Mahal Kita !!!

30 0 0
                                    

BAB 8

Pukul 8.00.
Rumah mewah Encik Luqman.

"Mama, Sarah dah sampai. Heena pergi dulu ya." Teriak Heena dari luar.

Puan Faridah bergegas menuju ke pintu utama.

Heena mendekati mamanya yang sudah pun tiba dimuka pintu. Tangan tua milik mamanya dikucup penuh hormat. Kemudian, dia sempat berlaga pipi dengan mamanya itu.

"Assalamualaikum, mak lang." sapa Sarah mesra apabila cermin tingkap dibahagian penumpang di sebelahnya dibuka.

"Waalaikumusalam." Sahut Puan Faridah, lembut. Bibirnya menguntum senyuman manis buat anak abangnya itu.

"Sarah pinjam Heena sekejap eh, mak lang." Dia meminta kebenaran daripada sang ibu.

Puan Faridah tersenyum senang. Penuh tata-tertib anak abangnya ini. Sopan santun budaknya.

"Sarah nak pinjam lama-lama pun tak apa. Mak lang tak kesah pun..." ujar Puan Faridah ceria.

Kalau anaknya keluar dengan sepupunya ini, taklah dia bimbang sangat. Dia yakin anaknya selamat diluar sana.

Sarah ketawa kecil manakala sepupu merangkap kawannya itu sudah pun masuk ke dalam perut mini cooper kesayangannya ini.

"Okaylah, mak lang. Kami pergi dulu. Assalamualaikum." Sarah mohon pamit.

"Hati-hati. Waalaikumusalam." Pesan Puan Faridah.

Sarah menganggukan kepalanya manakala Heena disebelahnya sudah siap melambaikan tangan kepada ibu tercinta. Puan Faridah turut membalas lambaian tersebut.

Cermin tingkap dinaikkan. Mini coopernya terus mengaum dan bergerak perlahan meninggalkan kawasan halaman rumah mewah milik pak langnya itu.

Puan Faridah melangkah masuk ke dalam rumah apabila bayangan mini cooper milik Sarah sudah pun hilang daripada pandangan mata tuanya ini. Daun pintu segera ditutup dengan cermat. Dia berlalu pergi. Dengan penuh berhemah, dia meniti anak tangga menuju ke kamar tidurnya. Dia ingin beristirehat seketika.

"Beb, hari ni kita dinner kat restaurant favourite kita tu tau." Ujar Sarah, bersahaja. Matanya masih tertumpu kearah jalan raya. Pandu cermat jiwa selamat, hokey...

"Hah???" Jerit Heena seakan terkejut.

Sarah kaget. Nasib baik dia tak tertekan brek mengejut. Kalau tak, mahu mini coopernya kena rempuh dari arah belakang. Ish! Minah ni... Buat aku terkejut aja.

"Wei, agak-agak ler nak menjeritnya. Buat aku terkejut aja. Nasib baik aku tak tekan brek mengejut tadi. Kalau tak mahu kita berdua check in wad, beb." Omel Sarah, geram.

Heena disebelah hanya mampu tayang sengihnya. Menampakkan barisan giginya yang bersih dan teratur itu.

"Beb, malam ni kita dinner kat Warung D'Klasik eh. Esok baru kita dinner kat restaurant peberet kita tu. Okay?" Saran Heena bersungguh-sungguh.

Sarah jadi serba salah.

"Tapi aku teringin nak makan spaghetti carbonara, beb. Kat warung tu tak ada spaghetti." Kata Sarah, penuh sayu.

Mahal Kita !!!Where stories live. Discover now