Tiba-tiba tubuhku bergetar. Badanku seperti digoncang. Kepalaku seakan-akan ditikam dari belakang. Apa yang berlaku pada aku ni? What happened to me? Aku tersedar daripada tidurku. Oh rupanya ibuku sedang mengejut aku supaya bangun daripada tidur kerana hari sudah senja. Aku bangun daripada posisi baring kepada duduk. Aku duduk termenung seketika di tepi katil. Apa yang baru aku lalui tadi? Astafighrullah... Aku baru sahaja tersedar daripada mimpi yang paling buruk yang pernah aku alami. Alhamdulillah..semuanya sekadar mimpi buruk semata-mat dan bukannya realiti. Apa sebenarnya yang baru aku mimpikan tadi? Kenapa aku bermimpi mengenai mereka? Kenapa aku mendapat mimpi yang seburuk itu? Setelah puas aku termenung mengenai perkara tersebut, aku bangun dan terus ke bilik air untuk mandi. Hmmhh, tidur lama-lama badan pun jadi melengas. Setelah selesai segala urusan, aku makan malam bersama ibuku. Dalam mindaku masih terfikir, mengapakah semua ni terjadi kepada aku? Apakah maksud sebenar mimpi tadi? Adakah ini petanda supaya aku berhenti bersengketa dengan mereka? Hmmhh, sepanjang masa hanya soalan-soalan itu sahaja yang bermain di mindaku. Aku berasa sangat tidak sedap hati. Sepanjang malam aku tidak dapat tidur lena. Aku takut akan mendapat mimpi itu lagi. Tolonglah jauhi aku daripada mimpi buruk itu. Aku tak nak dihantui mimpi buruk tu.
Aku bersiap untuk ke sekolah. Hari ni hujan turun dengan sangat lebat. Alhamdulillah, nyaman sikit suasana di sekolah itu. Kebiasaannya keadaan cuaca adalah panas terik dan mendung sahaja. Di kelas, Puan Norlin iaitu guru subjek Geografi kelas aku, sedang mengajar mengenai cara-cara membuat pembentangan dengan sempurna. Tiba-tiba dia mengajukan soalan kepada dua orang rakanku yang sedang sibuk berbual, iaitu Umai dan Yasmin.
(Cikgu Norlin)- Umai, Yasmin. Bila kamu berdua nak buat pembentangan kamu? Kebanyakan kawan kamu yang lain semua dah siap.
(Umai)- Oh ya ke, cikgu. Saya minta maaf cikgu. Saya akan buat pembentangan saya dalam minggu ini, cikgu.
(Yasmin)- Saya pun sama dengan dia, cikgu. Nanti saya buat sekali dengan dia.
(Cikgu Norlin)- Okay. Tapi pastikan kamu buat dalam minggu ni ya. Saya sudah nak kira markah kamu semua.
(Umai&Yasmin)- Baik, cikgu.Setelah selesai perbualan tersebut, cikgu Norlin menyambung semula sesi pengajarannya.
Tidak lama selepas cikgu Norlin beredar pergi dari kelas, Umai dan Yasmin dengan segera menuju ke arah aku. Aku pun terfikir, apa benda yang diorang berdua ni nak?
(Yasmin)- Weyh, Izrin. Kau dah siapkan buat presentation geo?
(Aku)- Haahh, kenapa?
(Umai)- Izrin tolong ajar kitorang macam mana nak buat. Sebenarnya kitorang punya slide pun tak siap lagi. Tu lah sebab kitorang masih belum present lagi.
(Irfan)- Eh, korang punya tak siap lagi ya? (Tiba-tiba Irfan mencelah)
(Yasmin)- Ya. Belum siap lagi. Kitorang busylah.
(Irfan)- Hmmhh, yelah. (Katanya sambil ketawa)
(Aku)- Okay dah tu korang. Nanti aku ajar kau dengan Umai macam mana nak buat ya.
(Yasmin)- Okay. Thanks Izrin.
(Umai)- Thanks, Rin.
(Aku)- Hhmmhh, sama-sama.Tanpa kami sedar, loceng menandakan rehat sudah pun berbunyi. So, sekarang waktu rehat, yeah. Kami bertiga menyudahkan perbualan kami lalu keluar dari kelas untuk rehat. Seperti biasa aku akan ke library. Itulah antara tempat kesukaan aku yang terdapat di sekolah ni. Aku tanpa membuang masa terus bergerak ke library.
Di library, aku melakukan tugas aku seperti biasa, cuma pada hari ini cikgu Siti telah mengubah jadual bertugas harian library. Semua pasangan tugasan sudah dirombak semula. Aku ralit mencari namaku pada jadual bertugas yang baharu tersebut. Akhirnya, aku jumpa juga namaku tetapi aku berasa agak kurang selesa apabila melihat senarai tersebut.
