Part 6

263 9 0
                                    

  "Ehh... mana da sy melarikan diri. Sy sini jak ni. Tidak berlari2 pun," sy cuba buat luyar buruk.

Si thomas bersandar sana kaunter. Sebelah badan tangan dia macam kasi sangkut di kaunter. Terus condong rendah sikit tu badan dia meningu muka sy. Berabis sy talan air liur. Isshhh... lama betul ni anti ni. Ngam2 sikit pekerja di kantin ari ni tu anti pun sibuk sana dapur.

Rileks brenda. Breath in... breath out. Tp macam tidak mo mendengar arahan ni pernafasan sy ni. Kadang macam laju sy bernafas, kadang macam sy rasa lupa mo bernafas.

"Eeeee... jangan bah tuan tingu sy macam tu," sy blg sama dia.

"Ehh.. tidak la. Sepa juga tingu ko," terus thomas berdiri bagus2.

Punya main panas ati sy. Tidak jadi sy beli kurupuk. Sy masuk balik dalam tu bilik. Sy duduk jak terus guna tangan kipas2 di area leher.

"Lain juga ko ni indai. Org kesejukan suda berpeluh pula ko," blg si lek.

"Ko cuba ma berdiri sana luar barang 15 minit. Ko kesejukan lagi kali ah," sy blg sama si lek.

Di luar mana da aircond. Cuaca panas. Tu hati laaaaaagi panas. Jaga ko thomas. Eeeeeeeeee.... bikin gerigitan. Kalo ko kertas, lama suda sy kasi kuyak2. Huh! Bulih2 ko kasi malu sy depan orang. Pastu ada lg org yg duduk meja dekat2 kaunter. Mustahil dorang tidak dengar thomas cakap macam tu.

Sy pura2 tingu luar sebab ni bilik aircond punya jendela cermin cerah ni. Kalo dlm tu bilik kurik taik idung yg di luar bulih nampak. Haha..

Sampai ofis sy buat la rutin harian. Menunggu sy thomas chat. Tp teda ni. Cissss.... ni hati pun bah tidak sporting. Melumpat2 mo tunggu chat.

Sy tingu jam... 6.30 petang. Tp msh teda chat dr thomas. Sy stalk saja la fb dia. Sy buka satu2 pic. Kalo ada yg bikin sakit ati sy skip laju2.

Ding!

Sy punya happy nampak chat thomas macam mo berguling2 sana lantai bah. Aduiii... punya main happy.

"Syg.. buat apa tu?" Dia punya panggilan syg tu mimang betul2 bikin sy cair. Aduiiii....

"Ya tuan. Napa?"

"Busy ka?"

"Busy... main game. Haha,"

"Jual mahal betul ko kan?"

"Jual mahal apa? Teda produk ni sy jual,"

"Syg bah..."

"Yalah2.. jual murah2 saja sama tuan,"

"Okey syg,"

Tu ja. Terus hilang. Mimang macam ni la perangai si thomas. Dia suda kasi excited hati sy sampai rasa mo picah telampau kabak2. Terus hilang macam asap kena tiup angin. Perangai dia bah... bikin panas. Teda lg bye ka... take care ka... ishhh.... apa punya lalaki ni.

Malas la sy mo fikir pasal ni lalaki saturang. Bagus sy p minum2 ikut connie. Juanis mo belanja tu malam sebab dia manang besar. Semua reporter dia mo belanja. Nasib lg si lek ni bukan kaki logop. Azam pun tidak join. The ladies ja yg join.

Dengan baju kerja la sy, connie, nisa sama suzan bersukaria. Sy tidak tau apa nama tu tempat. Cempaka square mangkali tu. Yg sy ingat ada open karaoke di upstair. Pastu dalam menu ada burung puyuh guring.

Sy ingat kami2 yg reporter jak ni ada rupanya tu DPPs pun ada juga. Tp yg lelaki2 jak la. Tu kesayangan si juanis, si Aiman. Dia rasa aiman ni macam adik dia. Aiman ni lg muda dr sy. Pastu ada thomas. Aiman sama thomas ni bff. Juanis sama thomas la yg ajar aiman jd kaki logop.

Masa ni baru sy tau yg DC sama DPP ni di belakang bulih kambai2. Di court bukan main lagi 'berperang' ayat tp kalo time moginum (mabuk2) dorang la kawan yg macam cincang air pun tidak putus.

