Chapter 2

1K 89 2
                                    

Attention: Before read this chap, play the song in the media, make sure to using earphone.
______________________________________

-29/05/2017 [Sabtu]

Seminggu sudah berlalu, harini Taehyung masuk semula bekerja di syarikat Appa <Ayah Taehyung>. Hubungan aku dengan dia macam biasa, tiada perubahan. Aku tak kisah, asalkan aku masih sayangkan Taehyung sepenuh hati. Sometimes aku berfikir juga, is he love me too? Aku ketawa kecil, mestilah tak, perkahwinan ni perkahwinan paksa. Hanya aku seorang yang cintakan dia, manakala dia? Langsung tidak ada perasaan kepadaku sama sekali. Walau bagaimanapun, dia tetap menjalankan tanggungjawabnya sebagai suami, itu salah satu sebab aku menyayanginya.

Jam sudah menunjukkan 10:00 malam, aku dengar bunyi kereta Taehyung diluar rumah, aku segera membukakan dia pintu, masuk sahaja dia, aku mengambil begnya dan letak didalam bilik kerjanya. Aku menuju kearahnya semula "Taehyung awak mesti penatkan? Mari saya urut awak". "Suka hati" aku menarik tangannya ke sofa apabila dia setuju. Bila aku duduk sahaja, dia terus membaringkan kepalanya di atas pahaku. Aku sedikit blush. Dia menutup matanya dan cuba untuk tidur, aku terus memicit kepalanya perlahan-lahan dengan penuh kasih sayang sambil tersenyum.

30 minit berlalu, aku menghayunkan tanganku dihadapan muka Taehyung, untuk memeriksa sama ada dia tidur atau tidak. Dia memang tidur, aku memerhati muka dengan senyuman. Comel je dia ni tidur aish, aku menundukkan kepalaku kebawah perlahan-lahan. Akhirnya bibirku menyentuh bibirnya, aku tutup mata dan tersenyum dalam ciuman itu.

" Taehyung, saya janji saya tak akan tinggalkan awak! " - Go Hara.

[C] 𝟡 𝕸𝖔𝖓𝖙𝖍 ⏩ 태민Where stories live. Discover now