Nasib baik kami sempat kejar tu kes. Awal siap. Jam 10 lebih abis suda kami punya kerja. Tinggal mo tunggu kes yg jam 2 petang saja lagi.
Duduk la kami sana kantin. Sy, nisa sama connie. Azam p balik rumah. Tidur. Dekat bah court sama rumah sewa dia. Si lek sama suzan p mall berjalan. Suzan cam topulalangoi (hantu galah) si lek macam toyol. Hahaha... tinggi bah suzan. Kurus tinggi. Bikin ketawa la dorang jalan di mall tu.
Sy ampai kepala di meja beralaskan tangan. Macam berpusing tu tempat sampai sy rasa mo muntah.
"Panas betul ko ni indai? Ko tidak mo p klinik ka tu?" Nisa pegang tangan sy.
Sy geleng2 kepala. Bising betul dorang ni. Suda sy blg lepas kerja baru pigi. Macam sy mo marah2 ni lama2 kalo terus menerus kena paksa.
"Jom p klinik," sy dengar suara thomas. Tangan sy kena pegang. Yg area dekat pokilok thomas pegang.
Sy angkat muka tingu dia. Blur sy. Macam mana dia tau sy sakit sedangkan sy tidak cakap apa2.
"Habis kerja sy pigi," sy tarik2 tangan sy tp kuat thomas pegang
"Ada lg kes lepas ni?" Dia tanya connie.
"Teda suda tuan. Tinggal yg jam 2 nanti tu. Kes tuan la," blg connie.
Thomas angguk2. Dia tingu barang2 yg berampaian atas meja.
"Mana satu barang2 dia ni?" Thomas tanya connie lg.
Laju nisa sama connie ambil barang2 dorang. Thomas ambil barang2 sy, dia kasi masuk dalam beg.
"Punya la beg ni perempuan. Kalo lipas masuk pun sesat. Mcm hutan belantara," thomas membebel.
Aduiii... bikin malu sy saja. Malas bah mo kemas. Suda susun bagus2 tp paling lama kemas pun 2 jam jak. Nanti sama juga sy campak2 jak segala sampah sama resit dalam beg tu.
Thomas p angkat beg pastu tarik sy tp sy kasi karas badan sy. Sy tidak berdiri. Jadi kuat sy masa ni sebab sy tidak mo ikut dia. Sy tingu indai sama nisa. Mo minta tulung supaya tidak kena paksa ikut p klinik.
"Pigi la indai. Pucat betul ko ni kami nampak. Bagus ko p klinik. Kami tidak dpt kasi kawan. Mo jaga2 sini manatau tiba2 ada kes lain," blg nisa.
"Abis tu..." tidak abis sy cakap suda kena putung.
"Nanti dorang brief juga bah tu. Ko mo risau buat apa?" Marah thomas sama sy.
Mau tidak mau sy terpaksa juga ikut dia. Macam budak kecil jak sy kena tarik2 ni. Dari kantin sampai parking dia tidak kasi lepas tangan dia.
"berat juga beg syg ni? Apa juga ada di dalam ni?"
Ishhh.... Asyik membebel jak dia. Bikin geram ni lelaki ni tau. Dia ni mo tolong sy atau mo ambil peluang kasi marah sy? stress! Tambah sy mo demam.
Sampai kereta, dia lepas tangan sy pastu dia masuk. Sy sempat berfikir mo duduk depan ka duduk belakang. Tp tidak juga la bah sy sampai hati mo duduk belakang. Sy masuk pintu pastu terkuat bah pula sy tutup.
"ishh... syg. Tutup pelan2. Kesian ni kereta. Ni ja harta yg sy ada,"
Sy tingu Thomas. Serius muka dia. Langsung teda pun muka main2 ka, sekadar gurau2 ka.
"siou korita," sy blg sambil usap2 tu pintu.
Berabis Thomas ketawa tingu sy macam tu. start kereta gerak, sy terus tutup mata. Sy pening nampak kereta kiri kanan. Sy pun tidak tau mana dia bawa sy ni. Macam jauh sy rasa dia berpusing2.
"syg, sampai suda kita,"
Sy buka mata, Thomas suda turun kereta tingu sy yg masih duduk2. Sy masih berat hati mo p klinik bah ni. Tp sudah sampai kan, takkan sy mo patah balik.
Sy turun kereta lepas tu tingu sekeliling. Astaga! Punyalah sy bulih nampak tu mahkamah dari tu klinik. Yg panat2 mo drive kenapa? Automatik sy berabis ketawa. Sy tahan badan sy di kereta Thomas. Sy pening tp lucu bah.
"napa syg ni?" Thomas datang dekat sy sambil bawa tu handbag di bahu dia. tidak dia kisah org sekeliling tingu2 dia.
