Selepas kejadian itu, hidup aku macam tak tentu arah. Hubungan aku dengan Yana semakin renggang. Ya, kami berdua sudah tidak ada apa-apa lagi. Setelah dia berterus terang mengenai 'boyfriend' simpanan dia tu, terus kitorang clash. Aku tak tahu apa yang patut aku buat sekarang. Dia dah buat keputusan untuk bersama dengan budak tu. So, aku mesti move on dengan semua benda ni. Aku tak tahu apa yang berlaku pada diri aku ni tapi bila aku kenangkan pasal dia hati aku mesti akan berasa sakit. Secara tiba-tiba air mataku juga turut mengalir. Ya Allah, adakah ini salah satu ujian daripadaMu. Sesungguhnya, Engkau bantulah aku mengharungi ujian ini, Ya Allah.
Sebulan sudah berlalu. Sejak daripada peristiwa itu, aku sudah tidak menegur Yana lagi apabila berada di sekolah mahupun di luar sekolah. Kadang-kadang ada juga dia mesej aku bahawa dia ingin minta maaf, tapi aku hanya ignorekan sahaja mesej tersebut. Aku tak tahu kenapa tapi sejak peristiwa tu, aku dah mula bencikan dia, termasuk juga dengan budak lelaki yang tak guna tu. Mereka berdualah yang telah hancurkan hati aku. Mereka berdualah yang telah musnahkan harapan aku. Mereka berdua jugalah yang telah melenyapkan cinta aku. Tanpa aku sedari, air mataku tiba-tiba mengalir di pipiku. Dengan pantas aku menyeka air mata tersebut. Hmmhh, sedih betul hidup aku ni. Is it true that I deserve this. Hanya Allah yang tahu.
Sekarang aku sedang membaca buku novel tingkatan 3 di meja sekolahku. Aku terlalu leka membaca novel tersebut sehinggakan aku tidak sedar bahawa ada seseorang sedang memanggil namaku.
(Eka)- Weyh, Izrin kau okay tak?
(Shafina)- Haahh, kau okay ke tak ni? Apasal aku nampak kau moody je sejak kebelakangan ni?
(Aku)- Hmmhh, takde apalah korang. There's nothing happened to me.
(Irfan)- Kau jangan nak tipu kitoranglah Izrin. Aku kenal kau. Kau selalunya akan berkelakuan macam ni bila something bad happened kat kau.
(Shafina)- Haahh, betul jugak apa yang Irfan cakap tu. Kau selalunya tak macam ni.
(Eka)- Apa sebenarnya yang dah jadi, Rin?
(Aku)- Okay, fine aku cakap. Sebenarnya aku dah clashed dengan Yana.
(Eka,Shafina&Irfan)- What? When? Why? How?
(Aku)- Bulan lepas. Dia confess kat aku yang dia ada boyfriend lain. Boyfriend yang lebih dia sayangkan daripada aku.
(Shafina)- What? Biar betul ni, Rin? Sampai hati dia buat macam ni kat kau.
(Eka)- Kesiannya kau, Rin. It's okay. Sekarang baru aku faham.
(Irfan)- Hishh, biar betul si Yana ni. Kau sayang dia ikhlas kut. Sanggup dia buat macam ni. Hmmhh, tak patut langsung.
(Aku)- Hmmhh, nak buat macam mana? Benda dah jadi. Kita tak boleh buat apa-apa pun. Yeah, she's such a stupid girl.
(Irfan)- So, this is why you acts so weird. Okay, aku faham.
(Eka)- Hisshh, geram betul aku dengan dia tu.
(Shafina)- Dah lah tu Eka. Macam Izrin cakap, benda dah jadi.
(Eka)- Hmmhh, okay.
Aku bangga dapat kawan macam diorang ni memasing risau apa yang jadi kat aku. Haha, tetiba pulak aku rasa sebak. Koranglah kawan baik aku. Aku sayang korang semua.
(Irfan)- Weyh korang dah tau belum pasal budak baru yang nak masuk kelas kita hari ni?
(Eka)- What budak baru? Tak tahu pun.
(Shafina)- Haah, aku pun tak tahu jugak.
What budak baru? Aduh siapa pulaklah yang nak masuk kelas aku ni. Rasa semak pulak nak fikir pasal benda ni. Hmmhh, harap-harap budak tu baik orangnya.
(Aku)- Siapa weyh? Lelaki ke perempuan?
