BAB 1

2.6K 35 2
                                    

PS:/ VERSI TERBIT


KESURAMAN pagi itu terasa membuai. Tubuh yang masih terbujur di atas katil tidak bangkit lagi walaupun suria pagi sudah menjengah masuk melalui tingkap bilik. Lelaki bertubuh sasa yang baring di sisi seorang perempuan terlebih dulu membuka kelopak matanya yang masih bertahi. Wajah mulus bersebelahan dengannya dikerling. Lantas bibir yang agak hitam akibat kuat merokok mencium lembut bahagian pangkal leher perempuan itu sehingga menyebabkan mata itu akhirnya terbuka luas.

Perempuan genit yang lebih dikenali dengan panggilan manja Imy itu mengukir senyuman manis. Jari-jemari lelaki itu kini ligat menyentuh tubuh seksinya.

"Good morning dear. Kenapa balik lewat sangat semalam?" Suara garau Thaqif itu kedengaran halus masuk ke telinga Imy. Hembusan nafas busuk menerjah masuk ke rongga hidung. Maklumlah belum gosok gigi. Jadi liur basi pun masih terasa bangkai.

"Morning. Banyak kerja yang nak kena habiskan semalam. Sorrylah kalau saya buat awak tunggu." Imy membalas sambil menyentuh lembut dagu Thaqif.

Sepanjang mereka bersama lelaki itu jarang hendak merungut dengan pekerjaannya. Walaupun Imy jelas penat kadang-kadang dia tetap berikan apa yang lelaki itu mahukan. Imy tidak mahu menghampakan Thaqif kerana dia benar-benar menyayangi lelaki itu dan tidak mahu Thaqif pergi jauh dari hidupnya. Cukuplah cuma ada dia.

Hidup bersama Thaqif selama ini terasa lebih bebas. Bebas melakukan perkara mungkar. Sudah hampir beberapa tahun dia tinggal bersama Thaqif. Kemesraan mereka semakin lama semakin erat. Tiada sesiapa yang dapat menghalang cinta mereka. Walaupun ikatan halal itu tiada. Siapa peduli!

"Sepatutnya perempuan cantik macam awak ni duduk je kat rumah. Bila saya kata tak payah kerja awak tak dengar. Degil. Sayakan ada, biar saya je yang kerja. Lagipun saya ni mampu la nak tanggung awak. Perempuan ni tak perlu la nak bekerja bagai," tutur Thaqif lembut di telinganya. Selembut aksi yang lelaki itu berikan setiap kali mereka bersama. Thaqif bukan jenis yang gelojoh. Itu yang membuatkan Imy senang.

"Takkanlah nak duduk terlongo je kat rumah ni sayang oii. Boring kot tak buat apa. Saya kerja pun nak kumpulkan duit untuk keluarga saya," balas Imy. Matanya bulat memandang Thaqif yang berada di sisi. Lelaki itu pula hanya mempamerkan senyuman halus. Tangannya sedari tadi tidak henti-henti meramas batang tubuh Imy walaupun sedang rancak berborak. Nakal.

"Awak tak pergi office lagi ke? Dah pukul berapa dah ni?" Imy sempat menggagau telefon di meja berdekatan. Sudah lewat.

Thaqif pula boleh buat muka rilek. Lagak seperti bos besar yang tak kira pukul berapa nak masuk kerja. Bodohlah kalau terlalu mengikut peraturan. Bukan dapat apa. Kerja keras sekalipun gajinya tetap sama dengan budak pejabat yang sangat win bab-bab mengular.

"Rasa macam malas pula nak pergi kerja pagi ni. Just nak habiskan masa saya dengan awak. This morning, awak betul-betul dah goda saya." Lantas satu kucupan hangat menyinggah pada bibir munggil Imy. Perempuan itu lantas menolak perlahan tubuh sasa Thaqif.

Nafsu Thaqif sudah mencanak naik. Yang kembang tersembunyi turut mencari jalan keluar.

"Dah jangan nak mengada. Cepat bangun sekarang dan pergi mandi. Saya nak siapkan breakfast," kata Imy yang kemudian bangkit dari pembaringannya.

"Ala.." Thaqif merungut sambil mempamerkan wajah simpati dengan membulatkan matanya. Mana tau dengan simpati itu dia boleh dapatkan breakfast yang lagi enak.

Imy menoleh pada Thaqif dengan pandangan yang tajam, mengarahkan lelaki itu untuk bangkit dari pembaringannya lekas. Kemudian Imy merapikan diri lalu melangkah keluar dari bilik.

PEREMPUANWhere stories live. Discover now