Masa tu the ladies yg sampai duluan. Minum la kami dulu vodka lepas makan2. Masuk la aiman sama thomas. Sy terkejut nampak dia, dia pun terkejut nampak sy.

Napa la dia pun ada sini? Putung mood betul mo siok2 ni. Mungkin dia tidak sangka yg sy pandai moginum. Di opis pun org mana percaya sy kaki logop. Dorg bilang muka sy ni muka good2.

Td petang baru ja dia blg syg2 tp jumpa ni dia langsung tidak bercakap sama sy pun. Sy lagi la tidak tau mo cakap apa sama dia. Yg banyak bergurau senda tu aiman, thomas, connie sama nisa. Sy, suzan sama juanis masing2 melayan perasan.

Layan vodka...lagu...sy dengar tidak dengar ja cerita tu 4 orang. Sy tidak tau mo menyelit macam mana sebab dorang tu lama suda kenal. Sy ni ja yg baru2 ja masuk join the club.

Sy tingu connie sama thomas. Mesra tp macam teda juga bunga2 cinta yg sy nampak. Bertepuk tampar pun tp sy nampak connie macam mana dia sama org lain macam tu la dia buat sama thomas.

Okey brenda. Kita pangkah nama connie. Skg ni tinggal mo tau thomas sama alina jak lagi. Kurang suda saingan ko ni brenda. Muahahaha! Bulih mulakan misi suda.

Esoknya kami p kerja walaupun masih kogutan. Sepa suruh p minum2 masa weekdays. Tidak sedar diri. Sy berabis mo kasi tapuk muka kogutan dari si lek. Nanti dia bagitau bapa sy. Abis sy nanti kena ceramah.

"Okey juga kamurang balik semalam?" Thomas tanya pas habis kes dia. Okt mula2 pleaded not guilty (PnG) tukar pengakuan p pleaded guilty (PG). Senyum2 thomas sebab naik lg la kpi dia sebab okt mengaku salah.

"Okey bah tuan. Masih tau jalan balik," blg connie.

Sambil dorang cerita ketawa2, sy kasi tinggal ja dorang. Sy pegang camera dslr nikon pigi sana kantin. Sebab company kami ni kurang staff. Ada 1 jak fotografer. Jd kami la reporter, kami la fotografer. Tp kdg2 sy malas ambil pic. Dorg nisa or connie atau azam yg pigi ambil pic.

Malas bah sy mo kejar2 okt dengan kasut tinggi. Tp pernah jugala sy berlari 200 meter dgn kasut wedges tu. Tidak sangka sy bulih lari laju walaupun pakai kasut tinggi.

"Indai... apa dslr ko ni?" Thomas tanya. Entah bila dia sama connie masuk tu bilik.

"Dslr biasa jak bah ni tuan. Nikon d3000 jak," sy blg sama dia.

"Sy mo beli bah ni tp tidak tau mana 1. Canon or nikon,"

Naaa... bila bercakap pasal kamera memang panjang lebar la conversation kami. 1st perbualan kami yg org lain tidak dapat menyelit. Sy mimang suka kaka migagambar. Jd bnyk la sy baca2 pasal kamera nikon.

Sy balik ofis dgn perasaan gumbira. Sebab connie ada suda kurita jd sy selalu tumpang dia balik ofis. Tidak suda kami naik bas. Tp mo tahan ginawo la naik sama connie. Lain ni org kelam kabut. Tambah2 kereta dia manual.

"Indai...ko ada apa2 ka sama dpp thomas?" Sambil mata dia fokus di depan.

"Apa2? Maksud ko?"

"Yalah...macam dia suka ko gia tu,"

Berbunga hati sy dingar. Maknanya mimang ada harapan la ni mo main2 mata sama thomas.

"Ishhh... dia kan sama dpp alina,"

"Mana ko tau oh," blg connie.

Ngam2 dia berenti sebelum masuk area bulatan. Kan sy blg kereta manual sama dia ni kelam kabut. Masa kasi brek tu, kereta pun mati. Bila kena hon terus dia panik.

"Apa mo buat ni indai?! Cepat!" Sambil tu tangan dia pasang wiper. Tekan kasi keluar air. Pasang signal. 15 saat baru dia ingat mo start kereta.

Berabis kami ketawa sebab tu panik si connie. Doiii... macam mana la kalo dia saturang drive. Terputung ja cerita pasal thomas sama dpp alina ni. Sy mo tanya bah... tp nanti connie tau pula sy ada hati sama thomas.  

Cinta Yang Tak TerungkapWhere stories live. Discover now