Laju ja thomas jalan kasi tinggal sy. Telampau juga dia malu mo jalan sama sy ni blg dalam hati sy. Mo jadi naga la sy ni lama2. Sweet2 tp bikin geram tu perangai. Sy nampak dia duduk sama dpp sama dc yg lain.
Okey brenda... skg ni macam mana ko mo bagi ni kot sama thomas? Berpelan sy berjalan ke arah kantin sebab sy berfikir mcm mana mo bg sama dia.
Aduiii... thomas punya perangai ni kan. Bikin panas. Sakit hatiiiiii.... sy berfikir mo bawa tu kot masuk sana bilik aircond tp nanti sy kena ijik2. Lg pun ada suda yg di luar tu nampak thomas p hampar tu kot dia atas kepala sy.
Tp kalo bg dia sekarang nanti dorang ingat sy sama thomas kapel pula. Nanti teda pula yg berani mo mengurat sy ni. Buduh ko ni brenda. Sempat2 lg berfikir jaga reputasi. Mau2 la ada yg mengurat.
"Err... nah tuan. Tengkiu," sy bg kot sama dia.
Semua yg duduk 1 meja tu tingu sy. Sy senyum mcm kerang busuk jak sama yg lain. Sy langsung tidak tau mo bereaksi mcm mana. Aiman punya muka masa tu ready mo mengijik suda.
"Suda declare ka kamurang?" Blg aiman tingu sy sama thomas.
Sy punya tangan masih lg menghulur tu kot sama thomas. Cilanat ni lelaki. Bulih2 dia kasi biar. Dia tingu jak sy pastu dia buat signal suruh sy masuk dalam bawa tu kot dia sekali.
Sy yg menurut perintah. Sy bawa jak la kot dia masuk bilik. Sabar jak la ni kena ijik2 oleh kawan2.
Masa sy jalan mo masuk bilik tu sy dengar la thomas kena ijik2. Sy dingar dia cakap yg buat sy tergamam.
"Buat apa mo declare. Tidak payah susah2 declare bah," yakin jak thomas bercakap.
Sabar la wahai hati. Nampak sangat ko ni jadi option jak brenda. Dia menabur harapan tapi bila ko tagih nanti ko sama dia tidak pernah declare pun. Mimang negatif berabis suda sy fikir ni.
Kalo ko declare sama dia, ada komitmen tidak la thomas sinang2 pigi sama tu pilihan pertama. Punya buduh ko brenda. Separuh suda tu hati ko bg sama dia.
Nekad sy masa ni tidak mo layan lg chat or whatsoever. Sy kasi keras hati mo layan thomas selayaknya dia tu dpp.
Suda la brenda. Kali ni ko perlu tunggu lelaki lain. Suda2 la kasi biar hati ko tu kena main2. Ko mesti mo ingat, ko tu bukan option. Sy pujuk diri sendiri. Sy tahan2 airmata.
Sy ampai tu kot sana bikin sandar tu kerusi. Sy join dorang gurau senda. Tp nisa sama connie perasan perubahan muka sy. Dorang bercakap tanya sy kenapa tp teda suara. Gerak bibir saja. Sy geleng2 kepala saja.
Malam tu nisa sama connie bawa sy p makan sana tg aru. Saturang mo belanja makan yg saturang lg mo belanja minum. Macam sy tidak tau apa sebenarnya yg dorang mau.
Tp.. rezeki jangan di tolak. Sy layan saja la pertanyaan dorang yg kadang2 kalah investigator officer (io).
"Apa thomas buat sama ko sampai sy nampak airmata ko bergenang?" Blg nisa.
"Teda juga bah tu nis. Sy terasa saja dia cakap sama dorang aiman pasal buat apa mo declare," sy blg sama dia.
"Hah?! Apa maksud dia oh cakap camtu?" Blg connie.
"Mana la sy tau. Dia memang tidak mo declare la mangkali. Mungkin sy ni dia test ayat manis jak," sy blg. Nada kuciwa ni sy masa ni.
"Sy rasa memang betul kali ni dia ada yg lain. Ko ni second option jak," blg nisa.
Lagi hancur berderai sy punya hati dengar nisa cakap camtu. Apa la nasib sy ni. Bila la baru jumpa calon suami yg terbaik ni. Jumpa yg sy suka, dia pula macam ya macam tidak. Yg sy tidak suka, berderet yg datang.
YOU ARE READING
Cinta Yang Tak Terungkap
RandomKisah Brenda dan Thomas yang masing-masing menyimpan perasaan cinta. Kedua-duanya enggan memulakan langkah untuk ke hubungan yang lebih serius. Brenda tetap dengan keputusan agar Thomas membuka mulut mengungkap kata cinta terlebih dahulu sedangkan T...