PS:/ VERSI TERBIT
KERETA Imy pandu hingga sampai ke destinasi yang dituju. Dia sudah mengambil keputusan muktamad. Untuk apa dia menerima pendapat orang lain kalau apa yang dia lakukan semuanya tersekat. Imy mahukan kebebasan dalam memilih kerjaya.
Pagi ini Imy akan berjumpa dengan Basri di salah sebuah restoran McDonald yang berada di kawasan Petra Jaya. Kad yang telah dironyok oleh Thaqif tempoh hari telah dibuang di dalam tong sampah bilik. Mujur Imy masih dapat menjumpainya kembali selepas dia gigih mencari.
Jam menunjukkan ke pukul satu lima puluh dua petang. Imy berjanji akan berjumpa dengan Basri di restoran tersebut dalam kira-kira ke pukul dua petang. Mujur saja jalan tadi tidaklah begitu sesak. Kalau tidak tentu dia akan terlewat.
Pagi tadi pun dia melayan Thaqif biasa-biasa saja. Lelaki itu tahu yang Imy masih lagi terasa hati. Apa-apa pun permintaan maaf sudah Imy nyatakan.
Kaki Imy melangkah masuk ke dalam restoran tersebut. Dia kemudian terkejut melihat kehadiran Basri yang terlebih dahulu sampai daripadanya. Imy sangkakan dialah yang akan menunggu kedatangan lelaki itu rupa-rupanya dia yang terlewat.
"Sorry for being late," kata Imy sambil mengambil tempat duduk.
"It's okay. Ni, saya dah pesankan untuk cik Imylda sekali. Harap cik Imylda sukalah. Kita bincang hal tu sambil kita makan, ya. Ke, do you want anything else?"
"Eh tak pe. Ni pun dah okey."
Makan yang sudah sedia terhidang di atas meja disorongkan ke arah Imy. Untuk kali pertamanya Imy kagum dengan lelaki itu kerana makanan yang dipesan betul-betul kena dengan seleranya. Sebab Imy sedikit memilih kalau bab-bab fast food ni. Biasalah perempuan.
Ditambah pula lelaki itu sentiasa berpenampilan kemas dan segak. Rambut pun tersikat rapi. Guna pomade gayanya.
"Thanks," ucap Imy bersama senyuman manis terukir.
Basri tersenyum lebar melihat perempuan secantik Imy berada di depannya. Kemudian Basri tersengih sendiri sehingga membuatkan Imy yang duduk di situ tertanya-tanya. Bimbang jika ada makanan yang terlekat di celah gigi yang mungkin membuatkan Basri menyimpan tawanya.
"Hrmm, macam mana cik Imylda? Dah buat keputusan?" soal Basri sambil menikmati makanannya.
Bibir Imy gigit lembut. Mata alisnya merenung tepat ke arah Basri yang berada di depan. Sudah masanya dia bertindak sebagai seorang perempuan. Menegaskan hasrat di hati. Tapi buat masa ini perkara itu dia harus rahsiakan daripada pengetahuan Thaqif.
"Saya setuju," balas Imy tanpa banyak bicara.
Kata-kata itu memberi seribu satu keceriaan pada wajah Basri. Nampaknya dia telah berjaya membawa perempuan itu ke dunia femininnya.
"Kalau macam tu apa kata lepas ni kita ke my office je. Saya rasa lagi elok kalau kita bincangkan hal ni kat sana," kata Basri kemudian menguntum senyum.
Basri pasti dengan kehadiran Imy ke dunia Stailyanya, apa yang dia inginkan selama ini pasti akan tercapai. Kerana Imy mempunyai segala ciri-ciri apa yang dia cari selama ini. Aura seorang perempuan. Dalam sekelip mata Basri jangkakan Imy akan mulai dikenali ramai.
JAM sudah melebihi waktu pulang kerja. Dan semestinya Thaqif sudah berada di rumah. Yang pasti nanti bakal ada pertanyaan yang akan Thaqif utarakan kepada Imy.
