PS:/ VERSI TERBIT
LAGU yang begitu rancak membingit segenap ruang kelab malam tersebut. Semua manusia sudah terkinja-kinja bagai syaitan terpijak api neraka mengikut rentak lagu. Ada juga yang mengambil kesempatan. Maklumlah cahaya lampu kelab tersebut pun samar-samar. Imy hanya memerhati gelagat-gelagat perempuan yang merelakan dirinya dicabuli tanpa sedar. Dia senyum sengeh.
"Imy tolong hantarkan air ni ke meja lima tu," pinta salah seorang pekerja lelaki di situ. Beberapa cawan yang berada di dalam dulang diperhatikan seketika sebelum dibawa ke meja berkenaan.
Dengan penuh berhati-hati Imy membawa minuman tersebut melalui susuk tubuh yang menari ligat di tengah-tengah kelab. Sampai saja di meja tersebut Imy melihat beberapa pemuda dan seorang lelaki yang sudah berusia di temani beberapa orang anak-anak gadis sunti. Mungkin tidak lagi sunti.
Cawan-cawan diletakkan laju di atas meja apabila ekor mata Imy mula menyedari lelaki tua yang mungkin orang berduit sedang memerhatinya tanpa henti. Dengan pakaian yang gah tersarung di tubuh tidak mustahil dia adalah orang yang berpangkat besar tetapi memilih tempat sebegini. Bukan main lagi dia merangkul seorang perempuan dengan erat.
"Hmmm." Orang tua itu berdehem panjang. Imy sekadar menjeling sekilas. Kelihatan dia ingin memulakan perbualan.
"Kerja sini ke?" soal orang tua itu sambil menggosok dagunya yang berjambang halus.
Matanya bukan main lagi tersembur keluar melihat susuk tubuh Imy. Kalau dah dia tolong hantarkan minuman begini takkan tak sedar lagi kot. Memang sengaja bertanyakan soalan yang sudah nyata. Huhh, paloi!
"Haah," balas Imy pendek.
"Meh, temankan abang malam ni. Tak pun jadi sayang abang je. Then you tak payah kerja sini lagi. Abang boleh tanggung." Tanpa segan silu dia meminta.
Imy menjuih bibir. Abang la sangat. Terasa jijik pula Imy mendengarnya. Orang tua yang sudah layak berpangkat atuk-atuk pun lagi nak ber-abang bagai.
"Eh, tak apa. Saya ada kerja lain lagi nak buat. Minta diri," balas Imy lembut.
Tanpa mahu menunggu lama Imy berura-ura melangkah untuk pergi. Belum pun sempat Imy membuka langkah orang tua ganyut itu terlebih dahulu menyambar tangannya rakus. Imy tersentak lalu menoleh.
"Jangan la jual mahal sangat. Jom la," paksa orang tua itu lagi. Pegangan tangan itu semakin kuat menyebabkan Imy mula merasa sakit.
"Please la encik jangan buat saya macam ni," rayu Imy lembut walaupun dalam kesakitan.
Orang tua itu kemudian kelihatan bertindak mahu mencium tengkuk Imy. Sudah mabuk agaknya. Lekas Imy mengelakkan jaraknya.
"Dato'?"
Pegangan tangan tadi dilepas tiba-tiba. Imy kemudian mengalih pandang ke arah empunya suara. Salsabila memandangnya dengan pandangan yang cukup tajam sebelum mengalih pandang kepada orang tua ganyut tadi.
"Dato' buat apa ni?" soal Salsabila yang datang mendekat lalu menyentuh perlahan bahu Dato' itu sebagai satu amaran untuk Imy.
"Nothing. Ya, nothing," kata Dato' itu acuh.
Tanpa banyak bicara Imy terus melarikan diri dari tempat tersebut. Lihat daripada situasi sekejap tadi mungkin itulah Dato' yang menjadi puja-pujaan Salsabila selama ini. Kisah Salsabila dengan Dato' itu sering menjadi bualan di telinga Imy. Tapi Imy pula langsung tidak mengenali siapakah Dato' yang sering diperkatakan sehinggalah kejadian sebentar tadi terjadi. Meraih simpati kepada seorang Dato' demi mendapatkan kemahuan diri. Perempuan kolot memang begitu! Sanggup mencari sugar daddy. Ingga bodoh.
YOU ARE READING
PEREMPUAN
Mystery / ThrillerKisah ini kini sudah ada dalam versi cetak atau novel. Sekiranya ada diantara berminat untuk mendapatkan novel ini boleh berhubung dengan saya di FB DAMIEN YONG. Kisah ini untuk PEMBACA MATANG. Tahu itu MATANG. Tapi kisah ini BUKANlah kisah 18sx se...