Aku buntu. Aku tak tahu siapa yang patut aku ajak untuk join aku teman si Syafiq dengan Yana tu pergi tengok wayang. Pada awalnya, aku rasa yang aku tak sepatutnya ikut diorang time diorang keluar bersama-sama. Aku takut aku akan mengganggu date diorang or worst hubungan diorang. Selain tu, aku pun takut juga yang hati aku masih belum terima diorang. Takut juga kalau-kalau aku tiba-tiba aku naik angin dengan diorang. Tak pasal-pasal anak orang kena belasah dengan aku. Tapi aku tak ada pilihan lain, Syafiq dan Yana betul-betul mengharapkan aku untuk join outing diorang. Aku memang tak boleh nak tolak permintaan diorang. Hmmhh, apalah yang patut aku buat sekarang ni? Siapa yang aku nak ajak ni? Pening betullah.
Tanpa membuang masa, aku terus mengambil telefon pintarku dan terus menelefon kawan yang agak 'baik' untukku iaitu Shafinaz. Hahaha, memang agak baik pun dia ni. Dia baik ikut mood juga. Time baik, baik and time gila, dia pun jadi gilalah. Kepala masuk air sikit. Hihihi.
(Aku)- Hello, Assalamualaikum Shaf.
(Shaf)- Waalaikumsalam. Ya, ada call aku ni?
(Aku)- Weyh Shaf, aku nak tanya ni.
(Shaf)- Tanya apa?
(Aku)- Kau nak tak join aku teman si Syafiq dengan Yana pergi tengok wayang?
(Shaf)- Hahhh!! Bila tu?
(Aku)- Hujung minggu ni. Lagipun tak silap aku, kau pernah cakap nak pergi beli buku dekat Mall kan.
(Shaf)- Ohh, ya memang aku ada cakap tapi kau rasa sesuai ke kalau kita pergi dengan diorang.
(Aku)- Ya, aku pun ada fikir macam tu juga. Tapi diorang dah mintak aku join nak buat macam mana. Hmmhhh.
(Shaf)- Hmmmhh, okaylah aku join. Tapi sebab aku nak pergi beli buku je tau. Aku pun tak naklah kacau diorang tu.
(Aku)- Okay, cun. Kau memang kawan baik aku. Hahaha. Thanks.
(Shaf)- Welcome. Papehal nanti jangan lupa contact aku ya.
(Aku)- Okay, bye.
(Shaf)- Bye.
Perbualan ditamatkan. Aku letak telefon aku dan mula merehatkan diri. 'Akhirnya, dapat juga aku rehatkan kepala ni' bisikku dalam hati.Pada malam tu, aku langsung tak dapat nak tidur. Aku mendapat mimpi buruk. Aku sangat-sangat terkejut dengan mimpi tu. Betul ke yang benda tu akan terjadi pada diri aku. Aku bangun dan pergi ke bilik air untuk membasuh muka. Aku menenangkan diri aku dan kembali ke katil untuk menyambung semula tidurku. Aku betul-betul berharap yang semua tu hanyalah sekadar mimpi buruk.
Keesokan harinya, aku bangun awal dan bersiap untuk pergi ke Mall. Ya, hari ni adalah hari di mana aku, Shaf, Yana dan Syafiq pergi ke Mall untuk tengok wayang. Aku pergi ke dapur dan breakfast bersama ibuku. Masakan ibuku hari ni sangat sedap. Sebelum keluar dari rumah, aku bersalaman dengan ibuku.
(Aku)- Ibu nampak cantik hari ni.
(Ibu)- Hisshh, kamu ni.
(Aku)- Ibu, Rin nak mintak maaf ya kalau Rin ada buat salah dengan ibu sebelum ni dan ibu halalkan segala makan minum Rin.
(Ibu)- Kamu ni dah kenapa Rin? Tiba-tiba nak mintak maaf bagai. Raya lambat lagi.
(Aku)- Rin saja je bu. Mana tau something happen to me.
(Ibu)- Kamu janganlah cakap macam tu. Keluar dengan kawan tu elok-elok. Jangan lupa jaga diri tau. Hati-hati kat jalan raya.
(Aku)- Okay bu, Rin akan sentiasa ingat tu. Rin pergi dulu ya. Assalamualaikum.
(Ibu)- Waalaikumsalam.
Aku keluar dari rumah dan terus menuju ke bus stop berdekatan dengan rumahku. Aku dengan Shaf akan pergi ke Mall dengan menaiki bas. Aku tak naklah susahkan si Syafiq tu untuk jemput aku. Lebih baik dia jemput Yana buah hati dia tu. Hahaha.Tiga puluh minit sudah berlalu. Aku masih lagi menunggu Shaf kat bus stop. Lama betul dia ni. Apalah yang minah ni tengah buat? Hahaha. Tak lama lepas tu, aku nampak sesusuk tubuh yang sedang berjalan ke arah bus stop di mana aku berada. Insan tersebut tak lain tak bukan si Shafinaz yang aku tunggu dari tadi.
(Aku)- Hmmhh, baru nak sampai ke weyh?
(Shaf)- Sorrylah, tadi aku busy sikit. Aku boleh terlupa mana aku letak phone aku. Hehehe.
(Aku)- Ohh aah, baru aku ingat ko ni kan jenis yang cepat lupa. Hahaha. Sikit-sikit lupa, itulah kau.
(Shaf)- Alah, takyah lah ohh aah and kutuk aku sampai macam tu sekali. Bukan selalu pun.
(Aku)- Aku bukannya kutuk kau. Aku just describe kau ni macam mana orangnya. Haha. Dah lah, jom kita gerak. Nantikan takut kita lambat samapai.
(Shaf)- Okay, jom.
Setelah sebuah bas tiba di bus stop itu, kami terus menaikinya dan menuju ke Mall tempat kami berkumpul untuk outing hari ni.
Hmmmhh, kenapalah dari tadi aku rasa tak sedap hati. Ya Allah, engkau lindungilah aku dari sebarang musibah, serta engkau lindungilah rakan-rakanku. 'Aku betul-betul risau tentang apa yang akan berlaku pada hari ni, tapi aku gigih menafikan perasaan tersebut.'
YOU ARE READING
Sebuah Senyuman Untukmu
Fiksi RemajaWalaupun kisah cinta kita hanya kekal sebagai sebuah mimpi, aku tetap gembira melihat kebahagiaan yang kamu miliki. Biarlah kisah antara kita terus berlalu. Kegembiraan dan kesedihan tidak akan kekal bersama kita selamanya. Biarlah senyumanku menjad...