BAB 9
Hari keempat
Hatinya mulai bingung memikirkan apa yang seharusnya dia lakukan disaat ini. Di toleh ke kanan, terlihat si dia yang begitu berharap agar dirinya diterima dan begitu juga dengan insan yang berada di sisi kirinya. Masing-masing menunggu kata putus daripadanya.
Sarah kebingungan sendirian. Dia tak tahu nak buat apa? Dia bingung manakala dua orang pemuda sedang bersabar menunggu keputusannya. Dia memandang mereka silih berganti. Serta-merta dia melepaskan keluhan kecil.
Dalawa kayo sa buhay ko
At ako ngayon
Ay kailangan nang mamili
Isa lang ang maaariAlam mong narito ako
Lagi para sa yo oh
Mahal kita ng labis
Ngunit iba ang iyong naisAt sya'y narito alay saki'y wagas na pag-ibig
Nalilitong litong litong litoSarah memandang si dia yang berada di sebelah kanannya.
Sino ang iibigin ko
Ikaw ba na pangarap ko
Oh sya bang kumakatok sa puso koKemudian, dia memandang si dia yang berada di sebelah kirinya pula.
Oh anong paiiralin ko
Isip ba o ang puso ko
Nalilitong litong litong lito
Sinong pipiliin koSarah menjarakkan dirinya daripada pemuda tersebut. Dia kebingungan lalu berkata...
MAHAL KO O MAHAL AKO
Kring kringgg kringggg
Bunyi jam loceng itu menyentakkannya daripada lena yang berpanjangan. Dengan separuh sedar, dia mulai mencapai jam loceng yang terletak di meja sisi sebelah kiri katilnya itu lalu segera mematikan bunyian jam loceng yang sentiasa membingitkan telinga yang mendengar. Selepas itu, dia sempat mengeliat kecil di atas katilnya. Apabila dia sudah sedar sepenuhnya, dia pantas bangun dari pembaringannya. Rambutnya yang kusut masai itu dibiarkan manakala fikirannya mulai terawang-awang entah ke mana. Setelah dia mengingati akan mimpinya sebentar tadi, matanya mulai terbeliak. Dia mengelengkan kepala seakan tidak mempercayai apa yang terjadi di dalam mimpinya itu.
"No! Aku tak cintakan dia oranglah. Jadi, tak payah nak mahal ko o mahal ako bagai..." omel Sarah sendirian.
Dalam dia syok mengomel seorang diri, tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi menandakan ada panggilan masuk. Dia terus meraba di sisi bantalnya untuk mencari telefon bimbit kesayangannya itu.
"Hello! Assalamualaikum." Sapanya dahulu dengan suara baru bangun tidurnya itu.
"Waalaikumusalam. Morning, dear." Ucap Heena dihujung talian.
"Morning. Beb, kau tahu tak..."
"Tak." Laju jer si Heena ni menjawab.
"Ish! Kau dengarlah dulu cerita aku ni, beb. Lepas tu, baru kau boleh menyampuk." Tegas Sarah.
Heena pelik. Seriuslah pula sepupu aku ni. Akhirnya, dia hanya mampu menadahkan telinga sahaja. Apalah yang nak diceritakan tu? Pasal semalam ke? Tak apa, kita dengar dulu.
"Beb, senyap je. Kau dengar tak ni?" Tanya Sarah dihujung talian.
"Tadi kau juga yang suruh aku dengar kan. Tu yang aku senyap sekejap. Ceritalah cepat..." suruh Heena pulak.