Mahal Kita !!!

45 2 0
                                    

BAB 4

Mereka duduk beralaskan kasut masing-masing. Nasib baik mereka tak pakai high heel. Kalau tak, memang kena duduk atas pasirlah gamaknya.

Lautan yang luas terbentang dihadapan mata di pandang dengan perasaan yang tenang dan damai. Hilang segala tekanan apabila datang sini. Udaranya segar dan membuatkan kita rasa nyaman sekali. Suasana pun sepi jer sebab tak ramai yang datang ke pantai waktu begini melainkan hari cuti. Kalau tidak, pantai Saujana ni lah yang akan menjadi tumpuan orang ramai. Mereka akan berpicnic di sini bersama keluarga yang tersayang.

"Beb, rasa tenang jer kan..." kata Heena sambil matanya tak jemu memandang lautan yang luas terbentang dihadapan matanya ini.

Sarah menganggukkan kepalanya.

"Tenang sangat, beb. Bukan selalu kita datang lepak kat sini kan. Jadi, jom kita hirup udara segar ni sepuas-puasnya." Ujar Sarah, segera berdiri.

Heena terkejut lalu turut berdiri disamping sepupunya itu.

"Satu... dua... tiga..."

Sarah mulai mendepakan tangannya. Nafas ditarik sedalam yang mungkin dan dilepaskan secara perlahan. Fikirannya terasa kosong. Tenang, aman dan damai. Perbuatannya itu diulangi berkali-kali.

Heena yang pada mulanya hanya melihat, kini turut mengikut sepupunya itu. Mana boleh lepaskan peluang. Mestilah dia nak sertai sepupunya juga. Udara segar yang bertiup lembut dihirup sedalamnya dan dilepaskan dengan perlahan. Diulanginya berkali-kali.

"Hai cik adik manis..." sapa satu suara garau.

Sarah dan Heena kaget. Perbuatan mereka terhenti serta-merta. Secara serentak, mereka menoleh kearah si dia yang datang menyapa.

"Fiq, you buat apa kat sini?" Soal Sarah, terkejut.

Heena memandang sepupunya itu.

"Beb, kau kenal mamat ni ke?" Tanyanya, ingin tahu.

Kepalanya dianggukan perlahan. Terpaksa.

"Jalan-jalan. Tak sangka pula dapat jumpa you kat sini. Maybe, you dengan I berjodoh kut." Jawabnya, penuh bangga

Heena melirik senyum sinis. Perasannya mamat ni. Berjodoh konon. Pigidah..., detik hati kecilnya.

"Oh!" Balas Sarah, sambil tersenyum kelat.

"You buat apa kat sini?" Soal Afiq, ingin meneruskan perbualan. Dia tak akan lepaskan peluang ni begitu sahaja. Bukan senang nak dapat jumpa si buah hati pengarang jantung dia ni.

"I macam you jugalah. Jalan-jalan. Cuci-cuci mata gitu." Balas Sarah, sambil ketawa kecil.

Afiq ketawa geli hati manakala Heena tayang muka meluat.

"Ada-ada jer lah you ni, Sarah." Katanya, senyuman kecil tak lekang dibibir.

"Okaylah, Fiq. I have to go now." Ujar Sarah, bersahaja. Segera dia memakai kasutnya dengan diikuti oleh Heena, sepupunya.

"Errr... Sarah!" Tiaknya, lembut.

Pantas Sarah menoleh kearah pemuda dihadapannya ini. Kedua belah keningnya sengaja diangkat sebagai pertanyaan, 'nak apa?'

Mahal Kita !!!Where stories live. Discover now