Attention: Before read this chap, play the song in the media, make sure to using earphone. MAKE SURE TO PLAY THE SONG BEFORE YOU READ THIS!!
______________________________________- 27/01/2018 [Sabtu]
Aku dan Umji harini ke mall, nak beli barang sedikit, barang rumah dah habis, barang rumah Umji pun dah habis, so kitorang beli bersama-sama. Umji tak bawa Ahreum ikut sekali, dia tinggalkan sama appa(Jhope) dia kat rumah. Selepas 1 jam habis membeli barang, aku cadang kepada Umji untuk terus pulang rumah, aku dah tak larat nak berjalan sebenarnya, umji pun bercakap, dia suruh aku stay kat depan mall ni dulu, dia ambil kereta, aku mengangguk je lah. Duit baki beli barang tadi aku belum masukkan dalam dompet aku, aku mengeluarkan dompetku, tapi tiba-tiba sahaja duit ditanganku itu terbang jauh melayang di tiup angin, aku cuba untuk mengejarnya. Dan duit itu betul-betul berhenti dibelakang mall itu, aku mengutipnya dan apabila aku bangun, mataku terpandang dua susuk tubuh yang sedang bercium aggresively.
Aku jadi kaku,
duit di tangaku itu terjatuh,
mataku sepenuhnya berkaca,
jikalau aku kelip mungkin ia akan jatuh membasahi pipiku.
Hidungku merah,
Bibirku bergetar.
Aku tak salah nampakkan?
Semua tu hanyalah hayalan je kan?
A-aku tak percaya semua tu!
A-aku ni terlalu berfikir je kan?
Tak! Semua tu tak betul!
Air mataku tumpah,
Tolong cakap semua tu tipu dan tak benar sama sekali!
Air mataku semakin banyak yang keluar,
Ki-Kim Tae-Taehyung?
Aku segera meninggalkan kawasan itu dan menghapuskan air mataku secara kasar, aku terus memasuki kereta Umji yang sedang menunggu aku, aku abaikan semua soalan Umji dan termenung, aku menggosok mataku tidak membenarkan air mata tumpah lagi, tapi siapa perempuan tu? Aku nak tahu sangat! Aku mesti tanya Taehyung nanti!
○○○
Aku menunggu Taehyung pulang rumah sambil tidak lepas memikirkan siapa perempua itu.
*Bunyi kereta*
Itu pasti Taehyung!Aku menunggu dia dihadapan pintu rumah, apabila dia masuk aku terus menarik tangannya untuk duduk di sofa. Aku nak berbincang dengan sebaik mungkin. "Tae, saya nak tanya sesuatu boleh?" Aku cuba bercakap lembut. Dia mengangguk. "Tadi saya na-nam-nampak a-a-awak bercium dengan p-perempuan lain, si-siapa pe-perempuan tu?" Muka Taehyung terus berubah. "Jangan kacau urusan aku" Aku kaku, a-aku? Tak aku tak boleh tahan! "Taehyung siapa perempuan tu!" Aku meninggikan suaraku.
"Kau tak perlu tahulah! tapi dia lebi baik dari kau!" Aku bingung, apa semua ni? Apa yang Taehyung merepek ni? Dia bohongkan? Haha tak lawaklah Tae! "Taehyung apa maksud awak?" Taehyung menajamkan pandangan matanya sambil memandang aku.
"Jangan menyeboklah perempuan!,
lagipun selama ni aku tak PERNAH CINTAKAN KAU!
Kau tahu tak buang masa dan tenaga aku je!
Aku penat tahu tak layan karenah kau yang menggedik tak tentu hala tu!
Dahlah kau yang tergedik goda aku untuk buat benda tu,
SUPAYA KAU BOLEH HANCURKAN KEBAHAGIAAN AKU DENGAN LAURA KAN?!
DASAR PEREMPUAN TAK TAHU MALU!"
Aku kehilangan kata-kata, mulutku seperti terkunci seketika. Aku menangis dan menangis, tak apa semua ni? Sampai macam begini sekali ke dia hina aku?! Mataku seperti sudah bengkak, hidung dan pipiku terlalu merah, bibirku bergetar. "Tae, saya tak pernah goda awak, semua tu sebab awak dan saya mabuk sepenuhnya! Awak tak ingatke?! Tae, tolong jangan buat saya macam ni" Aku merayu kepadanya.
"Dahlah kau betina murah,
kau tu dahlah Jijik!
Hodoh,
Gedik,
Tak matang,
Kuat merajuk,
Tak pandai,
Bodoh,
Pela---"
"CUKUP! HINA SANGAT KE SAYA NI TAE?! HINA SANGAT KE SAYA DEPAN MATA AWAK?! MANA SIFAT AWAK YANG DULU? MANA KIM TAEHYUNG YANG DULU?! KALAU AWAK BENAR TAK CINTAKAN SAYA, CERAIKAN SAYA SELEPAS SAYA MELAHIRKAN ANAK SAYA! SAYA BENCIKAN AWAK!" Taehyung smirk memandang aku.
"Sure lady" Dia berlalu meninggalkan aku, aku terduduk di lantai yang sejuk itu, dan menangis semahunya, aku mengeluarkan semua kemarahan, kecewa, sedih rasa yang bercampur baur, semua aku keluarkan, jiwa dan hati aku sakit sangat, aku ni teruk sangat ke? Terlalu murah ke aku depan mata dia?!
Aku mengusap perutku yang sudah berusia 8 bulan lalu tersenyum kecil, "Anak omma sayang, nanti bi- hik bila omma hik dah lahirkan kamu hik, omma janji hik kita akan tinggalkan rumah ni hik, dan kita akan mulakan kehidupan yang baru hik, muka surat yang baru, buku yang baru".
" Saya bencikan awak Kim Taehyung!, sanggup awak buat saya macam ni?!" - Go Hara.
YOU ARE READING
[C] 𝟡 𝕸𝖔𝖓𝖙𝖍 ⏩ 태민
Short StoryJemput baca cerita noob aku HAHA. Kim Taehyung ataupun Park Jimin? 9 bulan? Pregnant story . Short-Story. Completed. Credit Cover: B100's Graphic Shop Start: 29 October 2017 Ended: 26 Disember 2017 Highest ranking: #169 shortstory - 210118 #123 shor...