Mahal Kita !!!

34 2 0
                                    

BAB 5

Hari ketiga

"Magandang umaga, ate..." ucapnya, dengan senyuman manis terukir dibibir.

"Morning..." balas Annisa, lembut. Terukir senyuman manis dibibirnya.

"Ate Nissa, kumusta ka?" Tanyanya sekadar ingin menguji kakaknya itu.

"I'm fine. Salamat, ah." balas Annisa, penuh yakin.

Adam menganggukkan kepalanya. Bangga dengan kakaknya yang sudah mulai memahami bahasa Tagalog walaupun sekadar basic sahaja. Macam dirinya juga. Dah biasa guna bahasa melayu sampaikan bahasa Tagalog pun dia dah kurang fasih.

"Walang anuman, ate." Jawab Adam, sambil tersenyum.

Mereka beriringan menuju ke meja makan yang terletak di ruang dapur. Nak berbual lama-lama tak boleh. Takut terlambat pulak nanti. Masa bukannya makin perlahan. Makin cepat masa berlalu ada lah...

"Selamat pagi, mak..." ucap Annisa, riang. Dia mendekati emaknya yang sedang menghidangkan juadah. Pipi emaknya dikucup penuh sayang.

"Pagi..." balas Mak Milah, sambil tersenyum senang.

"Magandang umaga, nay." ucap Adam pula.

Mak Milah tersenyum memandang anak lelakinya itu.

"Magandang umaga, Adam." balas Mak Milah, lembut.

Wow! Mak Milah pun tahu berbahasa Tagalog. Dahsyatnya...
Mereka ni peminat tegar cerita Filipina ke apa, sampaikan bahasa Tagalog pun dia orang tahu. Fantastic bebeh...

Annisa dan Adam terus melabuhkan punggung diatas kerusi yang tersedia ada manakala Mak Milah hanya memerhati.

"Duduklah, mak." pelawa Annisa.

"Tak apa. Nissa dengan Adam sarapan dulu, ya. Mak nak pergi menyapu laman sekejap." Ujar Mak Milah, lalu dia segera beredar pergi.

Annisa dan Adam hanya membiarkan sahaja emaknya itu. Biasalah. Mak Milah memang begitu. Mana reti duduk diam pagi-pagi macam ni. Mesti ada aja kerja yang nak dibuatnya. Selepas menyapu daun kering, pokok bunga kesayangannya pula yang akan dijengguk dan dia akan menyiramnya agar bunga kesayangannya itu sentiasa mekar dan segar. Setiap hari, itulah aktiviti emaknya disebelah pagi manakala abahnya pulak, pagi-pagi dah sibuk keluar ke pekan. Bukan pergi mengeteh ke warung tapi pergi mencari suratkhabar Sinar Harian. Abahnya suka membaca suratkhabar. Segala isu terkini, abahnya tahu. Tiap kali terbaca isu ragut, rogol dan lain-lain, mulalah abahnya duk membebel sendirian. Panas hatinya mengenangkan gejala yang sering berlaku di zaman moden ini. Mereka ni hanya mampu menadah telinga sahaja. Tak seorang pun yang berani membuka suara kerana takut tersalah cakap, nanti badan juga yang dapat binasanya.

"Sedapnya nasi lemak ni..." puji Adam, yang makin berselera menjamu sarapannya.

"Nasi lemak Mak Milah memang marbeles..." puji Annisa, pula. Dia pun turut berselera.

Mereka berdua sangat menikmati juadah pagi itu sehinggakan lupa akan sesuatu.

"Amboi! Berseleranya anak-anak abah ni makan." Tegur Pak Mail yang baru muncul.

Mahal Kita !!!Where stories live. Discover now