Part 21

228 10 0
                                    

  Tidak sedar 2 bulan suda habis maknanya sy punya tempoh percubaan pun tamat. Wehuu!! Bulih kemas kain baju mo balik sabah. Bulih kerja di negeri sendiri.

"Brenda, boss besar panggil," secretary boss basar pigi meja sy.

Kakak2 senior sama avin yg dari tadi sibuk pun terus stop meningu sy.

Sy ikut kakak secretary. Dia ketuk bilik pastu suruh masuk.

"Yg ko berdiri jek pesal? Duduk la," sempoi ni boss basar kami.

"Boleh duduk ke?" Ketawa2 sy

"Ko nk baring pun boleh. So, setakat ni cane keje?"

"Okey. Boleh la sikit2. Ada kakak2 senior yg baik hati tolong,"

"Ni surat confirmation. Tapi, sebelum ko balik kk, ko kene keje 6 bulan ke setahun lg kt sini,"

"Hah?! Lamanya...,"

"Ko nak balik kk dulu pas 3 tahun ko stay kk selama-lamanya atau lepas setahun ko kt sini pastu ko kt kk sampai mati?"

"Okey la.. okey la.. 6 bulan kt sini,"

"Tu paling singkat. Paling lama setahun. Bulan 5 next year baru aku leh bg ko balik sabah. Besday ko bulan 5 kan? Haaa.. sesuai la ko balik masa tu. Hadiah hari jadi ko," terus berabis boss besar sy ketawa.

"Baik boss. Sy yg menurut perintah,"

Sy keluar bilik dengan muka sugul. Apa pun sy kasi positif hati. Kalo balik sekarang, sy belum lg dapat berdepan sama thomas ni. Suda kali dia kawin tu. Paling pun dia suda tunang.

Sy bagitau connie pasal sy terpaksa kerja paling lama 1 tahun di kl baru bulih balik, dia sedih tapi menanti dengan sabar. Dia bertahan duduk saturang sana rumah sewa kami.

"Nape muka ko camtu bread?"

Sy bg surat sama avin. Ketawa dia happy sebab sy masih lagi kerja kl. Ada la org yg dia mo buli.

"Weh, dh macam ni ko kene pegi belajar drive la,"

"Aku malas la,"

"Bangangnya la ko ni. Bread, ko ada duit tak?"

"Ko ni dh kenapa?"

"Bg aku pinjam rm500. Plsssss...."

"Ko nk buat apa? Ko ni... pakai mahal2. Duit takde,"

"Kalo ko ada duit amount yg aku minta tu, kasik jek la aku pinjam. Ko ni... kedekut betul la,"

"Ko ni avin... tak malu ke pinjam duit pompuan?" Kakak 1 menyampuk.

"Alaaa kak... nanti dia dh jadi bini akan ada situasi gini juga" ketawa2 konon avin.

"Brenda, ko cari jek la lelaki lain. Tak payah la nk kawin avin ni. Tak malu minta duit pompuan. Tak beragak langsung,"

Berketawaan kami semua sana. Sy kasi pinjam juga la rm500 sama avin. Sy transfer jak. Heran sy, yg ada di badan dia semua branded tp teda duit poket. Boros.
************

Awal pagi sy masuk ofis ada resit atas meja. Resit dr driving school. Kelam kabut sy call avin.

"Weh.. resit apa atas meja aku ni?"

"Ko tak reti baca ke?"

"Aku tak paham kenapa benda ni ada atas meja aku?"

"Haaaa... duit yg aku pinjam tu sebenarnya aku guna register ko kt driving school,"

"Ko pepandai jek kan? Siap ko masuk ofis nanti," terus sy off fon.

1 jam kemudian, avin datang desk sambil bawa helmet. Ketawa2 suda dia nampak muka masam sy.

Cinta Yang Tak TerungkapWhere stories live. Discover now