Setibanya Imy di kawasan rumah kereta Vios milik Thaqif kelihatan sudah terpakir elok. Imy lekas memakir keretanya bersebelahan dengan kereta Thaqif.
Sebaik melangkah masuk ke rumah Imy mencari kelibat lelaki itu tetapi bayangannya langsung tidak kelihatan. Di ruang dapur pun tiada. Dalam bilik air lagilah tiada.
"Kereta ada, tapi orangnya tak ada. Pelik. Mana pula la dia ni pergi?" Imy bertanya sendiri.
Baru saja berniat ingin melangkah kembali ke bilik telinga Imy seakan tertangkap satu bunyi yang datangnya dari salah satu bilik lain yang betul-betul berdekatan dengan ruang dapur.
Dia mengamati bunyi tersebut. Bunyi itu kedengaran samar-samar. Macam bunyi orang berbisik. Seram juga bila didengar. Dengar lama-lama bunyinya seperti orang sedang berbual. Sudah pasti Thaqif yang berada di dalam. Berura-ura hendak mengetuk terus daun pintu itu terkuak dari dalam. Thaqif yang mahu melangkah keluar dikejutkan dengan susuk tubuh Imy yang betul-betul berdiri di depan pintu bilik tersebut.
"Eh, sayang. Buat apa depan pintu ni? Bila balik? Saya ingatkan awak dah pergi kerja awal." Kelakuan Thaqif agak sedikit pelik. Lekas dia menutup daun pintu bilik.
"Awak buat apa dalam tu?"
"Mana ada buat apa-apa. Saja je masuk dalam bilik ni."
"Tapi saya dengar macam awak tengah berborak je kat dalam tu. Awak ada sorokkan something dari saya ya."
"Eh, tak adalah sayang. Mana ada saya sorokkan apa-apa. Kalau awak tak percaya awak masuk dalam bilik ni tengok sendiri kalau ada benda yang saya sorokkan dari awak," kata Thaqif tegas pada perempuan itu demi menengakkan kebenaran.
Imy diam.
"Awak keluar tadi pergi ke mana?" soal Thaqif pula.
Tanpa membalas pertanyaan itu Imy melangkah masuk ke bilik mereka. Namun Thaqif cepat mengejar. Perempuan itu dipeluk erat. Tengkuk Imy kemudiannya dikucup lembut. Imy yang tidak berasa selesa melepaskan pelukan tersebut sehingga menyebabkan Thaqif sedikit terpinga.
"Saya penatlah. Lepas ni saya nak pergi kerja pula. Sorry," kata Imy perlahan lalu menapak masuk ke dalam meninggalkan Thaqif sendiri bersama seribu pertanyaan.
Apa yang membuatkan Imy tampak penat. Takkanlah disebabkan hanya dia duduk di dalam bilik itu tadi sudah membuatkan Imy merajuk. Tambahan Imy tidak pula menjawab pertanyaannya sebentar tadi.
Belum lama selepas itu telefon berdering di dalam kocek seluar. Thaqif lekas menjawab.
"Kita bincang lain waktu."
Mengeluh.
PS/: KALAU ANDA MENYUKAI KISAH INI JANGAN LUPA UNTUK DAPATKAN VERSI NOVEL DARIPADA PENULIS SEKARANG. TINGGALKAN SEBERAPA BANYAK BINTANG UNTUK TERUS MENIKMATINYA DAN JANGAN LUPA FOLLOW.. INGAT JANGAN PLAGIAT!! THANKS!!
![](https://img.wattpad.com/cover/126884551-288-k818048.jpg)
YOU ARE READING
PEREMPUAN
Mystery / ThrillerKisah ini kini sudah ada dalam versi cetak atau novel. Sekiranya ada diantara berminat untuk mendapatkan novel ini boleh berhubung dengan saya di FB DAMIEN YONG. Kisah ini untuk PEMBACA MATANG. Tahu itu MATANG. Tapi kisah ini BUKANlah kisah 18sx se...