5 tahun kemudian...
Kim Hyeoreum mengukir senyuman dek melihat gelagat pelanggan yang mengunjungi kedainya.Bukan,ini bukan kedai miliknya.Terima kasih kepada JiHwan dan keluarga kerana membantunya selama 5 tahun ini.Memorinya yang perit dilupakannya sedikit demi sedikit.Cuma,dia juga berasa kesal kerana terpaksa meninggalkan abangnya dan rakan-rakannya yang lain di Seoul.
Bukannya dia tidak mahu menyelamatkan mereka,cuma kegilaan Taehyung yang semakin membuak-buak itu membuatkan Hyeoreum takut untuk menjalankan misi menyelamat.Malah,sifat Taehyung yang sukar diramal itu juga membuatkan Hyeoreum membatalkan niat murninya itu.Jadi,hidupnya juga digelumang dengan rasa serba salah yang teramat.
" Hyung,maafkan Reum.JungKook,Namjoon..maafkan aku juga. " kalimat itu seringkali diucapnya pada tiap-tiap hari.Kadang-kala,dia tertanya-tanya pada diri sendiri.Hidup lagikah mereka? Sihatkah? Mereka sudah bebas?
Hyeoreum sendiri tidak tahu.Dia cuma mampu berharap bahawa mereka masih hidup dan kuat dalam mengharungi setiap liku-liku hidup bersama-sama Taehyung.Dia mengeluh kekecewaan.
" Kak Hyeoreum...JiHwan ada hal kejap.Dalam pukul 7 JiHwan balik ya? Tolong bagitahu mak dan ayah. " suara JiHwan menjentatkan Hyeoreum dari lamunan.Lantas,dia menganggukkan kepalanya berkali-kali sebagai respons kepada permintaan lelaki itu.Wajahnya mengukirkan senyuman manis sebaik sahaja JiHwan beredar dari kedai.
Kemudian,Hyeoreum membawa dirinya ke bilik ofis kecil di dalam kedai itu.Kelihatan Puan Park,ibu kepada Jihwan dan mendiang Jimin,sedang sibuk mengira keuntungan semasa dengan tekun.
" Mak... " ujar Hyeoreum dengan sopan.
Panggilan itu kemudian mengalihkan perhatian wanita itu dengan sekelip mata.Segaris senyuman dicalitkan pada wajahnya apabila wajah jelita Hyeoreum menjamah matanya.Sebagai respons,dia menejegilkan sedikit matanya,memberi isyarat dan menanyakan sebab kehadiran gadis itu ke ofisnya.
Memahami isyarat itu,Hyeoreum tanpa berbasi-basian menjawab," JiHwan keluar kejap.Katanya ada hal.Pukul 7 nanti dia balik. "
" Ada hal? Hal apa yang penting sangat tu? " soal Puan Park dengan hairan.Kemudian dia melepaskan keluhan." Dah lama mak perhati,dari sebelum kamu datang,dia selalu keluar.Entah pergi mana pun dia tak pernah nak jawab.Nak kata dah dewasa,tak juga.Dia masih lagi budak sekolah,bukan? "
Hairan dan musykil.Dia juga tidak pernah diberitahu oleh lelaki itu akan keberadaannya.
" Reum tahu mana dia pergi? " soal Puan Park dengan nada risau.Soalannya dibalas dengan gelengan,membuatkan keningnya terangkat tinggi.
Melihat reaksi itu,Hyeoreum tahu bahawa Puan Park berasa risau.Semenjak kematian Park Jimin,Puan Park menjadi obses dengan kehidupan anak tunggalnya yang satu itu.Dia juga memastikan untuk mengenali lebih dalam setiap rakan-rakan JiHwan kerana dia tidak mahu pisang berbuah dua kali.
" Mak jangan risau.Mungkin dia ada date sesiapa,ke? Cuma dia malu nak bagitahu mak. " ujar Hyeoreum,cuba mengurangkan sedikit kegusaran wanita itu.Tawa kecil dilepaskan bagi menceriakan sedikit suasana.
" Tapi mak tetap risau. "
" No needlah mak.He's gonna be fine.He's a guy now! " Hyeoreum ketawa.
Puan Park menyengih.Baginya,Hyeoreum sangat bijak dalam meredakan keadaan.Alangkah indah jika mendiang Jimin masih hidup,mungkin gadis yang jelita itu dapat dijadikan menantu.
Namun,pabila difikir-fikirkan balik,Hyeoreum terlampau sempurna untuk dijadikan menantu.Bukan itu sahaja,kejelitaan dan sifatnya yang peramah serta sopan pasti menjadi pujaan setiap lelaki yang mengenalinya.Tidak hairanlah sekiranya Taehyung berkelakuan psiko memandangkan mereka berkawan sejak kecil.
" Dah dah,pergi jaga kaunter tu.Takut customer lama menunggu,tak jadi membeli nanti.Tak fasal-fasal sale turun~ " getusnya.
" Ay ay,captain! " lantas Hyeoreum beredar dengan senyuman yang menyengih.
' Mak harap semuanya berakhir dengan kebaikan '
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.❤️❤️❤️
Okay,new chapter of Hyeoreum's life!
Tapi takkan ni pengakhiran,kan?
Siapa yang nak ditag untuk next chapter,sila dm yyea!
syaa_kys -taeleport _azwaazenan bell_nuts Virus_A PEACHYFEA taeceshnuts- they-tae misoap Jangmi_97 taeknoob_
YOU ARE READING
[ OG ] BACK + k.t.h
Siêu nhiên" Taehyung...lepaskan saya " → Hyoreum " No " → Taehyung " Taehyung...saya merayu " →Hyoreum " No " → Taehyung " Tae- " → Hyoreum " Kau faham bahasa atau tak?!Aku cakap tak!Kau hak milik aku! "→Taehyung + Kisah seorang gadis yang diseksa mental ole...