PS:/ VERSI TERBIT
BEBERAPA buah fail di atas meja sedikit berselerakan. Mata hitam merenung pada skrin sambil jari jemari menekan papan kekunci. Sekali sekala matanya tertancap pada beberapa fail di atas meja. Fail kes jenayah. Dia sebagai ketua di balai polis berkenaan harus memeriksa setiap kes yang berlaku.
Tok! Tok! Tok!
Ketukan di pintu bilik membuatkan Inspektor Jeremy yang ralit meneliti dokumen di komputer tersentak. Matanya yang agak sepet memandang tepat pada susuk tubuh Akim. Dengan daya tarikan mata sepetnya yang redup itulah membuatkan lelaki mix Cina Iban ini diminati ramai gadis. Sudah hampir masuk enam bulan dia dipindahkan bertugas di tempat baru ini. Sepanjang bertugas di sini semuanya dalam keadaan yang baik.
"Tuan, ni saya bawakan laporan kes kejadian pembunuhan tu."
Akim menghampiri Inspektor Jeremy lalu menghulurkan fail berkenaan. Fail kes pembunuhan itu ditenung seketika tanpa berniat pun untuk mengambilnya dari tangan Akim.
Kes itu kembali bermain di benak fikirannya. Pembunuhan yang meninggalkan tanda tanya. Kes yang baginya cukup misteri.
"Boleh tolong bacakan untuk saya," kata Inspektor Jeremy sopan.
"Boleh tuan."
Fail tadi terus dibuka dan beberapa helai kertas diselak sambil mata hitam itu ligat meneliti setiap maklumat.
"Kita mulakan dengan mangsa lelaki. Nama mangsa Mohamad Zafri Bin Salleh. Berumur 30 tahun. Tidak bekerja dan si mangsa juga tidak ada rekod jenayah. Begitu juga dengan mangsa kedua tak pernah ada rekod jenayah. Nama si mati Amilysa Binti Bahri. Berumur 27 tahun dan bekerja di sebuah kelab malam," terang Akim serba sedikit mengenai maklumat peribadi mangsa.
"Mereka ni dah kahwin ke belum?" soal Inspektor Jeremy bersahaja walaupun dia sudah dapat mengagak jawapan yang bakal dia terima.
Akim tersengih menahan tawa.
"Nope. Mereka berdua memang tak ada ikatan suami isteri pun. Mengikut laporan dari bilik bedah siasat mereka berdua ni melakukan hubungan seks sebelum dibunuh dengan kejam oleh si pembunuh. Dari apa yang kita agak mangsa memang ditikam dengan pisau tapi dengan pisau yang mempunyai bisa semacam racun," jelas Akim lagi.
"Dari tempat kejadian ada dapat apa-apa bahan bukti? Macam pisau yang digunakan suspek. Cap jari atau ada bukti-bukti lain."
"Malangnya suspek ni tidak meninggalkan apa-apa bahan bukti tuan. Melainkan hanya perkataan Malaikat yang sengaja ditinggalkan. Seolah bahan-bahan bukti lain sudah dihapuskan dengan cekap. Yang peliknya apabila kami melihat dari rakaman kamera cctv kelibat suspek langsung tidak kelihatan menyusup masuk sebelum mangsa-mangsa masuk ke bilik tersebut. Dan kami beranggapan mungkin suspek masuk menggunakan tingkap. Ternyata anggapan kami meleset apabila anjing pengesan kita pun tak mampu nak mengesan dari mana arah suspek tu masuk dan keluar. Lagi pun memang agak mustahil untuk suspek ni masuk melalui tingkap untuk naik ke tingkat itu."
Keluhan berat dilepaskan. Dahi Inspektor Jeremy sudah berkerut seribu. Nampaknya kali ini mereka perlukan masa untuk menyelidik kes pembunuhan kejam ini. Siapa dalang disebalik semua yang berlaku. Apakah puncanya?
"Dah soal setiap seorang pekerja kat situ. Mana tau suspek menyamar jadi pekerja hotel yang kononnya buat room service. Itu tak ketinggalankan?" Inspektor Jeremy inginkan kepastian lagi.
"Kami dah buat dan memang bukan di antara mereka. Bilik itu pun tidak dimasuki mana-mana pekerja. Mengikut dari apa yang kami lihat pembunuhan ini mungkin berkaitan dengan kes dendam." Akim berpendapat.
YOU ARE READING
PEREMPUAN
Mystery / ThrillerKisah ini kini sudah ada dalam versi cetak atau novel. Sekiranya ada diantara berminat untuk mendapatkan novel ini boleh berhubung dengan saya di FB DAMIEN YONG. Kisah ini untuk PEMBACA MATANG. Tahu itu MATANG. Tapi kisah ini BUKANlah kisah 18sx se...