Part 9

237 8 0
                                    

  Lepas suzan tanya tu soalan thomas p letak tangan dia sana kepala kerusi sy duduk tu. Terus sy automatik kasi condong badan sy ke arah azam. Sy tingu thomas. Yakin jak tu muka dia buat camtu.

"Padan kan kami?" Blg thomas tanya suzan.

Terus azam p kasi dekat badan dia di badan sy.

"Kami? Padan ka?" Blg azam.

"Ishhhh... kamurang ni," berabis dorang ketawa sy kena buli mcm tu.

Sy duduk tegak2. Sy kasi biar thomas punya tangan macam tu sambil menyalin fakta kes yg dia brief.

"Tuan... bau pokilok," sy blg sama dia. Teda panggil sy-ko kalo di court. Nanti kena kecam sebab tidak hormat. Di luar waktu bekerja saja baru kami ni buang tu honorific.

"Apa ko blg? Bau pokilokkkk....naaa cium," thomas berdiri angkat tangan dia lagi tinggi pastu kasi dekat pokilok dia di muka sy.

"Buduh!!" Laju sy berdiri menjauh kn diri.

Berabis lg semua ketawa. Jangan heran la perangai thomas macam tu walaupun jawatan dia deputy public prosecutor atau pendakwa raya. Umur baru 26 bah masa tu. Masih ada budak2 tu perangai.

"Comel juga kamu," blg suzan lepas semua reda ketawa.

"Abis la tuan kalo sama dia. Bapa dia garang oh. Lg garang dr hakim," blg si lek.

"Betul bah? Tidak pa. Demi indai," blg thomas angkat2 kening sama sy.

"Eeee... gila!" Tu ja sy mampu cakap.

Sy pura2 marah jak baitu. Pd hal hati sy melumpat2 suda kesukaan. Sikit tu jantung terkeluar dr dada. Haha.

Riang ria gumbira sy ari tu. Senyum sampai telinga. Buat kerja pun smooth saja.

"Mana ko? Sy di luar suda ni. Cepatla. Dorg suda sampai," sms indai.

Ari jumaat. Esok offday. Bulih la pigi lepak2. Minum sikit2. Haha. Malam tu ada live band. Siok la melayan. Suara tu penyanyi siok dengan rendition dia sendiri.

Kami ramai2 duduk2 di meja yg kicil. Yg lelaki2 berdiri jak. Kami 3 girl duduk. Dapat keistimewaan. Hehe. Si connie sama nisa saja ligat sana sini. Menari depan stage. P pok2 minta belanja. Malas sy mo layan dorang kalo suda paning.

Aiman sama tu kwn2 dorg lain surung2 thomas suruh p nyanyi sebab tu band p buka utk sepa2 mo nyanyi. Mula2 dia malu. Konon la. Last2 dia pigi juga.

Thomas duduk berdiri bercakap2 sama tu pemain muzik. Dia buka hp meningu lirik. Ahahaha..

Siok juga suara thomas ni walaupun dia malu2 nyanyi. Mata dia fokus jak di hp sesekali meningu tempat kami.
Sampai ja part ni mata dia tepat tingu sy.

Sampai syurga ku menunggu
Sampai syurga ku cintamu
Hanya kamu

Sy tingu connie tp connie sibuk ketawa2. Sy tingu belakang. Mimang dia tingu sy ka ni? Terus tegak sy duduk. Tu vokalis perempuan berabis mencari sepa yg thomas tingu.

Sekali dia nampak sy terus dia tunjuk sy dengan dua2 tangan dia. Tersenyum sy tingu tu gaya. Tu vokalis tepuk tangan terus semua yg ada sana ikut tepuk tangan juga.

Sy pula yg malu2 lepas tu. Terngiang2 tu lirik lagu. Terus jadi faveret sy tu lagu pada hal dulu sy langsung tidak kenal sepa pejal tahir. Miahahaha... sy suka lagu2 inggeris bah.

"Mcm mana... siok ka suara sy?" Blg thomas

Sy senyum ja pastu tunjuk dua ibu jari sama dia. Berehat tu band. Dorang sana belakang minum2. Thomas berdiri pastu p tempat dorang.

Sengaja sy konon meningu2 org punya gelagat dalam tu tempat pd hal sy meningu apa si thomas buat sama dorang.

Amboiiii...mesranya thomas sama tu vokalis. Ada suda asap keluar dari hidung sy ni. Ehh..napa ko mo jeles ni brenda?

Tidak lama datang thomas sama tu vokalis. Salam2 la kami semua.

"Ohh... ini?" Blg tu vokalis.

"Ya. Cantik kn?" Blg thomas.

Sepa cantik? Sy? Awwww.... sy cantik. Terus sy pegang dua2 pipi.

"Ya. Cantik bah. Jaga bagus2. Jgn ko selalu bawa dia p ni tempat. Bahaya," blg tu vokalis lg.

Apa bahaya? Napa bahaya? Napa tidak bulih pigi? Eeee... thomas mesti ada aweks lain ni. Tambah berasap2 hidung sy.

"Masih muda bah... enjoy dulu," tu ja thomas jawab.

Tu vokalis senyum sama sy pastu p tepuk2 bahu thomas. Pastu dia jalan p meja kwn2 dia.

Shuu! Shuu! Jangan dekat2 thomas. Pandai2 ja sentuh2 dia. Cisss... sy pun tidak dpt sentuh2 dia.

"Con..mari la balik. Panat suda sy," sy blg sama connie.

"Bah.. mari la. Sy mo dating bisuk. Nanti lambat bangun," blg connie.

Berkemas2 la kami 3 orang ni. Check atas meja takut ada yg tinggal. Oh ya... malam tu sempat2 lg nisa menari atas kerusi. Ntah apa yg siok sy pun tidak tau.

Jalan la kami ni p parking. Berkambai 3 org sambil nyanyi2. Geng karas suda kan. Paning2 lg. Tambah la mcm gila2 perangai.

Connie, sy ditengah pastu nisa. Tiba2 sy rasa rambut kena tarik. Terberenti sy jalan. Kepala pun sy kasi panjang belakang mo kasi kurang sakit.  

Cinta Yang Tak TerungkapWhere stories live. Discover now