BAB 3
Pukul 8.00 malam
Warung D'Klasik"Assalamualaikum, Pak Lah." Sapa anak muda itu dengan penuh tata-tertib.
Pak Lah menoleh ke belakang untuk melihat gerangan yang datang menyapa. Daripada pendengarannya, dia kenal sangat dengan pemilik suara itu. Siapa lagi kalau bukan Adam.
"Waalaikumusalam. Dah sampai pun kamu. Pak Lah dengan Mak Leha baru duk sebut nama kamu ni, hah. Tup-tup, kamu pun muncul. Panjang umur kamu." Kata Pak Lah, sambil menepuk bahu anak muda itu.
Senyuman terukir di bibir anak muda yang berada dihadapannya ini.
"Pak Lah nak saya tolong apa-apa ke?" Tanya Adam.
"Boleh juga." Balas Pak Lah, ringkas.
"Tolong apa, Pak Lah?" Tanyanya penuh minat.
"Kamu tolong tengok aja..." seloroh Pak Lah, sengaja ingin mengusik.
Gelak tawanya meletus apabila melihat reaksi anak muda itu.
"Kamu pergi test bakat kamu kat atas pentas kecil tu. Kat sini, Pak Lah dengan yang lain boleh settlekan. Kerja kamu hanya menghiburkan para pelanggan aja." Arah Pak Lah, selepas tawanya reda.
Kepalanya dianggukkan. Arahan diterima. Dia meminta izin sebelum beredar ke pentas kecil yang dikhaskan untuknya itu.
Punggungnya dilabuhkan diatas bangku yang disediakan. Mikrofon yang berada dihadapannya ini diambil lalu di check satu persatu. Untuk memastikannya berfungsi atau pun tidak.
"Test. Test. One two three..."
"Percubaan suara..."
Pak Lah yang mendengar hanya mampu tersenyum. Sekejap lagi, meriahlah warungnya ni. Ramai yang datang berkunjung ke sini kerana adanya Adam sebagai penghibur. Dengan suara yang serak-serak basah sudah cukup membuatkan mereka terhibur dengan nyanyiannya.
Pelanggan pertama telah pun datang. Pak Lah bergegas menuju kearah mereka untuk mengambil pesanan.
"Assalamualaikum. Selamat malam dan selamat datang ke Warung D'Klasik. Saya Adam selaku penghibur anda semua. Selamat menjamu selera dan semoga anda semua terhibur." Ucap Adam, ringkas.
Bunyi petikan gitar bergema di udara. Itu menandakan anak muda itu sudah memulakan tugasnya sebagai penghibur di malam hari.
Sebelas Januari Bertemu
Menjalani Kisah Cinta Ini
Naluri Berkata Engkaulah Milikku
Bahagia Selalu Dimiliki
Bertahun Menjalani Bersamamu
Kunyatakan bahwa Engkaulah jiwakuAkulah Penjagamu
Akulah Pelindungmu
Akulah Pendampingmu
Di setiap langkah-langkahmuPermulaan yang menarik. Lagu 11 Januari menjadi pilihan pertamanya.
Para pelanggan yang sedang menunggu pesanannya tiba, mula menumpukan perhatian kearah lelaki yang berada diatas pentas kecil itu. Ada diantara mereka turut menyanyikan lagu itu juga.
Pernahku Menyakiti Hatimu
Pernah kau melupakan janji ini
Semua Karena kita ini manusiaAkulah Penjagamu
Akulah Pelindungmu
Akulah Pendampingmu
Di setiap langkah-langkahmuSarah dan Heena segera mendekati meja yang masih kosong. Hari ni, Sarah sengaja datang awal ke warung itu. Alasannya, boleh lepak lama-lama dengan sepupunya tetapi lain pula kata hatinya. Dia datang awal hari ini, semata-mata nak dengar mamat yang berada diatas pentas kecil itu menyanyi aja. Tak lebih dan tak kurang.