YK Holdings
" Let me introduce my new PA, " Sunhwa bersuara tenang sambil tersenyum simpul di hadapan hampir seluruh pekerjanya.
Dia menyambung sedikit, " Jeon Jungkook. "
Suasana pejabat ketika itu sepi.
PA nya sendiri ternganga.
Ada banyak sebab untuk semua orang terkejut.
Pertama,
—Cik Muda Yook Sunhwa sendiri sudah ada Pembantu Peribadi yang serba sempurna, Cik Irene.Kedua,
—Semua peka tentang Cik Muda Yook Sunhwa yang agak anti-lelaki. Terutamanya lelaki HANDSOME.Ketiga.
—Jeon Jungkook itu suami Cik Muda Yook Sunhwa. Ulang suara, SUAMI.Keempat.
—Baca sebab ketiga.Kelima.
—Baca sebab keempat.Sunhwa memandang sekeliling. Kenapa senyap macam perpustakaan pula ni?
" Ada soalan? " Semua menggeleng serentak. Sunhwa mengangkat ibu jarinya. Ditoleh ke arah Jungkook di sebelahnya lalu dikenyitkan sebelah mata.
Jungkook menunduk malu.
" noona... Boleh tak Jungkook nak kerja kat YK Holdings dengan noona? " Jungkook menyuarakan hasrat yang telah lama terbuku di minda.
" boleh je. tapi noona tak perlukan pekerja sekarang. "
" ala. Jungkook okay je dengan mana-mana department pun! Kerja dekat BH asyik tak fokus sebab teringat Jimin hyung. "
Sunhwa memandang simpati wajah sayu suaminya itu.
" yelah, nanti noona fikirkan. "
Kafe YK Holdings
" Kan Jungkook dah cakap kat noona yang Jungkook boleh je kerja kat mana-mana department. See? Semua pandang Jungkook lain macam tadi. " Bibir merah jambu itu merungut panjang. Tangannya disilangkan ke dada. Merajuk sakan.
Dengan senang hati Sunhwa membalas, " Biarlah. Ini syarikat noona, ikut suka hati noona lah, kan? Lagipun..." Sunhwa merapatkan dirinya dengan Jungkook.
Pipi lelaki itu dicubit manja.
" ...lelaki handsome ni mesti jadi rebutan kalau noona bagi kerja kat department lain. Noona tak sanggup bermadu." Sunhwa kembali bersandar di kerusinya sambil matanya melirik tajam ke arah Jungkook yang sudah tersipu malu.
Macam terbalik pula.
Sepatutnya perempuan yang malu-malu kucing.
Jungkook mengusap pipinya perlahan.
" Noona ni... Malu lah orang tengok. "" Biarlah. Suami noona, bukan suami orang lain pun. " Pantas bibir itu membalas. Jungkook pasrah.
Pejabat Sunhwa,
YK Holdings" Cik--er, Puan Mu--" Bicara Irene dipintas.
" Panggil je Cik Muda. Hehe. Puan Muda macam kurang sesuai dengan umur saya. " Sunhwa tersengih bak kerang busuk. Jungkook di mejanya hampir-hampir menghamburkan tawanya.
Irene mengangguk faham.
" Cik Muda ada lunch harini dengan CEO Kim dari TH Group." Sunhwa menggerakkan kepalanya ke atas dan ke bawah sebelum menjeling tajam Jungkook yang wajahnya merah padam menahan tawa.
Irene menoleh. Terlihat Jungkook menjelir lidah kepada Sunhwa yang membesarkan mata seolah mengugut lelaki itu.
'patut ke aku keluar? '
Elite Mingles, Seoul.
Jungkook duduk semeja dengan Irene sementara Sunhwa melayan teman seperniagaannya di meja yang lain.
Jungkook memandang sekali lalu wanita di hadapannya itu.
" em selalu ke noo-- Cik Muda lunch dengan business partner dia?" Jungkook bertanya kepada Irene, cuma untuk mengurangkan kejanggalan dan sepi yang dari tadi menyelubungi mereka berdua.
Perempuan itu sekadar menggeleng ringkas.
" Cik Irene dah lama ke kerja dengan Cik Muda? Sejak bila? " Jungkook mencuba lagi dengan menyoal soalan lain.
" em lama jugak, sejak YK holdings ditubuhkan. " Keluar juga beberapa patah perkataan daripada mulut wanita beku itu.
" oh lama dah rupanya... "
Namun, perbualan pendek itu bernoktah cuma di situ sebelum kedua-dua mereka kembali tidak bersuara.
Jungkook mendapatkan kekuatan dalaman sebelum bertanyakan soalan yang asyik membelenggu kepalanya, " Cik Irene tak suka ke saya kerja dengan Cik Muda? "
Irene mengangkat wajahnya daripada skrin tablet sebelum matanya melekat pada anak mata Jungkook.
Sementara itu,
" nice to meet you, Miss Yook Sunhwa. " CEO TH Group itu menghulur tangannya untuk berjabat sambil bibirnya sentiasa menguntum senyuman manis bak madu segar dari ladang.
Sunhwa menyambut tangan lelaki itu seraya membalas, " nice to meet you too, Mr Kim Taehyung. "
Lelaki yang segak berpakaian fornal di hadapannya itu ketawa kecil.
" Panggil Taehyung je." Sunhwa cuma mengangguk." then, feel free to call me Sunhwa. "
" hopefully syarikat kita berdua serasi untuk projek mega tahun ni. " Ujar Taehyung lalu menyisip lattenya.
Sunhwa mengangguk laju. " Setuju. "
" by the way, dua PA awak tu bercinta ke?" Soal Taehyung sambil mulutnya memuncung ke arah Jungkook dan Irene. Sunhwa memusingkan badannya sedikit.
Kelihatan Jungkook tersengih ke arah Irene walaupun perempuan di hadapannya itu buat tidak layan.
Eish, manusia bernama Jungkook ni memang menempah maut.
" hoho taklah." Dengan senyuman kelat, Sunhwa membalas. Tangannya menggengam erat garfu di atas meja.
Bibir Taehyung mengukir senyuman segaris." sweet... saya ni busy memanjang. Tak tahu bila masa nak pergi mengurat perempuan. " Luahnya seolah kecewa dengan hidupnya sebagai usahawan berjaya.
" orang macam awak ni, Encik Taehyung... Tak payah turun padang nak mengurat bagai. Petik je jari mesti beratur panjang anak dara dan segala janda kat luar sana tu. "
Taehyung memberi senyuman nipis.
" saya taknak anak dara dan janda kat luar sana tu sebab hati dan mata saya tertarik pada sorang perempuan je sekarang ni. " Balas Taehyung dengan mata bercahaya.Sunhwa terkebil-kebil apabila Taehyung tersenyum kecil sambil merenungnya.
Nak kena sepak ke mamat ni dengan Jungkook?
A S S I S T A N T
**✿❀ ♥ ❀✿**
Get ready for some drama sabun.
please vote and comment
(づ ̄ ³ ̄)づ♥
YOU ARE READING
Purrfect • Jungkook
Fanfiction" cinta yang sempurna itu bukan cinta yang hadir kerana kelebihanmu tetapi cinta yang tidak pergi kerana kelemahanmu. " status ; ( )completed (✔️)on-going ( )on-hold ( )coming soon