Mahal Kita !!!

64 4 3
                                    

BAB 2

Hari Kedua

Suasana di Sarah Bookstore agak sunyi sepi. Tiada pelanggan yang datang berkunjung ketika ini. Biasalah. Waktu pagi macam ni, semuanya pakat sibuk mencari rezeki termasuklah dirinya. Kalau ada pun, seorang dua jer yang datang berkunjung. Dan disebabkan itulah, dia mulai merasa bosan. Tak betah dia duduk di bookstore ni tau.

Time hujung bulan baru terlajak laris jualan bukunya. Biasalah, masa itu kan semuanya dah pakat dapat gaji. Baru meriah bookstorenya dengan pelbagai gelagat manusia yang minat membaca buku ni.

"Kak Sarah, saya nak pergi kedai depan tu jap. Nak beli air. Haus pula tekak ni. Akak nak kirim tak?" Tegur Aliya.

Sarah tersentak. Nampak sangat terkejutnya.

"Boleh juga. Akak nak cendol pulut satu, OK." Pesan Sarah sambil menghulurkan not kertas sebanyak RM10.

"Eh! Tak payah kak. Hari ni saya belanja akak pula." Ujar Aliya, sambil tersenyum manis.

Sarah tersenyum senang. Bayangan pekerjanya itu hilang daripada pandangan matanya apabila pekerjanya itu mulai melangkah keluar dari Sarah Bookstore.

Kebosanan kembali melanda hatinya.

Iphone 6 yang berada di dalam tas tangan segera di ambil, lalu dia mula menekan icon aplikasi Facebook. Page Sarah Bookstore di buka. Dia ingin meng'update'kan segala jenis buku yang dimiliki di laman sosial itu. Inilah cara kedua untuknya melariskan jualan buku di Sarah Bookstore. Kebanyakkan daripada mereka, malas nak keluar dari rumah. Jadi, mereka hanya memesan buku secara online. Penghantaran akan dilakukan dengan serta-merta. Khidmat pos laju diperlukan ketika itu. Cas postage akan dikenakan dan disitulah dia mendapat keuntungan sedikit demi sedikit.

Setelah selesai meng'update' pelbagai jenis buku, Sarah terus membuka peti mesej pula. Segala pertanyaan yang ditujukan kepadanya, dijawab dengan penuh konfiden. Huish! Ramai juga yang buat pesanan secara online ni. Alhamdulillah, rezeki hari Jumaat yang barakah...

Siti Salehah : Assalam. Sis, saya nak tanya ni. Novel Perempuan Paling Bahagia ada stok lagi tak? 😅

Sarah Bookstore : Wasalam. Kami masih ada stok PPB 😁

Siti Salehah : Kalau macam tu saya nak. 😉

Sarah terus memberikan nombor akaun Maybanknya agar mudah para pembeli membuat bayaran. Selepas itu, Sarah akan menanti para pembelinya menunjukkan bukti seperti resit untuk memastikan pembayaran telah pun dibuat agar tiada kes penipuan.

Kebanyakkan daripada mereka hanya memesan novel-novel yang tengah hot di kaca Tv. Seperti Perempuan Paling Bahagia yang ditayangkan di astro oasis. Begitu juga dengan novel Titian Cinta yang ditayangkan di slot akasia Tv3. Kadangkala, mereka ada juga memesan novel seram terbitan Buku Prima. Karya-karya daripada team Seramlicious ni banyak mendapat tempat di hati para pembaca tegar. Karya mereka tak pernah menghampakan. Sentiasa memuaskan hati para pembaca.

Macam mana dia tau? Sah-sah bookstore tu dia yang punya dan dah semestinya dia pun turut suka membaca buku. Kalau tak minat baca buku, tak adanya dia nak buka Sarah Bookstore ler. Baik dia jadi usahawan yang berjaya.

"Akak Sarah oooh akak Sarah..." panggil Aliya sambil melambaikan tangannya dihadapan muka bosnya itu.

Masih tiada respon daripada bosnya. Aliya tayang muka pelik.

"Akak..." panggilnya sekali lagi. Kali ini, disertakan dengan tepukkan kecil di bahu bosnya.

Sarah tersentak.

Mahal Kita !!!Where stories live. Discover now