PS:/ VERSI TERBIT
IMY duduk menghadap meja solek. Wajah yang agak memucat dipadang lama. Untuk beberapa malam ini dia memikirkan jawapan pada keputusannya. Kad milik Basri sudah ditarik keluar dari dompet dan diletak di atas meja. Dia tidak boleh berbuat keputusan sendiri. Sebagai seorang perempuan yang disayangi Thaqif dia harus meminta pendapat lelaki itu. Thaqif pula tengah riang gembira di dalam bilik air sambil menyanyi.
Sementara menunggu lelaki itu selesai Imy menyediakan bahan-bahan solekkan di atas meja. Kejap lagi dia akan berangkat ke tempat kerja. Mula-mula Imy mengenakan contact lenses hijau yang seakan-akan warna mata penduduk luar negara. Untuk permulaan Imy mendapatkan eyebrow pencil. Keningnya yang agak tipis itu dihitamkan agar bentuknya jadi lebih ketara. Kemudian Imy menambah pula concealer pada keliling kening. Terutama pada bahagian atas dan bawah agar kening yang dibentuk tadi akan kelihatan lebih tampak dan cerah. Bagi mencantikkan lagi keningnya Imy memberikan kesan yang menarik dengan menggunakan eyebrow kit jenama Maybelline.
Sesudah itu Imy beralih pula pada kelopak matanya dengan mengoles Stila eyeshadow yang agak cerah. Seterusnya beberapa produk eyeshadow yang lain. Pemilihan warna eyeshadow yang gelap cukup kena dengan kulit Imy yang mulus. Bagi menampakkan keindahan mata Imy menggunakan celak pensel atau eyes liner. Usai itu Imy beraih pula pada bulu mata lentiknya. Bulu mata yang sudah sedia lentik dilentikkan lagi dengan maskara pada atas dan bawah.
Kali ini barulah Imy mengindahkan kulit wajahnya pula dengan menggunakan primer dari jenama MAC yang disapu rapi pada wajahnya sebagai base. Kemudian dia menggunakan foundation yang dioles pada dahi, pipi, dagu dan pada batang hidung. Fondation tadi diratakan dengan menggunakan berus lembut. Diserikan lagi dengan NARS concealer pada bawah mata dan dahi serta diratakan. Imy menambah pula bedak dari jenama 3CE pada seluruh wajah agar tampak sekata. Bagi menghidupkan lagi wajah cantik Imy dia menggunakan pula pemerah pipi dan diletakkan sedikit pada hujung hidung. Bagi menampakkan wajahnya jadi lebih tirus Imy meletakkan bedak highlighter daripada Urban Decay pada kawasan pipi, mata dan hidung.
Yang terakhir Imy menggunakan lip tint merah sedikit pada bahagian tengah bibir. Fungsinya sama saja dengan gincu biasa. Ini bagi menggelakkan bibir mungil itu jadi merekah. Malah bibir Imy akan tampak lebih cerah dan lembab serta menawan.
Imy seterusnya memilih cara yang cukup simple dengan mengikat rambutnya seperti ponny tail dan helaian hadapan dibiarkan mengalun ke kanan. Sekarang wajah yang pucat tadi kini jadi anggun. Betul apa yang diperkatakan oleh Basri. Imy benar-benar cantik. Mungkin dengan kecantikkan ini peluangnya untuk mendapat nama itu tinggi. Adakah dia patut menerima pekerjaan itu?
"Hrmm, cantiknya sayang abang ni. Manis sangat. Heshh, ni yang buat tak tahan ni. Rugi je saya mandi tadi. Meh sini datang kat saya." Suara milik Thaqif benar-benar mengejutkan Imy.
Dari dalam cermin Imy mengerling pada tubuh Thaqif yang hanya bertuala di belakangnya. Dia menguntum senyum. Lelaki itu benar-benar membuatkan Imy rasa disayangi seperti mana dia pernah disayangi keluarganya satu ketika dahulu. Sekarang rasa sayang dari keluarga itu tidak akan ada lagi untuknya. Dia sendiri tidak tahu kenapa.
"Jangan nak mengada ya. Tak penat ker? Kerja teruk kat office lepas tu balik-balik terus nak.. Saya tarik tuala tu baru tau," usik Imy lantas tertawa.
"Tariklah. Saya tak kisah. Lagipun memang dah bersedia ni." Senyuman Thaqif itu betul-betul menggoda. Sehingga membuatkan lesung pipit Imy jelas kelihatan.
YOU ARE READING
PEREMPUAN
Mystery / ThrillerKisah ini kini sudah ada dalam versi cetak atau novel. Sekiranya ada diantara berminat untuk mendapatkan novel ini boleh berhubung dengan saya di FB DAMIEN YONG. Kisah ini untuk PEMBACA MATANG. Tahu itu MATANG. Tapi kisah ini BUKANlah kisah 18sx se...