BAB 4

908 11 3
                                    

PS:/ VERSI TERBIT



SUDAH beberapa hari ini mereka menyiasat mengenai kes pembunuhan kejam itu tetapi jawapan pada persoalan mereka masih lagi tidak terungkai. Pening juga bila difikirkan. Berkali-kali Inspektor Jeremy membelek fail-fail kes berkenaan. Siapa sebenarnya dalang disebalik kes pembunuhan kejam ini? Dan apa pula kaitannya perkataan MALAIKAT yang ada pada tubuh badan mangsa. Mungkinkah itu sekadar gelaran si pembunuh? Apa motifnya?

Begitu banyak persoalan yang bermain di fikiran sampaikan Inspektor Jeremy sendiri tidak boleh fokus pada kerja-kerjanya. Setiap kali dia membelek fail tersebut setiap kali itu juga dia akan ralit memandang pada kesan yang ditoreh pada tubuh mangsa. Cara pembunuh itu menulis sangat-sangat serupa. Setiap huruf, saiz dan bentuknya adalah tepat. Sama. Langsung tiada perbezaan. Ini bermakna si pembunuh sudah mahir dalam menulis perkataan itu begitu lama.

Dan untuk apa pembunuh itu membunuh mereka-mereka ini. Yang dapat ditafsirkan sekarang adalah kes ini mungkin berpunca dari perasaan dendam. Dendam yang membawa kepada pembunuhan kejam tanpa rasa simpati.

Belum lama selepas itu kedengaran ketukan pada pintu bilik. Lekas Inspektor Jeremy mengalih pandang ke arah pintu. Misai yang mula menumbuh pada tepi-tepi bibir dipegang seketika.

"Tuan."

Akim memberi hormat. Dari riak muka anak muda itu seakan jelas menunjukkan ada sesuatu berita yang ingin dia sampaikan.

"Ya, Akim. Ada apa-apa berita?"

"Tuan, ada satu kes pembunuhan telah berlaku di Jalan Sultan Tengah semalam. Kes dimana seorang pemandu grab dalam lingkungan 50an telah dibunuh. Mengikut info dari pihak kita kepalanya dikelar dan diletak pada tempat duduk kiri penumpang dan tubuhnya diletakkan di dalam bonet kereta," jelas Akim.

"Kes ini ada kaitan dengan pembunuhan yang kita selidik tu tak? Ada jumpa perkataan MALAIKAT pada tubuh badan mangsa?" soal Inspektor Jeremy ingin tahu jika betul kes ini berkaitan dengan kes yang sedang mereka selidik.

"Mengikut dari pihak kita mereka tak jumpa perkataan tu pada tubuh badan mangsa. Malah untuk kes ini bahan bukti yang digunkan untuk membunuh mangsa juga tak dijumpai."

"Kalau macam tu kerahkan pihak kita untuk cari bahan bukti dikawasan berhampiran." Kemungkinan suspek membuang bahan bukti di sungai, parit dan semak-samun yang berada di sepanjang jalan tersebut.

"Memang pihak kita masih lagi berusaha mencari bahan bukti tu, tuan."

"Kalau macam tu kita ke tempat kejadian."

"APAHAL la sesak pula jalan pagi-pagi ni? Tak pernah-pernah jalan ni jammed macam ni punya lama." Thaqif merungut sambil tanggannya menghentak stereng beberapa kali.

Pagi ini Thaqif mengambil cuti kerana ingin menghantar Imy ke klinik sebaik mendapati suhu badan perempuan itu semakin meninggi sejak meracau semalam. Tidurnya juga tidak begitu lena disebabkan ingin menjaga Imy.

"Ada accident kot kat depan tu. Huk huk huk," teka Imy kemudian batuk menyinggah ke anak tekaknya.

"Yalah kot. Kalau saya tau saya guna jalan sebelah sana tu. Kalau tak, tak adalah kita kena hadap jammed macam ni. Dah la sayang abang ni tak berapa nak sihat. Sian dia," kata Thaqif kemudian menyentuh lembuh dahi Imy. Panasnya masih lagi terasa.

Sepanjang dalam perjalanan itu Thaqif asyik merungut. Adakala sumpah jalanan jadi mainan mulutnya. Sudahlah kenderaan bergerak macam koyong. Boleh sakit jiwa dibuatnya.

Selang beberapa detik berlalu kereta milik Thaqif tiba berhampiran di kawasan kes pembunuhan itu berlaku. Mereka berdua yang berada di dalam perut kereta cuba menjenguk untuk melihat apa yang berlaku. Terdapat sebuah kereta kini dikelilingi oleh pihak berkuasa.