Menyusun buku-buku pada rak :- Selasa( Izrin Hakim dan Ilyana Aulia)
Hmmhh, nak buat macam manakan. Semuanya telah ditetapkan. Aku tak boleh nak membantah. Aku teruskan sahaja melakukan tugas tersebut tanpa berasa was-was. Lagipun dah tak ada kerja lain lagi dah aku nak buat. So, buat je lah apa yang ada ni. Aku dan Yana bergerak menuju ke rak-rak buku yang berterabur. Setiap seorang memilih satu rak untuk disusun. Dengan ini tugas dapat diselesaikan dengan lebih pantas. Akhirnya siap jugak kerja ni. Fuhh, boleh tahan jugak penatnya. Tiba-tiba Yana menegur aku. Hmmhh, ni kira first time sejak kali terakhir kitorang clash.
(Yana)- Ermm.. Hai, Rin.
(Aku)- Hai, Yana. (Jawab aku selamba)
(Yana)- Hmmhh, kau masih marah aku lagi ke, Rin? (Tanyanya untuk mendapat kepastian)
(Aku)- Sebenarnya aku pun tak tahulah apa yang patut aku buat. Ya, aku tahu aku tak patut terus berdendam, tapi hati aku still sakit lagi, Yana. Aku rasa memang betul yang aku ni patut move on dengan semua ni. Kalau aku tak move on, aku rasa hidup aku mesti lebih merana kan? Hahh, mesti punyalah.
(Yana)- Ermm, Izrin. Aku nak mintak maaf sesangat sebab tipu kau. Sebab aku hancurkan hati kau. Sebab aku dah musnahkan harapan kau. I'm so sorry, Izrin. Aku memang tahu yang kau sayang aku ikhlas, tapi aku ni yang tak pandai nak hargai cinta kau. Aku betul-betul menyesal dengan perbuatan aku tu. Disebabkan aku pentingkan diri sendiri, segala hubungan kita musnah termasuk persahabatan kita. Aku mintak maaf, Rin. (Dia sudah mula mengalirkan air mata)
(Aku)- Hmmhh, takpe Yana. Aku maafkan kau. Tak ada guna pun kalau aku terus benci kau. Aku tahu kau menyesal dengan diri kau. Aku pun menyesal dengan diri aku Yana. Ya, aku tahu yang aku ni tak sesuai untuk kau Yana. Aku redha dengan semua ni. Setiap perjumpaan mesti ada perpisahan. Setiap yang manis mesti ada yang pahit. Aku percaya yang Syafiq akan sayang kau sama seperti aku sayangkan kau, Yana. Dia budak yang baik. Aku nampak usaha dia nak berbaik dengan aku. Aku percayakan dia. Aku percaya dia mampu buat kau gembira setiap hari dan kekalkan hubungan korang. Dah tak payah nak sedih lagi ya. Tak molek lah bila budak perempuan menangis. Nanti hilang kecantikan kau, haha.(kami berdua ketawa bersama-sama) Biarlah hubungan kita yang dulu tu menjadi sejarah. Sejarah yang mengingatkan kita bahawa persahabatan kita lebih penting berbanding cinta.
(Yana)- Aku betul-betul terharu dengan kau, Rin. Setiap benda yang kau cakap mesti rasional. So, kau dah maafkan aku ke, Rin?
(Aku)- Ya, aku dah maafkan kau, Yana. Let's be friend again, okay.
(Yana)- Thank you so much, Izrin Hakim. You are my only bff that I ever have.
(Aku)- Thanks, Yana. You are my only bff too. And you always be the 'gedik' one, haha. (Kami berdua ketawa)Setelah selesai meluahkan apa yang dipendam selama ini, kami berdua mula pulang ke kelas masing-masing memandangkan waktu rehat sudah pun tamat. Ya, akhirnya aku berbaik semula dengannya. Itulah hebatnya kemaafan. Kita mestilah saling memaafi. Hmmhh, takde manfaatnya pun kalau kita saling membenci antara satu sama lain lama-lama. Aku rasa memang betul apa yang aku sangkakan selama ni. Persahabatan lebih bermakna berbanding cinta yang hanya sementara. Hal ini kerana, sesebuah persahabatan itu sangat susah untuk dicari tetapi mudah untuk diputuskan. Namun, dalam setiap masalah yang kita alami akan sentiasa dapat diselesaikan melalui ikatan persahabatan. Persahabatan adalah sesuatu yang tidak ternilai. Mereka yang kita perlukan, kita yang mereka perlukan. A friend in need, is a friend indeed. That's we called 'friendship'.
To be continued..
-hope u guys enjoyed the story
-keep reading and don't forget to vote guys
-luv u guys so much
YOU ARE READING
Sebuah Senyuman Untukmu
Teen FictionWalaupun kisah cinta kita hanya kekal sebagai sebuah mimpi, aku tetap gembira melihat kebahagiaan yang kamu miliki. Biarlah kisah antara kita terus berlalu. Kegembiraan dan kesedihan tidak akan kekal bersama kita selamanya. Biarlah senyumanku menjad...