PFT - Merajuk

2.7K 253 48
                                    

Dalam kereta, perjalanan pulang ke YK Holdings.

" Irene, saya ada meeting lagi ke lepasni?" Tanya Sunhwa kepada Irene yang duduk sendirian di belakang. Lama juga tadi untuk memujuk(memaksa) Irene supaya duduk di belakang. Tak mahulah perempuan muda itu duduk di tempat sebelah pemandu. Maklumlah, pemandu mereka ketika ini ialah Jungkook.

Kalau aku tahu laki aku ni nak usha Irene , lebih baik takyah bawa dia sekali lunch tadi ishh buat sakit hati je 🙄

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kalau aku tahu laki aku ni nak usha Irene , lebih baik takyah bawa dia sekali lunch tadi ishh buat sakit hati je 🙄

Terlihat Irene menggeleng . Sunhwa mengangguk mengerti.

Depan YK Holdings.

Irene keluar dari perut kereta lantas menunggu lady bossnya untuk turut keluar.
Cermin tingkap kereta diturunkan lalu Sunhwa bersuara, " Irene masuk dulu. Saya dengan Jungkook balik awal harini ehh. Tak sedap badan pula..."

Dengan sedaya upaya untuk menyembunyikan riak kaget, Irene mengangguk jua. Tak mungkinlah dia mahu mempertikaikan isu itu.

Jungkook yang juga terkejut memandang isterinya dengan mata membulat. Di kafe tadi elok je.

Sebaik sahaja Irene menapak pergi, cermin tingkap dinaikkan. Laju saja tangan Sunhwa mencubit paha Jungkook. Kuat. Padu. Jungkook menyeringai kesakitan.
Tangan Sunhwa ditepuk-tepuk perlahan supaya perbuatannya itu dihentikan.

" Ehh, apa noona ni? Sakit tahu tak?" Merah wajahnya menahan pedih.

Yook Sunhwa;

Tangan aku ditarik daripada terus mengerjakan pahanya. Simpati pula tengok wajahnya yang sudah merah menahan sakit. Bukan kuat pun aku cubit. Mengada jee lebih. Lembik!

" Cepatlah bawa kereta... Noona sakit, tahu tak?" Aku bersandar pada kerusi lalu menoleh ke luar cermin. Lagakku memang jelas menunjukkan aku sedang merajuk. Faham tak, orang sebelah?!

Jeon Jungkook;

Kulihat dia menoleh ke luar tingkap kereta. Sakit betul ke ni?

Pantas telapak tangan kanan kubawakan ke dahinya. Serta merta dia memandangku.
" Tak panas pun." Tanganku turun menyentuh perutnya.

" Noona sakit perut ke? Tadi salah makan ehh?" Tanyaku.

Yook Sunhwa;

Aku pandang satu tangan sasa di perutku. Pipiku merona dan panas.
Jungkook merendahkan wajahnya agar pandangan kami bertemu.

" Jom pergi hospital. Nanti makin teruk, Jungkook juga susah. Tapi, Jungkook tak kisah bersusah payah demi noona." Lembut suaranya berkata. Ditambah pula dengan segaris senyuman kecil yang secukup rasa itu. Aduh, gugur iman.

Alah, tak bolehlah aku merajuk lama-lama dengan dia ni 😑

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Alah, tak bolehlah aku merajuk lama-lama dengan dia ni 😑

" Tak nak! " Keras aku membalas.

" Fine. Taknak sudahlah. "

Stereng kereta dipusingkan oleh Jungkook sambil pedal minyak diinjak perlahan. Kereta mulai bergerak meninggalkan pekarangan syarikat.

Taknak sudahlah...

Taknak sudahlah...?

Taknak sudahlah...??!

(╯°□°)╯︵ ┻━┻

Aku mendengus kasar seraya memeluk tubuh menunjukkan tanda protes.

Lima minit berlalu dan aku kian sesak dada dengan kesepian yang terasa menjerut leher ini. Lelaki sebelah ni memang kayu ke?! Hati batu betul lah.

" Susahlah macam ni! Noona merajuk tahu tak? Jungkook boleh pula buat bodoh jee? Siap cakap 'taknak sudahlah'. Aihh!" sambil mulutku laju membebel, tanganku kembali menyerang dan mendera paha serta lengannya.
Keadaan emosi yang tak stabil ketika itu membuat aku terlupa satu hakikat.

Jungkook sedang memandu.

" noo- noonaa!"

Dumm

End pov ;

Hospital.

Pandangan Sunhwa masih kabur tatkala kelopak matanya dibuka. Kepalanya berbalut. Di pergelangan tangannya terdapat tiub darah dan air. Otaknya cuba menganalisis keadaan sekeliling. Beberapa saat dia terdiam.

Jungkook.

Sunhwa menjadi segar apabila nama itu meniti di minda.

" Jungkook?!" Suara serak basahnya menyeru nama itu. Kebetulan, seorang doktor lelaki dan seorang jururawat perempuan masuk ke dalam bilik wadnya untuk pemeriksaan berkala.

" Puan Jeon, sabar, puan. Bagi kami periksa puan dulu." Doktor itu cuba memeriksa nadi Sunhwa tetapi tangannya ditepis.
" Mana suami saya?" Tubir matanya hangat dan sudah dibanjiri air mata.

Kedua manusia dihadapan Sunhwa itu bertukar pandangan. Bagai memikul beban yang berat di bahu. Dada terasa sesak untuk menuturkan ayat balasan.

" suami puan sedang uruskan pengebumian bayi puan." Ayat itu terselit penuh rasa simpati dan kasihan.

Dahi Sunhwa berkerut seribu. Perutnya disentuh. Sedikit bisa dan sengal mula terasa. Tetapi persoalan demi persoalan terus menghambat benak fikiran.

" Doktor salah pesakit kot... Saya tak mengandung." Sunhwa menggeleng sambil mengurut perutnya yang berasa pedih. Dia dan Jungkook tidak pernah lagi melakukan hubungan intim sepanjang perkahwinan mereka. Tak mungkin dia mengandung anak lelaki lain? Dia masih dara. Dia pasti!

Doktor itu menggeleng. Dia kelihatan sudah biasa dengan situasi begitu.

" Puan mengandung tapi kandungan puan tu baru je mencecah 7 minggu jadi tak ketara sangat puan mengandung." Terangnya.

" Ja- jadi, saya keguguran?"

Sambil mengangguk, doktor itu kembali bersuara, " akibat hentakan semasa kemalangan kereta puan dengan kereta saya semalam, kan--"

Sunhwa memotong, " kereta doktor?"

Doktor itu menguntum segaris senyuman. " Iya, kereta saya. Kereta puan langgar belakang kereta saya semalam."

Ubun kepala Sunhwa berdenyut. Terlalu banyak perkara dia perlu hadam sekarang. Terlalu banyak kejutan dia perlu terima buat masa ini.

Berita kehamilan.
Berita keguguran.
Berita kemalangan.
Kereta doktor ini.

Sunhwa rebah.

Purrfect • JungkookWhere stories live. Discover now