Chapter 3

936 86 2
                                    

Attention: Before read this chap, play the song in the media, make sure to using earphone.
______________________________________

- 23/07/2017 [Sabtu]

Usia kandunganku sudah mencecah 2 bulan dan perutku sudah mula terbentuk, harini Taehyung cuti umum. Taehyung masih lagi dibuai mimpi, manakala aku sudah bangun 20 minit yang lalu. Aku dari tadi perhati dan bermain dengan muka Taehyung secara senyap-senyap. Comel + Handsome sangat, aish perfectlah dia ni. Akhirnya aku bangun dari baringku untuk membuat rutin pagiku. Selesai sahaja aku membuat semua rutin pagiku, aku bergerak kedapur. Aku mengikat rambutku yang terlalu panjang, dan mula memasak. Aku masak makanan kegemaram Taehyung, Japchae. Setelah selesai memasak, aku menyusun semua alatan makanan serta makanan yang aku buat dengan penuh kasih sayang. Baru sahaja aku hendak mengejutkan Taehyung, dia sudah turun ke bawah dan terus menuju ke meja makan. Dia dah mandi, dan dia cuci rambut. Aku meneguk air liur, dia terlalu seksi kalau macam tu haih.

Aku memberi dia Japchae di mangkuk nasinya, dia makan dengan senyap tanpa bunyi. Aku memberanikan diri untuk bercakap. "Tae, boleh tak nanti kita keluar jalan-jalan? Saya teringin nak makan aiskrim" Aku menyatakan hajatku kepadanya. "Menyusahkan je" walaupun dia bercakap perlahan, aku masih dapat menangkap apa yang dia sebutkan. Aku tunduk kebawah perlahan-lahan serta menahan air mataku daripada keluar. "Kalau awak taknak takpelah, tapi saya akan pergi bersama Jimin" Taehyung terus berhenti makan seketika, dia berfikir sejenak. "Hm, pergilah". Aku memandangnya tak percaya. "Ahh gomawo/고마워 Tae!" aku berlari mendekatinya dan mengucup pipinya lama. Selepas itu aku terkejut dengan perbuatanku sendiri. Aku menahan senyum dan terus berlari kebilik kami untuk bersiap sambil itu aku menelefon Jimin.

" Gomawo/고마워 Taehyung, saya sayang sangat kat awak untuk selamanya! " - Go Hara.

[C] 𝟡 𝕸𝖔𝖓𝖙𝖍 ⏩ 태민Where stories live. Discover now