018 | Hyeoreum!

4.2K 295 38
                                    

Suasana riang kanak-kanak yang bermain di taman permainan menggamit keterujaan Kim Hyeoreum.Ekor matanya tidak henti melihat kelincahan kanak-kanak yang tidak henti bermain,seakan tiada langsung tenaga yang hilang pada tubuh mereka.Dia sungguh teruja.

" Sorry,tempat ni je yang aku bawa kau buat masa ni. " ujar Taehyung sambil menggosok-gosok bahagian belakang lehernya." Aku tak de plan lagi untuk first date kita." dia tersengih malu.

" Tak pe tak pe.Ni pun dah cukup. " Hyeoreum balas penuh keikhlasan.Wajah Taehyung dipandangnya sekilas sebelum kembali melihat ke arah kanak-kenak kecil itu." Awak bawa saya keluar sekejap dari rumah tu pun dah buat saya bersyukur.Sekurang-kurangnya saya dapat lagi rasa udara yang segar. "

Sengihan Taehyung semakin melebar.Matanya juga tidak henti melihat ke arah kanak-kanak riang yang sibuk bermain di taman permainan itu.Otaknya yang selalu memikirkan segala jenayah bunuh kini bertukar kepada fikiran nakal ; ingin mempunyai sebuah keluarga dengan gadis yang dicintainya.

" Hye...comelkan kalau kita ada anak? " soal Taehyung secara tiba.

Hyeoreum kaku buat seketika.Namun persoalan itu dibalas,tidak mahu Taehyung berubah secara tiba-tiba.

" Budak tu je lah yang comel.Saya tak. " balasnya penuh rendah diri.

" Awak memang tak comel.Tapi awak lawa,macam bi- "

" Cukup-cukuplah dengan bidadari awak tu.Bidadari tak hidup kat dunia ni. "

Taehyung mampu tersengih.Sifat rendah dirinya lagi membuatkan putik cinta di hati lelaki itu mekar semekar-mekarnya.Wajah Taehyung terasa panas dan bagai ditarik-tarik.

" Uhm-jom pergi tempat lain? Sini panaslah.Makan-makan ke...nak? " Taehyung mempelawa untuk menutup rasa malunya.

" Boleh juga. "

Taehyung menghulur telapak tangannya yang besar kepada Hyeoreum seperti seorang lelaki yang budiman.Gadis itu dengan malunya menyambut huluran itu.Lantas,mereka menuju ke arah kereta milik Taehyung yang tidak jauh diparkirnya.

Pintu penumpang bahagiam sebelah kanan ditarik lalu memberi Hyeoreum memasuki perut kereta itu.Setelah itu,pintu itu ditutupnya dan Taehyung berlari anak menuju ke tempat pemandu.

Baru sahaja Taehyung menarik pintu bahagian pemandu,tubuhnya ditarik oleh dua orang lelaki yang berbadan sasa.Suasana menjadi cemas apabila Hyeoreum ditarik keluar dari kereta oleh seorang lelaki berkulit gelap yang juga berbadan sasa.

" ARGHHHHHHHH!!!! "

" Lepaskan Hyeoreum! LEPASKAN AKU! " Taehyung meronta untuk dilepaskan.

Namun,kata-katanya langsung tiada kesan.Lelaki-lelaki berbadan sasa tersebut membawa Hyeoreum lari bersama sebuah kereta hitam berjenama luar negara.

" TAE! TAE! TOLONG SAYA! " Jeritan Hyeoreum tidak mampu dibalas Taehyung dengan sebarang aksi.Malang sekali,kedua belah tangannya dipegang erat.Taehyung semakin berang.

" KIM TAEHYUNG!! "

☆ TBC ☆

Sorry tak panjang.Malam ni aku update lagi yyea.Thats mean,hari ni DOUBLE UPDATE!!!!

YEAY! Haha.

Okay,siapa nak kena tag dengan aku,followlah.Senang sikit kerja aku nak tag orang Mention kalau nak aku followback 😉

Random Tag :
jiminieus- Kei_mel EUNRA4LYFE JungLiyen suwaggirl_ yumyunggie tae-swag aeitae MayaAyuni4

[ OG ] BACK + k.t.hWhere stories live. Discover now