Setelah pulang ke rumah, aku terus ke bilikku untuk menyalin pakaian lalu terus bergegas ke dapur untuk makan. Kat sekolah tadi aku tak makan langsung pun. Hal ini kerana dah menjadi kebiasaan aku untuk tidak makan di kantin sekolah dan masa rehatku hanya dihabiskan di pss.
Aku membuka tudung saji, alangkah indahnya aku melihat lauk kegemaran ku yang telah dimasak oleh ibu. Lauk tersebut ialah ayam masak lemak cili api. Aku makan sampai kenyang. Selepas makan, aku masuk ke bilikku semula.
Aku mencapai telefon pintarku lalu membuka aplikasi Whatsapp. Aku mendapati ada mesej yang baru masuk. Mesej tersebut daripada kawanku Shafina Alia.
(Mesej baru)
(Shafina)- Hai Izrin. Sorry tadi aku tak tegur kau.
(Aku)- Ermm, takpe. Aku tau kau sibuk berborak dengan geng kau, hahaha.
(Shafina)- Haha, tulah. Diorang ni pun satu semua benda nak diceritakan. Aku pun susah nak lari daripada diorang.
(Aku)- Tulah, kalau dah asyik bersembang manalah nak ingat orang kat sekeliling.
(Shafina)- Hishh, kau ni mana ada macam tu. Aku just tersangkut je.
(Aku)- Hmmhh, memang susahlah kalau dah tersangkut kan. Hahh, ada apa-apa lagi ke yang kau nak cakap kat aku.
(Shafina)- Rasanya dah tak ada. Esok kita jumpa boleh sembang lama sikit.
(Aku)- Okay, bye. See you tomorrow.
(Shafina)- Bye.Selepas aku habis bermesej dengan Shafina, aku terdengar suara ibuku memanggil namaku. Aku terus bergegas ke dapur. "Ya bu, ibu panggil Rin ke?"tanyaku. "Ya ibu panggil Rin. Ni ibu nak mintak Rin pergi kedai beli susu 3 tin. Susu kat rumah ni dah habis. Susah ibu nak buat air teh ayah kamu tu."jawab ibuku. Selepas itu, aku terus ke bilik untuk menyalin baju. Kemudian aku mengambil kunci motosikalku dan terus menunggangnya ke kedai runcit yang berdekatan dengan rumah aku.
Setelah sampai ke kedai runcit itu, aku terus mencari susu yang ibu mahukan. Selepas mengambil 3 tin susu pekat, aku ke kaunter untuk membayar susu tersebut. Tiba-tiba seseorang menegurku dari belakang. "Hai, Izrin" katanya. "Hai. Oh kau rupanya Yana, ingatkan siapa tadi." Balasku dengan sedikit terkejut. "Eh, kau buat apa kat kedai ni Izrin?"tanyanya. "Ni ha, ibu aku suruh beli susu 3 tin. Susu kat rumah aku dah habis."jawabku sambil menunjukkan beg plastik yang mengandungi 3 tin susu di dalamnya. "Ohh. Ehh aku nak tanya kau ni."katanya lagi. "Tanyalah"balasku. "Hujung minggu ni kau free tak? Aku nak ajak kau teman aku pergi Mall, nak tengok movie baru kat panggung."tanyanya sambil tersengih-sengih. "Ohh. Ingatkan nak tanya apa tadi. Aku rasa maybe aku free weekend ni. Takpelah nanti aku confirmkan kat kau okay."jawabku. "Okay, pape roger aku tau, haha"balasnya sambil ketawa. Kemudian aku terus pulang ke rumah dengan perasaan gembira dan sedikit terkejut. Selepas memberikan 3 tin susu yang baru dibeli itu kepada ibu aku terus masuk ke dalam bilik dan baring di atas katilku yang empuk itu.
Hmmhh.. betul ke apa yang aku dengar tadi? Dia ajak aku pergi tengok movie. Macam tak percayalah. Weekend ni memang aku free. Tapi ape yang aku nak jawab kat dia? Nak pergi ke tidak? Hishh, apasal kepala aku tetiba blank ni. Apa-apa hal, aku mesti ambil peluang ni. Aku tak boleh lepaskan peluang keemasan ni. Ni lah caranya untuk aku lebih rapat dengan dia.
To be continued..
-hope u guys like this story..😉
YOU ARE READING
Sebuah Senyuman Untukmu
JugendliteraturWalaupun kisah cinta kita hanya kekal sebagai sebuah mimpi, aku tetap gembira melihat kebahagiaan yang kamu miliki. Biarlah kisah antara kita terus berlalu. Kegembiraan dan kesedihan tidak akan kekal bersama kita selamanya. Biarlah senyumanku menjad...