Aku sedang bersiap untuk ke sekolah. Seperti biasa aku akan tiba di jauh lebih awal berbanding pelajar lain. Hmmhh, kekadang boring jugak, datang awal pagi tapi takde benda nak buat. Aku just duduk tak buat apa-apa sampai semua orang berhimpun untuk perhimpunan harian. Aku berbaris di barisan kelas aku. Cuba teka, siapa yang duduk kat belakang aku? Ya betul, orang itu ialah Syafiq. Hmmhh, mamat ni dah takde tempat lain ke nak buat semak. Tiap-tiap kali mesti dia je kat depan, belakang dan kiri kanan aku. Ketentuan apakah ini.
Aku masuk ke kelas dan terus menuju ke meja kesayanganku. Tempat duduk aku ni memang selesa sebab dapat lihat whiteboard dengan jelas dan meja ni terletak bersebelahan dengan tingkap. Tapi yang tak selesanya adalah orang yang duduk sebelah aku ni adalah orang yang paling aku tak suka, iaitu Syafiq Alif. Tengah syok-syok aku baca buku Moby Dick, tetiba pulak ada orang panggil aku.
(Syafiq)- Izrin. Weyh Izrin, dengar tak?
(Aku)- Ya, kau nak apa?(balasku dengan nada yang tinggi)
(Syafiq)- Ni haa, kau boleh tak tolong aku buat homework ni?
(Aku)- Homework mana? Kita ada ke homework semalam?
(Syafiq)- Takde. Ni yang haritu punya. Aku lupa nak buat. Tolong aku siapkan weyh.
(Aku)- Aduh kau ni. Buat kacau betullah. Dah lah aku tengah nak habis baca novel ni.
(Syafiq)- Alah, bolehlah. Sekali ni je. Please.
(Aku)- Hmmhh, yelah. (Jawabku terpaksa) Mana homeworknya? Cepat sikit, aku takde masa nak dihabiskan kat kau.
(Syafiq)- Okay jap.
Dia terus mengeluarkan kerja rumah tersebut dari beg sekolahnya. Aku tolong dia buat kerja rumah tu sampai siap. Dia ni kan memang tak habis-habis nak menyusahkan aku.(Aku)- Okay, done.
(Syafiq)- Yeah, siap pun akhirnya homework ni. Terima kasih, Rin.
(Aku)- Hmmhh, sama-sama.
(Syafiq)- Ermm, Rin aku nak tanya ni.
(Aku)- Kau nak apa lagi? Hishh, semak kepala otak aku. Hahh, apanya?
(Syafiq)- Ermm, kau still marah kat aku lagi ke?
(Aku)- Haha, soalan apa yang kau tanya ni? Of course aku still marah kat kau and I still hate you. Kebencian aku terhadap kau takkan pernah hilang.
Dia tundukkan kepalanya tanda rasa bersalah. Hmmhh, tau pun kau rasa bersalah. Time kau rampas dia tak rasa bersalah pulak. Ni lah dunia.Sekarang waktu rehat. It's time for me to rest my mind for a while. Aku pergi ke library. Di sana, aku membantu Ardy menyusun rak buku. Oh ya, Ardy juga merupakan seorang pengawas PSS. Aku mengangkat semua buku yang baru sahaja dipulangkan di kaunter pemulangan ke rak buku manakala Ardy mengambil buku-buku tersebut lalu menyusunnya di dalam rak mengikut kod yang telah ditetapkan.
(Aku)- Weyh Ardy, tolong amik buku-buku ni. Tangan aku dah letih ni.
(Ardy)- Okay jap.
(Aku)- Hoi rak mana kau letak buku tu? Kau dah salah rak lah.
(Ardy)- Oh ya ke. Sorry. Jap aku pergi susun balik.
(Aku)- Meh aku tolong sekali. Lagipun rak ni pun tak tersusun. Baik aku susun sebelum sebelum cikgu perasan.
(Ardy)- Okay.
Tak lama lepastu, loceng tanda rehat tamat pun berbunyi. Kami bersiap untuk pulang ke kelas masing-masing. Setelah siap semua kerja, kami terus pulang ke kelas. Macam biasa, sebelum sampai ke kelas aku akan terserempak dengan Zuha, Ain dan Nureen. Tapi kali ni kami melambaikan tangan sahaja. Dan akhirnya aku tiba di kelas.Di kelas, Teacher Lee baru sahaja masuk ke kelas. Teacher Lee adalah guru subjek Bahasa Inggeris dalam kelas aku. Teacher Lee ni merupakan seorang guru yang sangat sporting. Sudah 2 tahun aku belajar dengan dia. She's such a great teacher.
(Azmira)- Everybody stand up. Good morning teacher.
(Semua)- Good morning teacher.
(T.Lee)- Good morning everyone. Sit down. What a good day . It's cloudy outside but it's not gonna rain. Okay. So, today we'll proceed to our last part of the novel Moby Dick. Am I right?
(Semua)- Yes, teacher.
(T.Lee)- Okay, Izrin. What is the story of the novel Moby Dick about?
Aku pun daripada tempat dudukku lalu menjawab pertanyaannya.
(Aku)- Okay, teacher. The novel Moby Dick is a story about a man who wants to have his revenge for his leg by killing the white whale, Moby Dick.
(T.Lee)- Okay, good Izrin. By this, I thought that you'll make a good open ended response. So, keep it up.
Kata-kata teacher Lee memberiku semangat untuk terus berusaha untuk mendapatkan 'A' dalam subjek English. You're the best teacher. You always know what we need to do for our own sakes.
YOU ARE READING
Sebuah Senyuman Untukmu
Novela JuvenilWalaupun kisah cinta kita hanya kekal sebagai sebuah mimpi, aku tetap gembira melihat kebahagiaan yang kamu miliki. Biarlah kisah antara kita terus berlalu. Kegembiraan dan kesedihan tidak akan kekal bersama kita selamanya. Biarlah senyumanku menjad...