PS:/ VERSI TERBIT
MALAM itu juga, bukan sekadar milik pekerja-pekerja di Meoww Club. Tetapi juga milik segelintir perempuan yang berdiri di kaki Jalan Haji Taha. Jalan yang akan menjadi suram tika malam menjelma dan bakal diserikan perempuan-perempuan yang hauskan duit. Malam adalah siang bagi mereka dan siang pula adalah malam. Malang hidup mereka terpaksa memilih jalan itu demi mendapatkan duit untuk menyara diri. Sungguh malang lagi bila duit yang ditelan adalah dari sumber yang haram dan jijik. Demi duit juga mereka sanggup menjual nafsu. Nafsu yang sentiasa terletak dengan nilai wang berbeza setiap malam.
Bagi mereka untuk apa mempertahankan dara walaupun itu merupakan satu kesucian. Kalau dipertahankan sekali pun bukannya mereka akan mendapat ganjaran atau pingat kebesaran dari raja. Kalau tiada duit bagaimana harus meneruskan hidup.
Tidak ketinggalan juga ada yang bernafsu songsang. Sampaikan pondan yang menjual nafsu di jalan berkenaan pun turut ditelan nyaman. Tidak kiralah dia berhalkum janji pandai beraksi. Itulah yang akan terjadi jika nafsu gila menguasai diri. Terlalu mengikut kehendak syaitan lahanat.
Di sudut gelap mereka-mereka ini berdiri sambil menunggu binatang-binatang yang bakal menyapa. Kemudian datang seorang pondan berlenggang, merapatkan diri pada satu kelompok perempuan dan pondan lain. Mereka berteman tetapi berlawan dalam diam.
"Hei, ngek. Muka macam baru lepas dapat je," kata seorang perempuan kepada pondan yang baru datang tadi. Baju perempuan itu cukup seksi dan ketat. Berkasut tumit tinggi yang gah.
"Dapat apanya. Tadi aku tegur la mamat muda sorang ni. Konon-konon nak ajak dia la. Muka pun boleh tahan aumm kau. Tup tup boleh pula dia kena kan aku. Celaka betul. Lepas tu aku baling dia guna kasut. Nasib baik tak kena. Kalau dia jatuh tersembam kat situ memang aku rogol terus. Biar padan muka," bebel pondan yang popular dengan gelaran Ika. Jauh lari dari nama dalam ic.
"Bukan kau sorang je yang tak dapat. Malam ni macam tak ada pelanggan je yang lalu, tau tak. Itu pun sorang dua je yang dah sedap," kata perempuan tadi merungut. Sambil itu matanya meliar memandang sekeliling kalau-kalau ada yang lalu. Bolehlah dia rembat dulu.
Kemudian kumat-kamit setiap sorang di situ membebel konon-konon merungut kerana tiada pelanggan. Kalau tak pandai cari memang tak akan dapat.
"Mungkin sebab pasal pembunuhan MALAIKAT tu tak ngek. Boleh jadi juga dorang tu takut nak keluar. Seram pula aku ngek," kata salah seorang lagi perempuan di situ. Pakaiannya mengalahkan artis. Memang layak kalau jadi pelakon porno.
Tiba-tiba mereka di situ jadi sepi. Setiap seorang hanya memberikan pandangan yang kosong. Angin malam menempuh kulit halus mereka sehingga ada yang meremang bulu roma. Terkadang kedengaran bunyi angin bertiup sepoi-sepoi.
"Hish, kau ni bengong betul la. Jangan la cakap pasal benda tu," marah perempuan yang berhadapan dengan Ika tadi.
Angin semakin kuat bertiup. Barangkali juga malam itu akan dituruni hujan. Lagipun sudah beberapa hari kawasan itu tidak dibasahi hujan dari langit.
Di hujung jalan tiba-tiba mereka melihat satu susuk tubuh yang berdiri dibawah cahaya lampu neon yang agak samar. Orang itu menyelubungi dirinya dengan pakaian serba hitam. Hampir terkejut juga mereka yang berada di situ.
"Eh, ngek kau tengok tu. Ada someone la. Macam anak ikan mak je. Tapi, kenapa dia pakai macam tu? Takut pula mak nengoknya," kata Ika sedikit mengada.
YOU ARE READING
PEREMPUAN
Mystery / ThrillerKisah ini kini sudah ada dalam versi cetak atau novel. Sekiranya ada diantara berminat untuk mendapatkan novel ini boleh berhubung dengan saya di FB DAMIEN YONG. Kisah ini untuk PEMBACA MATANG. Tahu itu MATANG. Tapi kisah ini BUKANlah kisah 18sx se...