cikgu Aza)- Selamat pagi semua. Okay, kamu boleh duduk.
(Semua)- Terima kasih cikgu.
(Cikgu Aza)- Ermm, Auni boleh tak kamu tolong padamkan whiteboard ni?
(Auni)- Baik, cikgu.
Auni pun bangun daripada tempat duduknya dan terus pergi ke whiteboard untuk memadamkannya.
(Cikgu Aza)- Baiklah, kita teruskan dengan tajuk baru iaitu Bulatan II.
(Semua)- Baik, cikgu.
Tiba-tiba aku teringatkan si Yana, hmmhh. Bukan apa, dah memang setiap masa aku asik fikirkan pasal dia, mana taknya kitorang dah couple tapi takde siapa pun yang tahu, itu semua atas permintaan Yana sendiri.Sekarang waktu rehat, aku sudah pun berada di library. As a Ketua Pengawas PSS tingkatan 3, aku kena tunjukkan contoh yang baik kepada budak- budak junior. Seperti yang aku jangkakan, Yana masuk ke library dan terus menuju ke kaunter yang aku berada sekarang ni.
(Yana)- Hai, Rin.( katanya dengan nada yang lemah)
(Aku)- Hai. Kenapa ni Yana?
(Yana)- Tadi, cikgu Tee bagi homework banyak sangat, lepastu kena hantar esok. Tak boleh tidurlah kita malam.
(Aku)- Alah, takpe. Malam nanti aku datang rumah Yana kita buat sesama.
(Yana)- Boleh ke? Tak susahkan Rin ke?
(Aku)- Tak langsung. Kalau setakat homework apa salahnya and for you of course.
(Yana)- Hmmhh, thanks.(muka dah blushing, haha) Nanti sebelum datang rumah bagitahu dulu tau.
(Aku)- Okay.
Loceng pun berbunyi, maka berakhirlah sudah waktu rehat. Kami pulang ke kelas masing-masing.Sebelum masuk kelas aku terserempak dengan Zuha dan dua orang kawan baiknya Ain dan Nureen. Kami bertemu lalu Zuha terus menegur aku.
(Zuha)- Hey, Rin macam mana movie semalam best tak? Mestilah bestkan. Tengok movie berdua je dengan Yana.
(Ain)- Wait, kau pergi tengok wayang Yana. Wah..wah nak usya Yana lah tu.
(Nureen)- What tengok wayang? Aduh kau ni Izrin pergi tak mengajakkan.
(Aku)- Hishh, korang ni bersembanglah pulak. First, tak. Second, takde maknanya. (Dua-dua jawapan tu aku nafikan) Third, bukan aku yang plan. Si Yana tu yang planlah.
(Zuha)- Hmmhh, tak rupanya.
(Ain)- Eleh, coverline lah tu.
(Nureen)- Yelah, Izrin.
(Aku)- Korang ada apa-apa lagi ke nak cakap, aku nak cepat ni.
(Zuha)- Okaylah, kalau macam tu.
(Zuha,Ain&Nureen)- Bye.
(Aku)- Bye.
Aku pun terus masuk ke kelas dan duduk di tempat dudukku dan bersedia untuk subjek seterusnya. (Nampak sangat si Izrin ni rajin orangnya, haha)Sekarang jam menunjukkan pukul 4 petang. Seperti yang dijanjikan, aku sudah bersiap untuk ke rumah Yana untuk membantunya menyiapkan homework. Aku sudah mesejnya terlebih dahulu bahawa aku akan datang ke rumah seperti yang dijanjikan. Aku pun terus menunggang motosikalku ke rumahnya. Dalam masa 5 minit, aku pun tiba di rumahnya yang serba cantik seperti tuannya, haha.
(Aku)- Assalamualaikum, Yana oh Yana. Saya dah sampai ni. Awak kat mana?
(Yana)- Waalaikumsalam, ya saya ada kat sini.(katanya dengan nada sindir)
(Aku)- Rumah awak ni makin cantiklah sejak kali terakhir saya datang sini.
(Yana)- Oh ya ke, terima kasih. Saya yang cantikkan rumah ni. Eh kejap, kenapa kita bersaya awak ni?
(Aku)- Eh, tak boleh ya.
(Yana)- Bukan apa, aku tak biasa sangatlah nak bersaya awak bagai.
(Aku)- Hahaha, okay. Kita cakap macam biasa je lah ya.
(Yana)- Hahh, okay macam tu boleh. (Katanya sambil ketawa)
(Aku)- Ermm, tapi bila dah lama nanti boleh tak kita guna saya awak?
(Yana)- Maybe boleh, hahaha.
(Aku)- hishh, dia ni. Dah lah, mana homework yang nak dibuatnya. Takde masa nak flirting-flirting ni.
(Yana)- Eleh, dia yang flirting marah kita pulak. Jap aku pergi amik. Duduk situ diam-diam okay.
(Aku)- Okay.
Jadi kitorang pun terus menyiapkan homework tersebut seraya bermain sepak-sepak kaki bawah meja, haha. Ada-ada je lah ragam si Yana ni. Nasib kau comel kalau tak teruk kau kena, haha.To be continued..
-cerita ni makin menarik, hope u guys always enjoyed the story
-comment sekiranya terdapat sebarang kesilapan
-keep reading and voting this story
-luv u guys so much
YOU ARE READING
Sebuah Senyuman Untukmu
Teen FictionWalaupun kisah cinta kita hanya kekal sebagai sebuah mimpi, aku tetap gembira melihat kebahagiaan yang kamu miliki. Biarlah kisah antara kita terus berlalu. Kegembiraan dan kesedihan tidak akan kekal bersama kita selamanya. Biarlah senyumanku menjad...