BAB 8

692 10 0
                                    


PS:/ VERSI TERBIT


SALSABILA keluar bersama seseorang dari sebuah hotel yang agak tersorok. Kawasannya juga agak suram. Malam ini Salsabila meminta cuti kecemasan dari Encik Wong konon-konon menjaga emaknya yang tidak sihat di rumah. Padahal dia kini bersama seseorang lelaki yang jelas menutup separuh wajahnya dengan mask.

Kemudian kedua-dua mereka berpelukkan di hadapan hotel tersebut. Mujur saja hari sudah terlanjur lewat dan tidak ada seorang pun yang lalu lalang melihat aksi ghairah mereka berdua. Tidak cukup bertempur di atas di bawah pun berhentam lagi.

"Abang tak settlekan lagi ke kes dengan perempuan bodoh tu. Kalau abang nak saman pastikan abang saman je banyak-banyak. Biar perempuan tak sedar diri tu meringkuk dalam jail," ujar Salsabila sambil lengan milik lelaki itu dipaut rapi.

Lelaki bertopeng itu kedengaran melepaskan tawa jahat.

"Sayang jangan risau. Dia dah cederakan abang macam ni dan so dia takkan terlepas. Lagipun abang dah call pun peguam abang. Kami nak bincangkan pasal ni elok-elok biar perempuan tu nanti betul-betul nampak bersalah." Bibir yang ditutupi topeng mengukir senyuman kemegahan. Belum apa-apa lagi dia sudah menghidu aura kemenangan. Dan perempuan itu pasti akan terseksa meringkuk ke penjara.

Sekali lagi mereka membuat aksi yang tidak senonoh di hadapan hotel tersebut. Sehinggakan Salsabila mengerang manja.

"Abang sudah la tu. Tak puas lagi ke tadi."

"Abang sentiasa tak akan puas."

Mereka berdua mengekek ketawa. Bagaikan apa yang mereka lakukan itu adalah sebuah hadiah indah dari syurga. Tetapi otak tolol itu tidak terfikir bahawa bahu kiri mereka semakin menurun disebabkan dosa yang sentiasa tercatit dikala malam ghairah menyinggah batin. Tolol! Yang halal sudah menanti di rumah tetapi yang haram juga dikejar. Bagai mengejar permata. Barangkali yang halal itu sudah kerepot untuk dihadam. Tidak sedar yang lututnya juga sudah bergetar sama. Nafsu serakah masih bermaharajarela.

"Lepas ni abang terus balik ke?" soal Salsabila kepada Dato' Noah.

"Belum lagi. Abang kena jumpa dengan peguam abang dulu. Sorry sebab tak dapat nak hantar sayang balik," jawab Dato' Noah.

Sambil itu dia membelai rambut helmet Salsabila yang sedikit tidak terurus. Mencacak saja anak-anak rambut itu yang kian menumbuh.

"Tak apa. Kalau macam tu saya balik dulu ya. Bye.." Terus Salsabila melepaskan satu kucupan pada dahi Dato' Noah dan berlalu pergi. Hilangnya dia ditelan malam.

Dato' Noah pula melangkahkan kakinya terus ke kereta di mana pemandunya sedang menunggu. Sebaik masuk ke dalam perut kereta topeng yang begitu merimaskan wajah dibuka. Kalau tidak kerana dia ingin menyorokkan identiti kepada umum tidak perlulah dia memakai topeng muka segala.

"Sorry Joe. Buat kamu tunggu lama."

"Tak apa," jawab Joe pendek.

"Kita jumpa dengan encik Dani sekejap lepas tu balik ke office saya. Ada benda yang saya nak bincang dengan dia," kata Dato' Noah.

Kereta tersebut dipandu ke tempat yang dimaksudkan. Sementara itu Dato' Noah membetulkan baju yang tersarung di tubuh. Sungguh tidak selesa. Lepas melakukan hubungan berdosa itu tadi dia tidak menyempat untuk mandi hadas kerana ingin cepat berjumpa dengan peguamnya.

Sampai saja ditempat yang dituju mereka mengambil peguam Dato' Noah.

"Selamat malam Dato'. Kita nak bincang sekarang atau bincang kat office je nanti," kata lelaki berkaca mata yang kini duduk bersebelahan dengan Dato' Noah.

PEREMPUANWhere stories live. Discover now