BAB 10
Tuk tuk... Tuk tuk
Bunyi ketukkan di pintu kedengaran lagi."Masuk..." suruhnya separuh teriak.
Daun pintu dibuka dari luar.
"Akak Sarah ooo akak sarah..." panggil Aliya yang sudah pun menjenggukkan kepalanya disebalik pintu itu.
Sarah yang mendengar segera mengalihkan pandangan matanya.
"Iya saya." Sahut Sarah, bersahaja.
"Masa untuk lunch dah tiba..." beritahu Aliya, sambil mengelip-gelipkan matanya. "Jom kita pergi lunch kak." Ajaknya, pula.
Sarah terkejut lalu dia segera melihat waktu dihujung skrin komputer ribanya itu. Ha'ah lah. Dah tengahari rupanya. Sekejap jer masa berlalu tapi dia tak rasa laparlah pulak. Dia kembali menoleh kearah pekerjanya yang sedang menanti di muka pintu.
"Akak tak lapar lagi. So, kau orang pergi aja lah. Akak jaga bookstore ni." Tolak Sarah dengan nada lemah lembutnya. Senyuman manis terlakar dibibirnya.
"Okaylah kalau macam tu. Kita orang pergi dulu. Kalau akak nak apa-apa, akak terus roger-roger kami tau." Katanya sambil memberi isyarat calling-calling gitu.
"Alright. Drive carefully." Pesan Sarah.
Aliya hanya menganggukkan kepalanya sahaja. Daun pintu segera ditutup. Dia bergegas keluar dari bookstore itu. Dahlia menantinya di muka pintu.
"Mana, cik bos?" Soal Dahlia, ingin tahu. Kepalanya terjengguk-jengguk ke dalam bookstore mencari kelibat cik bosnya.
Aliya sekadar mengelengkan kepala. Dahlia memahami lalu mereka bergerak kearah motorsikal masing-masing. Tanpa berlengah lagi, mereka terus memecut roda duanya itu.
Setelah selesai melayan customer di laman sosial, facebook, Sarah segera menutup komputer ribanya. Dia mengemaskan meja kerjanya agar tidak terlalu bersepah. Kalau bersepah, dia juga yang sakit mata duk tengoknya. Kemudian, dia melangkah keluar dari bilik pejabatnya menuju ke kaunter. Ketika ini, suasana di Sarah Bookstore agak sunyi sepi. Sekali-sekala baru nampak customer datang menyinggah.
"Selamat datang ke Sarah Bookstore..." ucapnya dengan nada yang penuh dengan lemah lembut. Senyuman manis terukir di dua ulas bibir mungilnya itu.
Pelanggan yang baru masuk, tersenyum senang.
"Buku latihan untuk murid darjah satu ada dekat mana, ya?" Tanya pelanggan tersebut.
"Untuk darjah satu, bukunya ada dekat hujung sana. Puan jalan terus, and than terus belok ke kiri. Kat situ ada pelbagai jenis buku latihannya." Beritahunya dengan penuh ramah.
"Okay. Terima kasih."
"Sama-sama."
Sarah kembali melabuhkan punggungnya. Dia hanya menanti di kaunter. Sambil menanti, dia sempat melayari youtube. Layan lagu Filipina lah tu...
~ ~ ~
"Saya baru nak pergi pekan PD, kak. Nak pergi bank sekejap. Akak ada nak kirim apa-apa ke?" Tanya Adam, pula.
Senyap.
Adam hanya menanti dengan penuh sabar dihujung talian.
"Boleh juga. Adam tolong belikan akak novel Atuk karya Ebriza Aminnudin tu, eh." Suruh Annisa, bersahaja.