"tuan... kalo setakat bawa klinik yg tidak sampai 1km dr court tidak payah bah drive. Sy bulih jln kaki saturang p sini,"
"kalo ko pengsan sepa mo tanggungjawab? Klinik sana hujung. Bulih ka syg jalan ni? Siou, dear tidak dapat parking sana tadi,"
Aduiii... sy punya hati cair berabis. Sanggup drive pusing jauh pd hal tu klinik dekat ja dengan court. Pastu berabis pula dia cari parking yg dekat dengan klinik. Baiknya Thomas ni. Tp sy rasa azam sama lek pun sanggup juga bah buat macam apa yg ko buat ni.
Masuk klinik, Thomas suruh sy duduk. Dia berabis kurik cari purse sy pastu ambil ic. Dia yg urus sy register. Macam sy punya bapa jak tu gaya dia. masa mo masuk bilik doktor, dia pun mo ikut tp sy tulak dia keluar.
Urusan ambil ubat pun dia juga yg settle. Sy duduk diam jak macam puteri.
"berapa harga tu ubat tadi?" sy tanya sebab mo bayar balik.
"tidak payah lah bayar,"
"ehh... sy tanya ja. Bukan mo bayar pun," sy cakap sama Thomas. Sakit pula hati sy dia tidak mo kasi tau harga.
Dia simpan tu resit sana poket belakang dia. diam jak la sy tingu. Takkan sy mo p kurik tu poket seluar dia pula. Nanti lain yg jadi.
Dalam perjalanan mo balik court, Thomas call connie. Sy pun tidak tau la apa yg dia cakap tu. Dengar tidak dengar apa yg dia cakap. Sy dengar library jak. Sana kali dia mo hantar sy ni.
"tuan, berapa sy mo bayar balik sama tuan ni?"
"tuan...tuan.. dear bah. Dear,"
"okey... dear, berapa syg mo bayar balik ni? Yg harga ubat," sy tanya lagi.
"betul ni mo bayar?" Thomas tingu sy.
"ya bah betul ni,"
"tunggu empat tahun,"
Aik! Punya sinang mo bayar balik. Tp kan, empat tahun. Hurm... dia ni serius ka apa? Sy mo tanya tp tidak tau napa kelu betul lidah sy ni. Macam mana kalo dia jawab dia gurau2 jak? Tidak payah la tanya... abis takkan mo tunggu ja sampai 4 tahun?
Library.
Sy nampak berparking kereta connie. Dari kereta Thomas mo p kereta connie pun dia mau juga kasi kawan p kereta. Sy duduk seat depan pastu Thomas letak handbeg sy di riba. Dia tutup pintu pastu ketuk cermin suruh connie kasi turun.Dia kasi silang tangan dia tahan badan sana jendela kereta.
"jaga kawan ko bagus2 ni," Thomas cakap sama connie.
"ya bah tuan. Jangan la risau sangat. Sy jaga dia. sy suap dia makan ubat lg," blg connie.
Senyum dia sama nisa yg sana seat belakang. aduiii.... Banyak la pertanyaan dorang ni.
"syg... makan ubat kio,"
Sy rasa geli geleman pula sy dengar dia cakap macam tu. bukan apa, sy malu bah depan kawan2 dia mo panggil2 syg.
"okey bah. Tengkiu ah,"
"no problem. Untuk syg kan. Terus antar dia balik connie. Jangan kamu bawa dia p shopping. Dia mana da duit tu mo beli2," pas Thomas cakap tu terus nisa sama connie berabis ketawa.
"bah... apa cerita?" nisa tanya sambil hulur air mineral.
Sy buka handbeg mo ambil ubat. Terkejut sy nampak barang2 dalam handbeg tersusun rapi. Sy punya modes yg 2 keping utk spare pun suda kena letak bagus2 di poket tepi.
Santut yg sy bawa pun kena letak bagus2 di poket tengah2 tu beg yg pembahagi tu beg. Aduiiiii!!! Malunyaaaaa.... Terus automatik sy tutup muka pastu berabis teriak.
"napa ko? Napa ko?" connie pegang sy.
Kesian. Panic dorang nampak sy pd hal sy teriak bukan sebab sakit kepala pun. Tp sebab malu. Thomas... napa ko tulung susun barang dalam beg sy ni? Huaaaaaa.....
YOU ARE READING
Cinta Yang Tak Terungkap
RandomKisah Brenda dan Thomas yang masing-masing menyimpan perasaan cinta. Kedua-duanya enggan memulakan langkah untuk ke hubungan yang lebih serius. Brenda tetap dengan keputusan agar Thomas membuka mulut mengungkap kata cinta terlebih dahulu sedangkan T...