Imy yang sedang berpeluk tubuh di tempat duduk sebelah memandang lama pada kereta tersebut. Dia seperti mengenali kereta yang kini tersadai di tepi jalan itu. Seperti kereta yang menghantarnya pulang semalam. Keadaan kereta itu juga diingatinya. Tapi mungkin juga itu sebuah kereta grab yang lain.

Begitu juga dengan Thaqif. Sedari tadi dia ralit memerhati seseorang lelaki segak beruniform di tempat kejadian. Dia seperti mengenali lelaki itu. Kemudian Thaqif teruskan pemanduannya tanpa mahu menoleh ke arah tempat kejadian.

MEREKA berdua menyepikan diri sehingga tiba di rumah. Masing-masing sedang ligat berfikir dengan apa yang mereka lihat sebentar tadi. Thaqif kemudian membimbing Imy masuk ke rumah. Perempuan itu diletakkan di sofa. Manakala Thaqif ke dapur untuk menyediakan makanan untuk Imy.

Sebaik selesai Thaqif menghulurkan bubur panas buatannya kepada Imy. Tetapi perempuan itu masih lagi jauh mengelamun.

"Sayang," tegur Thaqif lembut.

"Eh, sorry. Saya tak perasan tadi."

Keluhan panjang Thaqif lepaskan.

"Awak tengah fikirkan apa ni? Jauh sangat mengelamunnya. Cuba bagi tau saya. Ke awak rindu lelaki yang ada dekat tempat kerja awak tu." Bibir Thaqif muncungkan ke depan.

"Mana adalah. Awak sorang pun dah cukup." Dengan manja Imy menarik lembut telinga Thaqif. Lelaki itu mengaduh sakit perlahan apabila telinganya ditarik begitu.

"Sakitlah sayang."

Senyuman Thaqif ukir sebaik melihat senyuman pada wajah Imy yang mula kelihatan.

"What wrong with you? Maybe you have something to share with me?" soal Thaqif manja.

"Saya tengah fikirkan hal tadi."

"Hal tadi?" Berkerut seribu dahi lelaki itu memikirkan kata-kata Imy.

"Yang kita tengok masa jammed tadi la. Kereta tu." Imy mula-mula teragak mahu bercerita. Namun dia tidak mahu berahsia lagi. Tengoklah sekarang sampai demam dia dibuatnya.

"Kenapa dengan kereta tu?" tanya Thaqif lagi.

"Rasanya kereta yang kita tengok tadi tu, grab yang hantar saya balik semalam la."

"Ya ke?"

"Ya, masa dalam perjalanan balik pemandu tu pelik sangat. Saya tanya dia macam-macam dia langsung tak nak jawab. Kereta tu pun ada bau yang tak sedap sampai pening kepala saya ni dibuatnya. Then sampai je depan rumah bila saya nak bayar tambang, terkejut giler saya bila tengok kat tempat duduk depan tu ada kepala manusia. Orang tu boleh pula ketawa macam hantu. Tu yang saya ingat apa yang saya tengok semalam tu, hantu. Rasanya kes tu betul la awak."

Buat seketika Thaqif terdiam. Lama dia menganalisis kata-kata Imy.

"Kalau betul la awak ni boleh dikira jadi saksi."

Imy lantas membulatkan anak matanya seluas mungkin. Jadi saksi pembunuhan. Itu lagilah membuatkan diri Imy semakin rasa tidak selamat.

"Saya tak nak awak. Saya takut," kata Imy risau.

Untuk mengakui apa yang dilihatnya pada orang lain benar-benar membimbangkan. Mungkin nyawanya juga tidak akan selamat sesudah itu.

"Jangan.. Baik kita diamkan diri. Lagipun dorang takde cari awak." Lekas Thaqif memberi pendapat. Buat seketika Thaqif menundukkan wajah seperti memikirkan sesuatu.

"Awak okey ke ni Thaqif?"

Thaqif tersentak lalu mengerling ke arah Imy.

"Ahh, okey okey. Nah makan bubur ni. Kalau sejuk tak sedap pula. Saya ke dapur kejap ambilkan awak air."

Mangkuk yang berisi bubur kini bertukar tangan. Thaqif kemudian melangkah laju ke dapur.

Kening Imy bersabung kerana hairan dengan tingkah Thaqif tiba-tiba saja beriak pelik.



PS/: KALAU ANDA MENYUKAI KISAH INI JANGAN LUPA UNTUK  DAPATKAN VERSI NOVEL DARIPADA PENULIS. TINGGALKAN SEBERAPA BANYAK BINTANG UNTUK TERUS MENIKMATINYA DAN JANGAN LUPA FOLLOW.. INGAT JANGAN PLAGIAT!! THANKS!!

PEREMPUANWhere stories live. Discover now