(Irfan)- Tak silap aku lelaki tapi nama tu tak tahu lah pulak. Ni pun aku dapat tahu daripada budak kelas sebelah.
(Aku)- Aduh budak baru lagi. Budak laki pulak tu. Hmmhh, semak kepala.
(Eka)- Hmmhh, siapa eh? Handsome tak? Haha.
(Shafina)- Haha, kau jangan Eka.
(Irfan)- Eleh Eka, nak usya lah tu.
(Eka)- Hishh, mana ada. Kau ni Irfan.
Hmmhh, ketawa aku dibuatnya apabila melihat gelagat diorang. Tetapi malang sekali, katawa tersebut bukanlah ketawa yang sebenar. Ianya hanya sekadar topeng yang melindung kesedihan aku. Aku memang tak boleh. Kalau fikir saja pasal Yana tu mesti aku akan berasa sedih. Hishh, tak guna betullah perasaan ni.Loceng sudah berbunyi. Menandakan sekarang waktu rehat. Aku pergi ke library sendirian. Hmmhh.. dah memang takde siapa nak teman aku kat sekolah ni. Aku masuk ke library. Aku nampak dia sedang memproses buku yang dipinjam di kaunter pinjaman. Nampaknya hari ni dia datang awal ke library. Aku dengan sengaja mengelakkan diri daripada bertemu dengan dia. Aku nampak dia seperti ingin berjumpa dengan aku, tapi hakikatnya aku langsung tak nak berjumpa dengan dia. Aku benci dengan perbuatan dia tu. Aku pergi mencari Intan, iaitu rakan setugasku yang baru. Aku dengan Intan bertanggungjawab untuk memastikan setiap rak buku tersusun dengan rapi. Setelah siap semua tugas dan loceng pun sudah berbunyi, aku terus bergerak pulang ke kelas semula. Dalam perjalanan ke kelas, aku terserempak dengan Zuha and the geng, haha.
(Zuha)- Hai, Izrin.
(Aku)- Hai, Zuha.
(Zuha)- Weyh Izrin, kau dah clashed dengan Yana eh?
(Aku)- Hmmhh, nampaknya macam tulah.
(Ain)- Kesian kau kan, Rin. Aku simpati dengan kau. Be patient eh.
(Aku)- Thanks Ain.
(Nureen)- Kau jangan patah semangat tau, Rin. Lagipun sejak dua menjak ni aku nampak kau down je. Kuatkan semangat kau. Ni semua ujian daripada Allah.
(Zuha)- Aku pun nak cakap benda sama jugak tau, Rin. Jangan fikirkan sangat pasal benda tu. Jangan mudah patah semangat. Just try to move on okay.
(Aku)- Okay, thanks korang.
(Mereka bertiga)- Sama-sama. Bye.
(Aku)- Bye.
Hmmhh, best jugakkan ada kawan-kawan yang care pasal kita. Dioranglah yang selalu bagi semangat dan dorongan kat kita. Thanks guys. Love u guys so much.Aku masuk ke kelas seperti biasa dan terus menuju ke tempat dudukku yang selesa yang terletak berdekatan tingkap. Selang beberapa minit guru subjek seterusnya pun tiba di kelas, iaitu Cikgu Rosel, guru subjek Sains. Aku lihat Cikgu Rosel masuk kelas, diikuti oleh seorang pelajar lelaki, itulah pelajar baru yang dimaksudkan. Ini tak mungkin berlaku. Biar betul semua ni. Ahhh, tak guna. Takkanlah budak tu. Budak tersebut sangat aku kenali. Sangat-sangat aku kenali. Orang yang dah hancurkan harapan aku dan orang yang dah rampas cinta aku. Ya, budak lelaki tersebut adalah Syafiq Alif. Apa sebenarnya yang dia buat kat sini? Kenapa dia pindah ke sekolah ni? Apa motif dia sebenarnya? Kehadiran dia ke sekolah ni membawa kepada banyak persoalan. Adakah akan ada perkara yang lebih buruk yang akan berlaku.
To be continued..
-thanks a lot to all readers.. you're the best
-thanks for supporting my story
-keep reading and don't forget to vote
-luv u guys
YOU ARE READING
Sebuah Senyuman Untukmu
Dla nastolatkówWalaupun kisah cinta kita hanya kekal sebagai sebuah mimpi, aku tetap gembira melihat kebahagiaan yang kamu miliki. Biarlah kisah antara kita terus berlalu. Kegembiraan dan kesedihan tidak akan kekal bersama kita selamanya. Biarlah senyumanku menjad...