PROLOG

7.8K 54 5
                                    

PS:/ VERSI TERBIT


KABUS menghembus...

Wangi...

"Lagi!"

"Lagi!!"

"Lagi!! Lagi!!!"

Lelaki; siapa yang tak nak rasa getah muda? Siapa yang tak akan khayal? Siapa yang tak akan terangsang? Siapa yang tak nak rasa sedap? Kalau sudah ditebuk sekali pun lelaki tetap nak baham. Tetapi menjadi yang pertama adalah seorang hero. Berstatuskan hero neraka. Tak kiralah asalkan benih yang sudah tidak duduk renah dapat dilepaskan. Kalau tak wujud rasa itu semua untuk perempuan mungkin kau galak lepaskan pada kaum gay! Tak malu dilabel sebagai lelaki sejenis. Cubalah kalau berani. Lelaki itu dihubungkan dengan perempuan. Ada pun sembilan akal, tak diguna. Satu nafsu yang lelaki ada pun kadang-kadang boleh melemahkan sembilan akal yang lain. Saat itu nafsu jadi pilihan utama.

"Dah dekat!"

"Sikit lagi!!"

"Sikit lagi dah!!"

Perempuan; perempuan.. Perempuan.. Perempuan.. Apa yang perempuan nak sebenarnya dari seorang lelaki? Hanya jadi hamba pada nafsu lelaki saja? Dan tak mungkinlah semuanya untuk lelaki. Jadi perempuan nak lepaskan lapan lagi nafsu lainnya pada siapa? Pada diri sendiri? Diri sendiri pun hanya ada satu akal. Tapi tak juga diguna pakai. Tetap mahu melayan gelora lelaki yang bukannya ada ikatan pun. Tak ingat dosa. Nak rasa nikmat itu saja asalkan puas. Saat nafsu jadi pilihan akal entah bergolek ke mana. Tolol!

Perempuan dan lelaki sama! Tuhan dah beri yang terbaik tetap pilih yang tolol.

Saat aksi-aksi yang melampaui batas ikatan manusia berlaku di atas ranjang, Tuhan Maha Kuasa langsung tidak terlekat di otak kecil dua makhluk itu. Mereka berdua hanya merasai bahagia ketika ini tanpa memikirkan kesengsaraan yang bakal mereka hadapi di akhirat kelak. Barangkali beberapa jam yang mendatang. Tak pun beberapa minit nanti. Mungkin beberapa saat lagi. Ajal maut semua di tangan Tuhan.

Beberapa detik berlalu. Keluh kesah milik Amilysa sudah tidak lagi kedengaran. Kini hanya bunyi deruman nafas lelah turun naik mengisi kesunyian. Tubuh pula agak melekit dek keringat yang merenik keluar. Ditambah peluh jantan milik Zaf yang turut membasahi kulit mulusnya ketika kulit kedua-dua insan ini bersentuhan. Mereka berbaring menghadap langit bilik. Kedua tubuh itu langsung tiada seutas benang pun yang membalut. Rasa malu benar-benar hilang.

"Puas?"

Anggukan manja dari gadis genit pelayan kelab malam itu mengundang tawa besar Zaf. Dia benar-benar puas dengan apa yang dia lakukan walaupun dia tahu Amilysa tidaklah sesuci mana. Dia sudah banyak menghabiskan masa malamnya bersama lelaki di luar sana. Tetapi Zaf benar-benar bangga kerana di antara kesemua lelaki itu dialah yang sudah memberikan persembahan yang terbaik. Perempuan itu sendiri mengakuinya.

Amilysa benar-benar sudah mengoncang batang tubuh Zaf saat pertama kali melihat perempuan itu di Meoww Club tempoh hari. Tambahan bentuk badan Amilysa yang berbonjol lebar di depan dan belakang itu sangat mengasyikan mata yang memandang.

"Kita buat round two pula boleh tak?" gumam Amilysa nakal.

Tanpa sempat Zaf membalas perempuan itu terlebih dahulu bertindak. Tubuh itu ditindih rakus. Dada sasa yang bidang milik Zaf sekali lagi basah dengan cecair likat yang berbuih keluar dari mulut Amilysa. Tubuh Zaf dijilat tanpa batas sehingga menaikkan kembali ghairah lelaki itu. Zaf kembali terbuai seperti baru lepas menelan pil khayal.

Tolol!

Beberapa kali juga Zaf ketawa kerana geli apabila puting dadanya digigit lembut. Zaf turut memberi serangan balas dengan mencium pangkal leher Amilysa bersama deruman.

Tolol!

Tolol!!

"Dua ekor makhluk Tuhan yang tolol! Tidak takut pada Tuhan yang sedang memerhati." Dia Yang Berselubung menyengih lebar. Di tangan tergenggam sebilah badik yang tajamnya boleh memenggal sekepala manusia.

