1 minggu lebih sy teda jumpa thomas. Dia tidak masuk court sebab teda kes. Sy pula lepas habis ja kes di court terus ja balik ofis sebab banyak kerja mo di kasi siap. Chat pun masih lg sy set offline. Malas sy kena kacau2 ni. Kalo terus menerus thomas panggil syg2 tapi sy masih tidak pasti feeling sebenar dia, bagus sy menjauhkan diri la.
Next weeknya pun teda thomas. Dia pigi kursus 1 minggu di kl. Tp tu pun, dia cakap sama connie. Teda apa2 pun dia cakap sama sy. Lg la sy malas mo fikir.
Sampai court, pusing2 kami mencari kes. Tp macam kering tu minggu. Berbagi2 saja la si lek, nisa, connie sama suzan. Asal ada story. Kalo blg banyak, memang banyak. Kalo blg teda... kes syabu pun teda.
Sy kira mo balik suda tp berabis suzan sama lek pogos (paksa) sy pigi lunch dulu.
"Brenda... jom la. Kalo ko teda tidak ni kami kena belanja makan," blg suzan.
"Doii...pigi saja. Kena belanja makan juga tu," sy blg sama suzan.
"Ko tanya si lek bah. Beberap hari ko teda kami p makan, richard tidak pun belanja. Bila ko ada baru dia belanja," suzan memujuk.
"Betul bah indai. Dia senyum ja sama kami kalo ko teda. Kalo ko ada dia pandai mo p kawan2 kita," blg si lek.
"Yalah2... mari la," last2 sy mengalah juga.
Duduk la kami satu meja di sudut yg dekat dgn pintu keluar. Richard sama kawan2 dia duduk di meja yg dekat dengan laluan mo p cashier.
Berdiri la sy sama connie mo p tingu2 lauk. Masa limpas richard tu, dia tegur sy pada hal dia sibuk bercerita sama kawan2 dia. Sanggup tu dia putung cerita.
"Hai... baru lunch?" Richard tanya.
"Ohh.. hai. Iya. Baru lunch," sy senyum sama dia.
Oleh sebab jarak meja dia sama tu tempat ambil nasi tidak jauh, sy bulih dengar la apa yg dia cakap.
"What?? I'm just being friendly. Salah ka?" Sy dengar richard cakap sama kawan2. Entah apa la kawan2 dia cakap tu sampai richard bg respon macam tu.
Richard.
Pertengahan 30-an. Tinggi lebih kurang 180cm. Badan chubby2 sikit. Rambut ikal2. Baby face. Kulit putih. Tidak hensom tp kiut.Hari tu pun richard belanja juga kami. Suzan pijak2 lg kaki sy mo suruh say tengkiu.
"Na kan brenda. Betul kan sy cakap," blg suzan.
"Bahh.. apa lg. Mengurat la," blg lek.
"Gila bah kamu ni. Tiba2 konon sy mo p mengurat," malas pula sy kena surung2 macam tu.
"Ko pilih la richard. Banyak duit tu. Lama suda kerja kan," blg suzan lagi
"Untung ko kawin sana dia indai. Duduk rumah guyang kaki. Panggil si bibi jak datang ruma mo manicure pedicure," blg connie.
Nisa sama azam pun menambah perisa. Dorang ni kejap thomas kejap richard. Lalang betul ikut suka mo sukung sepa.
"Jangan la ko tunggu 4 taun tu indai. Sy ada..esok pun bulih," blg azam.
Berabis kami ketawa azam cakap macam tu. Azam ni la kaki lawak kami. Dalam penat kami kejar kes sini sana, dia la penghibur.
Sy siap buat story terus sy rasa badan tidak berapa sihat. Macam mo panas badan sy. Sakit tekak pastu mata pun macam mo terkeluar. Jam 7 lebih suda tapi connie belum siap2. Ni la kalo teda kereta sendiri. Terpaksa la menunggu kwn satu rumah.
Ding!
Chat thomas. Aduiii... menyesal pula sy kasi aktif tu chat. Punya la lama sy berjaya mengelak dari dia. Jumpa tidak, chat teda. Nekad bah suda sy ni mo menjarakkan diri dari thomas. Mula suda sy mo fikir2 ni cadangan kawan2 mo mengurat richard. Haha.
"Pa kabar syg?"
Muncul2 panggil syg. Sy ni bukan gf ko pun.
