BAB 1
Hari pertama.
"OK! Kita dah sampai. Jom..." ajak Sarah. Dua ulas bibirnya tak lekang dengan senyuman. Itulah senjata yang mampu mencairkan hati para lelaki tetapi tak seorang pun yang berjaya mendapatkan cintanya.
"Beb, kat sini ke? Kau biar betul?" Tanya Heena, inginkan kepastian. Dahinya berkerut seribu melihat sepupunya yang kelihatan bersahaja itu.
"Yup! Kat sinilah. Kenapa?" Tanya Sarah, balik. Dia memandang sepupunya sesaat. Kemudian, matanya dialihkan ke arah warung yang betul-betul berada di hadapan keretanya ini. "Meriah betul warung ni..." detik hati kecil Sarah apabila melihat ramai yang keluar masuk dari warung tersebut.
"Beb, are you kidding?" Heena seakan terkejut.
"No." Jawab Sarah, sepatah.
Dia bergegas membuka tali pinggang keledarnya. Gerak gerinya seakan tidak sabar nak pergi ke arah warung yang meriah dengan pelanggan itu.
"Jom! Aku dah lapar gila ni..." kata Sarah, sambil membuka pintu keretanya.
Dengan penuh bergaya, dia melangkah keluar dari dalam perut kereta mini cooper, kaler merah hitam miliknya itu. Wow! Merah hitam like hot and seksi gitu...
Nak tak nak, Heena terpaksa akur. Dia gagahkan juga kakinya untuk melangkah keluar dari dalam perut kereta mini cooper milik sepupunya itu.
"Beb, takkan kita nak dinner kat sini kut." kata Heena, was-was. "Kita pergi tempat biasalah. Restoran peberet kita tu. Jomlah..." ajak Heena, sambil menarik lengan sepupunya.
Sarah tergelak kecil melihat gelagat sepupunya itu.
"Beb, kita dah sampai sini kut. Takkan kita nak patah balik kan. Lagipun, aku dah lapar sangat ni. Jomlah..." ajak Sarah pula. Kali ini, dia pula yang menarik pergelangan tangan sepupunya.
"No. Aku tak naklah." Bantah Heena sekeras-kerasnya. Direntap pergelangan tangannya, semata-mata tak nak makan di warung yang nampak biasa-biasa itu.
Melongo Sarah melihatnya.
"Eh-eh, minah ni. Tak payah nak dramatik sangatlah. Jom! A..ku da..h la..par." tegas Sarah. Lekas dia menarik pergelangan tangan sepupunya itu menuju ke warung yang tersedia ada di depan matanya ini.
Tanpa kerelaan, Heena membuntuti juga langkah kaki sepupunya itu. Tapi, muncung tu jangan cakaplah. Dah serupa muncung Donald duck ler pula. Alaa, duck face gitu... Hahaha!
Nasib baik ada meja kosong. Kalau tak, mahu jenuh nunggunya. Mereka bergerak ke arah meja tersebut. Kerusi plastik itu ditarik lalu dilabuhkan punggung mereka dengan penuh berhati-hati.
Heena mencemik. Nak tak nak, dia kena duduk juga. Takkan nak berdiri. Nanti orang ingat apa pula kan. Tak pasal-pasal dia orang cakap, "Punggung budak tu ada bisul kut. Tu yang dia tak nak duduk." Huh! Keluh Heena.
"Nak makan apa, cik?" Tanya pelayan wanita yang baru muncul.
"Hmm... Apa yang paling sedap dekat sini, ya?" Tanya Sarah, balik. Dia benar-benar ingin tahu. Lagipun, dia dah tak sabar nak merasai kenikmatan makanan dekat sini. Kawan-kawan facebooknya, ramai yang kata masakkan kat Warung D'Klasik ni memang tip top. Semuanya masakkan kampung. Tak ada spaggetti, pasta, chicken chop dan lain-lain lagi.