Mahal Kita !!!

22 0 0
                                    

BAB 11

"Maraming salamat, adik akak sayang." Ucap Annisa, sambil tersenyum senang. Kini, novel Atuk sudah pun berada di dalam genggamannya. Bertambah satu lagi koleksi seramnya. Membaca novel dan buku majalah memang sudah sekian lama menjadi hobinya. Kalau tak ada mood nak membaca, dia akan simpan buku-buku tu dulu sehinggalah mood membacanya tiba. Dan disebabkan ke semua bukunya sudah habis di baca, itu yang dia minta adiknya belikan yang baru. Akhirnya, buku baru yang dipesannya sudah pun berada di dalam tangannya. Sukanya...

"Walang anuman, ate." Balas Adam, bersahaja. Terukir senyuman manis dibibirnya itu. Dia turut merasa gembira apabila melihat orang yang disayanginya itu gembira menerima pemberiannya.

"Adam ambillah duit ni..." ujar Annisa sambil menghulurkan tiga keping duit berwarna merah kepada adiknya itu.

"Eh! Tak payahlah kak. Saya belanja. Lagipun, bukan selalu saya belanja akak buku kan." Adam menolak pemberian kakaknya itu dengan penuh berhemah.

"Betul ni?" Tanya Annisa, inginkan kepastian.

Adam menganggukkan kepalanya sebagai jawapan kepada persoalan kakaknya itu.

"Terima kasih, Adam. Lain kali belanja lah akak lagi." Ucap Annisa, sekadar bergurau senda.

Tergelak kecil Adam mendengarnya.

"Boleh. Tak ada hallah, kak. Kalau ada rezeki lebih, nanti saya belanja akak buku lagi."

"Akak gurau aja lah."

"Takat belanja buku jer, kak. Apalah sangat kan..."

Annisa terharu dengan kebaikan adiknya itu. Pemurah orangnya... Semoga adiknya itu sentiasa dimurahkan rezeki. Aamiin

"Semoga adik akak ni dimurahkan rezekinya. Aamiin." Doanya, sambil meraup mukanya dengan kedua belah tapak tangannya.

"Aamiin, aamiin, aamiin. Terima kasih atas doanya kak." Ucap Adam, pulak. Terukir senyuman manis di bibirnya.

"Sama-sama adikku." Balas Annisa sambil tersenyum senang.

Selepas meminta izin daripada kakaknya, Adam segera beredar menuju ke muka pintu rumahnya dengan membawa gitar kapok kesayangannya itu. Dia nak melepak kat pangkin sekejap manakala Annisa yang melihat hanya mampu mengelengkan kepala sahaja.

"Tak boleh berpisah langsung dengan gitar dia tu tau..." omel Annisa, sendirian. Dia kembali meneruskan kerjanya yang tergendala tadi. Novel Atuk itu diletakkan di tepinya dahulu. Malam nanti baru dia start membacanya. Almaklumlah, cerita seramlah katakan. Kenalah baca time malam menjelma. Baru feel seram tu sampai kan. Hanya pembaca tegar novel seram sahaja yang dapat memahaminya.

Di luar, Adam sedang menghirup udara segar sambil jari jemarinya ligat memetik tali gitar kapoknya itu. Alunan muzik yang dimainkan sungguh mendamaikan hati yang sedang mendengar. Sedang dia asyik bermain gitar, dia disapa oleh seseorang.

"Hai, abang Adam."

"Ha... Hai!" Kaget.

Kelu lidah Adam melihat gerangan yang datang menyapa.

"Abang tengah buat apa ni?" Tanya si gadis, sambil melabuhkan punggung di sisi insan yang disukai.

"Tak ada buat apa-apa pun." Balas Adam cuba berlagak bersahaja.

"Abang..." panggilnya, manja.

Gulp! Telan air liur Adam dibuatnya.

"Iya." Balas Adam tanpa menoleh kearah gadis itu.

Mahal Kita !!!Where stories live. Discover now