"Hai tuan. Okey juga," kalo bercakap keluar suara, dingin ni cara sy bercakap.
"Napa tuan? Mana suda dear?" Pastu ada emoticon sedih.
"Deer suda balik hutan," malas mo layan dear2 sana. Peduli la ko.
"Teda mood?"
"Okey jak ni,"
"Syg... dear mo tanya bah. This year syg 24 bah kan? Dear 26 ni suda. Dear memang plan mo kawin umur 30. Masa tu syg 28 suda. Ngam la kan? Ada 4 tahun lg dr sekarang. 4 tahun syg. Tunggu k?"
Jadi... napa ko mo kasi jelas panjang lebar? Sebenarnya ko mo cakap sama sepa? Atau... sy ni perempuan ke berapa ko guna ni ayat manis.
"Napa 4 tahun?" Tidak pa... sy ikut jak la rentak ko ni.
"Sebab sy rasa syg masih muda. Dear masih muda. Masih sama2 mo enjoy. Bebas sini sana. Tp dear pas kawin tidak mo suda life macam skg. So, puas2 dulu enjoy,"
"Ohh.. okey," tu ja sy jawab.
Cakap saja bah kalo ko tidak mo komitmen. Bagitau ja kalo ko sebenarnya mo tunggu lagi kalo2 ada perempuan yg berjuta kali lg perfect sebab tu mo mo tunggu 4 taun lg.
Negatif suda suma pemikiran sy ni. Langsung sy tidak dapat fikir yg bagus2 suda. Sy betul2 rasa macam kena main2.
"Tunggu dear 4 tahun jak. Tu ja yg dear minta,"
hurm...napa macam ada nada keikhlasan sama dia mo kasi yakin sy ni? Brendaaaaa... jangan ko cair. Tunggu dia cakap apa yg ko mo dengar baru ko kasi tetap hati. Untuk sementara, ko pun tingu2 la juga richard tu bulih jd calon ka tidak. Ahahahaha...
"Jumpa esok syg," sy baca tu dengan nada excited.
"Okey tuan," sengaja sy bertuan2. Mo kasi tunjuk yg i dont even care. Kaka gia... pd hal kabak2 suda hati. Pandai nangis walaupun belum declare. Pandai jelos lg.
"Dear bah syg... dear,"
"Okey dear," last2 sy memenuhi permintaan dia juga.
Sebelum balik rumah sempat sy share lagu melly geoslow - gantung. Jd theme song saya kunun. Harap2 la bila sy upload tu video dia paham hati sebenar sy
*********
Esoknya sy bangun, berat betul kepala. Memang sy demam. Sejak2 start kerja, sy rasa sy punya badan telampau penat. Tidur sepanjang hari pun tidak dapat kasi hilang sy punya penat.
Tok! Tok! Tok!
"Indaiiii... ko suda diap kaitu? Ada kes basar ni pagi. Cepat la bersiap," connie teriak dari luar.
Tiap pagi mo p kerja memang macam ni la si connie. Kelam kabut saja berabis. Ada kes besar jak ari2. Tp sampai court, teda apa2 pun.
Sy berdiri pelan2 mo p mandi. Hari ni sy pakai seluar kaler grey saja sama blouse coklat ada tali bikin ikat di belakang. Tidak kisah la tu kaler masuk tidak masuk. Malas ni sy mo cantik2.
"Napa ko pucat ni?" Connie tanya. Terus dia pegang kepala sy.
"Gila! Panas juga ko ni. Kita p klinik. Ko mc," blg connie.
"Esok la sy mc. Kalo sy tidak p ari ni teda sepa mo ganti sy di court," sy blg sama connie.
"Degil betul! Jaga ko," blg connie.
Tiba2 mo warning. Tidak sy paham ni anak ni. Bukan tidak mo p klinik pun. Pigi juga bah tp lepas kerja. Connie...connie... sy tau bah ko syg sy. Kan kita kena cakap kembar. Hehe...
YOU ARE READING
Cinta Yang Tak Terungkap
RandomKisah Brenda dan Thomas yang masing-masing menyimpan perasaan cinta. Kedua-duanya enggan memulakan langkah untuk ke hubungan yang lebih serius. Brenda tetap dengan keputusan agar Thomas membuka mulut mengungkap kata cinta terlebih dahulu sedangkan T...