Jasad Dia Yang Berselubung memerhati tingkah syaitan-syaitan yang sibuk menikmati kemuncak klimak mereka terus melompat terbang dari depan katil. Kedua mereka yang sedang asyik sebentar tadi terkejut lantas menoleh sebaik melihat susuk tubuh Dia Yang Berselubung serba hitam kini berdiri betul-betul di atas katil.

"Fuck! Kau siapa?" Zaf memandang susuk itu dengan pandangan yang buas. Siapa saja yang berani mengacau sarangnya.

HAHAHAHA

"Tolol! Kau berdua memang ahli neraka."

Terus badik yang tergenggam sedari tadi menembusi batang leher milik Zaf yang terlanjang bulat dengan sekelip mata. Darah pekat memercik pada wajah Amilysa di sebelah. Kelopak matanya langsung tidak berkutik memandang tragedi ngeri itu. Nafas Zaf kedengaran terhembus seperti nafas seekor lembu yang disembelih. Dia Yang Berselubung yang membenam badik di leher Zaf sebentar tadi menarik senjata tajam itu kembali. Kemudian Dia Yang Berselubung memotong pula batang kemegahan milik Zaf. Amilysa tidak mampu melepaskan suara. Tubuh Amilysa menggigil ketakutan dan dia bimbang akan menerima nasib seperti Zaf.

Dengan ketar di jiwa Amilysa melompat dari katil untuk menyelamatkan diri. Dia tidak memperdulikan keadaan dirinya yang sekarang. Sampai saja di pintu bilik Amilysa cuba untuk membuka daun pintu tersebut tetapi malangnya pintu itu langsung tidak dapat dibuka. Seolah sudah terkunci dari luar.

HAHAHAHA

Amilysa berpaling dalam kerisauan. Wajah orang yang kini berdiri dihadapannya langsung tidak kelihatan. Gelap. Seluruh tubuhnya berselubung dengan jubah hitam yang labuh yang hanya menampakkan dua bentuk tangan yang memucat.

"Kau.. kau.. nak apa? Kau.. siapa?" soal Amilysa yang masih terlanjang bulat di situ, menggigil mengharapkan pengampunan.

"Aku diutuskan Tuhan ku untuk mencabut nyawa manusia yang telah berbuat dosa pada Tuhan."

"Apa aku dah buat?" soal Amilysa berani. Dia langsung tidak tahu siapa gerangan yang berada di depan yang pasti tutur bicaranya kedengaran janggal.

"Kau berbuat maksiat. Aku telah diperintah untuk mencabut nyawa kau yang berdosa."

"Tolong ampunkan aku! Aku merayu! Please!"

"Boleh. Kau mohon keampunan dari Tuhan mu."

Dia Yang Berselebung datang mendekat ke arah Amilysa. Kemudian batang lelaki yang sudah terpisah dari akar tubuh Zaf tadi dihulur kepada perempuan itu. Amilysa tidak berkutik apabila melihat daging dalam genggaman tangan Dia Yang Berselubung. Matanya bulat melihat darah pekat yang masih basah menitik ke lantai dan berbau.

"Aku nak kena buat apa? Mohon ampun?"

"Kunyah. Kalau tak kau mati." Badik dilalukan di pangkal leher sehingga Amilysa merasakan kulitnya terhiris. Pedih.

Amilysa telan liur sebaik mendengar arahan tersebut. Sesuatu yang tadi dia rasakan enak. Kali ini dia kena rasa dalam keadaannya dipenuhi darah yang hanyir. Demi tidak mahu nyawanya pergi dalam keadaan yang mengerikan Amilysa menyambut daging tersebut dengan tangan yang menggeletar. Giginya berlagar sehingga menghasilkan bunyi kertakan halus. Sebelum memasukkan daging itu ke dalam mulut Amilysa merenungnya lama dan kemudian terus disumbatkan ke dalam anak tekak. Daging yang kini berada di dalam mulutnya dikunyah perlahan. Mentah! Hanyir! Jijik dan meloyakan. Terasa sampai ke hujung tekak. Darah pekat meleleh keluar dari tepi bibir.

HAHAHAHA

"Tolol! Tuhan tak suka hambaNya yang berbuat dosa."

Sejurus itu tanpa belas badik di tangan yang masih basah dengan darah ditusukkan ke batang leher Amilysa. Darah merah pekat memercik keluar. Kemudian badik yang masih terbenam ditarik sehingga ke dada.

"Aku MALAIKAT maut."

HAHAHAHA


PS/: KALAU ANDA MENYUKAI KISAH INI JANGAN LUPA UNTUK DAPATKAN NOVEL INI SEKARANG DARIPADA PENULIS. TINGGALKAN SEBERAPA BANYAK BINTANG UNTUK TERUS MENIKMATINYA DAN JANGAN LUPA FOLLOW.. INGAT JANGAN PLAGIAT!! THANKS!!


PEREMPUANWhere stories live. Discover now