23 | Dark Market

3.2K 212 6
                                    

" J-jimin... " Hyeoreum lantas menekup wajahnya,meraung atas kematian lelaki itu.Dia berasa sedih yang teramat apabila mengetahui tentang hal itu.Park Jimin dibunuh dengan kejam!

Wu Gina sekadar memerhati dengan sengihan sinis bertampal di wajah.Riak wajahnya jelas menunjukkan tanda puas apabila melihat gadis di hadapannya itu terseksa dari segi mental.Bertalu-talu pujian dilemparkan pada pembantunya atas cadangan bernas itu.

" Cik tak perlu berkotor tangan,cukup sekadar mental dia terseksa dengan segala kekacauan yang dibuat encik Taehyung.Biar dia mental dan lepaskan dia begitu sahaja.Mana tahu,dia akan lebih terseksa di wad mental? Taehyung pasti tidak tahu dia ada dekat situ! "

Dia ketawa penuh kepuasan! Manakala,Hyeoreum masih meratap akan kematian sahabat baiknya.Otaknya melepaskan pelbagai carut-carutan pada Taehyung.

' Kim Taehyung...tak guna! ' teriaknya di dalam hati.Air mata membanjiri wajah yang sudah memerah.Hatinya renyuk bagaikan kertas yang dironyok-ronyok.

" Kau tahu...dia pernah ancam abang kau,siapa nama dia? Seok Jin? Haa...dialah. " Gina cuba menambah perasa.

Hyeoreum mengangkat wajahnya lalu melihat ke arah Gina dengan penuh pengharapan agar dia menjelaskan segalanya.

" A-apa dia buat?! "

Wu Gina memegang dagunya,menunjukkan seakan dia benar-benar sedang cuba mengingati peristiwa itu.Namun,otaknya cuba memikir idea untuk mereka cerita.

" Perisik aku baru bagi info... " nadanya dikendurkan dan wajahnya bertukar menjadi hampa.

" Apa dia buat?! " Hyeoreum meninggikan sedikit suaranya yang sudah serak dan bakal kehilangan suara.

" Sorry... " Wu Gina menghampirinya lalu menepuk-nepuk bahu Hyeoreum,memberikan harapan palsu agar Hyeoreum bertabah.Langkahnya dibawa keluar dari bilik kebal itu.Raungan tangisan semakin kuat kedengaran,menghasilkan senyuman sinis terbit dengan gemilangnya di wajah jelita Wu Gina.

+++++

Ktak! Ktak!

Bunyi kasut tumit tinggi jelas kedengaran di sepanjang kaki lima rumah.Dari riak wajahnya,segar menampal kegembiraan dan kepuasaan setelah biji matanya melihat kesengsaraan Hyeoreum.

Wu Gina,dia bukanlah gadis psiko seperti apa yang dikatakan.Berbanding Taehyung,Wu Gina masih waras untuk berfikir.Namun,dia terlampau menyukai sifat Taehyung yang agressif itu.Taehyung juga boleh membantunya dalam bisnes pasaran gelap yang dikendalinya selamanya ini.

" Cik,bagaimana dengan plan saya? Perempuan tu..terseksa? " pembantunya menyoal,menginginkan kepastian.

Wu Gina menjungkit keningnya sambil senyuman sinis itu ditayangnya dengan bangga.Riak wajah itu menyapu kelegaan di hati pembantu itu.

Wu Gina menghempaskan tubuh di atas kerusi yang empuk itu.Nafas dilepaskannya dengan lancar dek kepuasan yang masih menyelubungi diri.

" Tahap dia mental dah sampai mana? "

" Masih rendah... "

Si pembantu mengangguk-anggukan kepalanya.Senyuman dikulumnya dengan penuh makna.Otaknya yang siap dengan idea baru sedia memproses untuk terbitkannya dalam bentuk kata-kata.

" Saya rasa,proses untuk buat dia gila...lama lagi. " dia memulakan kata.

Wu Gina bertukar kepada serius.Tumpuannya di alihkan kepada pembantunya yang berkepala botak itu.Botak botak yang setia.

" Apa dia? " Wu Gina meminta penjelasan selanjutnya.

" Kita jual dia dengan hamba-hamba yang lain? Tapi kita letak pada harga yang tinggi. " pembantu itu tersenyum sinis,begitu juga dengan Wu Gina.

" Bagus juga idea kau.Tapi,macam mana kalau Taehyung dapat beli dia? Kau tahu,kan Taehyung tu kaya? " perasaan risau yang terselit diserlahkannya.

" Tu,Cik tak perlu risau.Untuk kali ini,sesi jual dan beli akan dihadiri oleh orang yang menempah kedatangan sahaja.Latar belakang si pembeli akan kita siasat sampai lubang cacing.Tapi,Cik kena keluarkan duit poketlah untuk upah perisik bertaraf tinggi. " ujar si kepala botak itu panjang lebar,memberikan kelegaan kepada Wu Gina.

" No worries,nanti ada keuntungan juga lepas kita jual minah tu.Asalkan tak jatuh dekat tangan Taehyung sudah.Hancur plan! " katanya bersama persetujuan dari cadangan pembantunya itu.

" Baiklah,saya akan uruskan semua hal tu.Cik tak perlu risau. " ujar pembantu itu lalu beredar.

Wu Gina yang masih terduduk di atas kerusi empuk di dalam bilik ofis miliknya masih bersama senyuman yang menyeringai.Bibir digigit setelah membayangkan kesengsaraan yang bakal dihadapi oleh Hyeoreum.

" No more Hyeoreum....No more enemy!! HAHAHAHA! " dia tertawa penuh galak lantas terhenti.

" Goodbye,sweetie! "



♡♡♡

THANKS FOR 40K FF BACK! ♥

Exam dah habis,
Sis pun meng-update!

Random Tag :
qiash94 flwrluna_ mindness- Eatjira CikHotChocholate min_dyori jiminieus- boyband_girl JeonKookie_Wife yoonfea -deadbody

[ OG ] BACK + k.t.hWhere stories live. Discover now