Chapter 5

753 82 0
                                    

Attention: Before read this chap, play the song in the media, make sure to using earphone.
______________________________________

- 26/08/2017 [Sabtu]

1 minggu dah berlalu sejak peristiwa tu, aku pun dan maafkan Taehyung.

<< FlashBack >>
Oleh kerana emosiku yang melampau, aku berfikir untuk tinggal di rumah eomma beberapa hari, aku mempack barangku, keluar sahaja dari bilik, aku nampak Taehyung berdiri depan bilik ni, dia ni dah kenapa? "H-hara, s-saya nak minta maaf" Perkataan maaf itu dia perlahankan bunyinya. Aku mengangkat sebelah kening, maaf? Huh. Baru sahaja aku hendak bercakap, Taehyung dengan tiba-tiba pengsan dihadapanku. Aku sedikit terkejut, dia b-berlakonkan? "Tae?" Aku menggoyangkan badannya beberapa kali. Tiada respon, aku check dahinya, pa-panasnya! Aku segera menolong Taehyung kebilik dan meletakkan dia diatas katil perlahan-lahan.

Aku berlari kearah almari untuk mencari sapu tangan, dan membawa air, walaupun perutku sedikit sakit aku tetap kuatkan semangat untuk Taehyung. Sehingga tengah malam aku masih lagi mengelap peluh yang berkumpul dimuka dan badan Taehyung. "Hara, Hara" Dia tiba-tiba mengigau, aku pelik kenapa nama aku? "Hara hik ma-maafkanlah saya hik, maafkan saya please hik" Taehyung mengigau sehingga air matanya keluar. Aku terdiam seketika. Dia bersungguh-sungguh nak minta maaf kepada aku. Aku merendahkan kepalaku dan berbisik ditelinga. "Tae sayang, saya sentiasa maafkan awak" selepas itu aku mencium dahinya lama. Selepas melepaskan ciuman di dahi itu, aku menyambung mengelap peluh Taehyung. "HARA!" Dia tiba-tiba bangun dari baringnya. Dia memandang aku, laju sahaja dia memeluk aku. "Hara maafkan saya, sa-saya tak boleh kawal perasaan saya tadi, dan sa-saya cintakan awak Hara" Aku terpempan seketika. Di-dia cintakan aku? Impossible. Aku hanya mendiamkan diri. "Hara ah, awak masih cintakan saya kan?" soalnya masih dalam posisi pelukan. Lama kelamaan aku mengangguk, dan malam itu aku tidur dengan lena didalam dakapan Taehyung. << End FlashBack >>
Dan sejak hari itu, Taehyung betul-betul berubah, dia dah buktikan yang dia cintakan aku. Aku senyum gembira mengingat peristiwa itu, tapi sometimes aku tertanya, bila dia start cintakan aku?

" Tae ah, saya ikhlas cintakan awak, saya janji akan mencintai awak selamanya, tolong jangan cari yang lain sayang " - Go Hara.

[C] 𝟡 𝕸𝖔𝖓𝖙𝖍 ⏩ 태민Where stories live. Discover now