Bab 10

676 17 0
                                    

TANGAN Dahlia yang berbalut dengan bandage itu hanya mampu aku perhatikan terus-menerus dengan rasa bersalah. Laju sahaja otak aku membuat keputusan last minute hendak escape dari rumah selepas membuat onar. Mujurlah Dahlia cakap, dia masih mampu untuk menolong emak. Kalau tidak pun, macamlah aku nak memerap dalam rumah dan menolong emak.

"Lia... Jaga tangan elok-elok. Jangan nak pulun buat kerja sangat!" Nasihatku secara ikhlas dan spontan. Emak di sebelah sudah menghadiahkan jelingan.

Jasmin saja yang kurang di sini sebab dia pergi rumah kawan, study group katanya. Sekarang ini aku bergantung harap pada Jasmin sahaja untuk menggantikan tugasan Dahlia buat sementara waktu.

"Hang tu, dah habis periksa terus balik ke rumah. Jangan nak buat-buat balik lambat pulak sebab nak join camping la, hiking la. Mak tau kata hang buat macam tu, siap! Silap-silap mak yang jadi king kong!" Emak menitipkan amanat yang sama untuk kali ke berapa puluh, aku sudah tidak ingat. Tapi yang pastinya, dia memang begitu bertegas tak bagi Dahlia tolong aku mengemas mahupun menyiapkan pakaian. Tekad betul emak hendak memastikan aku dapat berdikari.

"Baiklah, mak... Wawa balik rumah terus. Lagipun melepak di kampung lagi best," sambungku teruja. Segala aktiviti untuk cuti semester sudah tersenarai lengkap dalam kepala. Tersenyum lebar aku memikirkannya.

"Cuti nanti belajar buat kerja rumah daripada Lia. Akak hang ni nak kahwin dah, Wawa. Mak tak boleh harapkan dia dah." Emak menyambung serius.

Tapi aku macam tak sedar tahap keseriusan ungkapan emak saat itu.

"Jasmin ada, mak. Jangan risaulah... Kerja rumah masih dapat dilaksanakan dengan tip top!" ucapku bahagia dengan saranan yang kononnya hebat itu. Serentak itu juga, hidung aku menjadi mangsa jemari 'ketam' emak.

"Hang ni, Wawa... Insaflah!!!" Suara dan aksi emak memang lagak histeria sungguh.

Tidak mahu menambahkan rencah dan perisa dalam babak depan rumah ini, aku cepat-cepat meminta diri. Lagi lambat, mahu lewat pula aku sampai ke asrama.

ELOK aku sampai ke terminal bas di jeti Pulau Pinang, aku dah nampak bas Rapid bernombor 302. Elok sangatlah, boleh aku naik sebab lagi senang nak berjalan ke asrama. Laju aku mengeluarkan not seringgit dua keping dan menyerahkan kepada pemandu bas. Usai mengambil tiket, aku dapatkan tempat kosong yang tersedia.

Niat dalam hati memang hendak duduk seorang diri dalam keadaan aman. Tapi, spoil.

Kenapa dekat mana-mana pun aku boleh terserempak dengan dia? Baru hendak buat tak tahu dan pura-pura menghayati pemandangan luar tingkap. Tapi, ia sudah terlambat. Saat itu juga sudah terasa aura manusia yang sudah mengambil tempat di kerusi hadapan aku. Mujur dia tak duduk di sebelah, kalau tak, buta saja kena sound dengan aku.

"Hang dari mana?" soalnya ramah.

Aku diam saja. Pura-pura memejamkan mata. Lagipun, langit pun sudah mulai mendung di luar sana. Lagi aku rasa mengantuk.

"Pemalas!"

Berdesing terus telinga aku mendengar sepatah perkataan itu.

"Yang nak menyumpah aku sangat ni kenapa? Hang tak ada kerja lain ke?" marahku. Sebal. Aku baru lepas terseliuhkan tangan Dahlia di kampung. Sekarang ini aku rasa aku patut buat mulut Si Johan ini pula terseliuh. Bising macam murai. Laser pula tu!

"Nak marah sangat kenapa? Aku tanya dengan penuh kasih sayang. Jawablah elok-elok. Dari mana?" Dia ulang soalan kembali dengan senyuman.

Mulanya aku menarik wajah masam. Tapi, macam dah over sombong sangat. Aku jawab juga dengan gaya acuh tak acuh.

"Baru balik dari kampung. Nak ke asrama sekarang."

"Kan elok jawab macam tu. Ni asyik nak marah aje. Macam singa betina sangat. Dah la pemalas." Diucapkan lagi perkataan pemalas itu dengan wajahnya yang selamba itu.

"Bodohlah hang ni!!!" Aku tolak kuat bahu dia dengan beg sandang. Hampir dia jatuh tergolek.

Tapi, bukan hampir lagi. Johan betul-betul gagal menstabilkan diri. Dia jatuh terduduk depan kaki seorang amoi. Kurang tak tercium saja. Aku memang tak boleh tahan. Insiden sebegini memang wajar sangat digelak sakan.

Berdekah-dekah aku ketawa. Dan bila Johan kembali duduk semula, aku ketawa lagi. Lehernya masih dipalingkan menghadap wajah aku. Pandangannya tajam menikam.

"Hang ni, Wawa... Sudahlah menjatuhkan saham macho aku. Awek semua pandang slack kut," rungutnya manja. Geli telinga aku mendengar.

"Cakap lagi aku pemalas. Aku tolak hang keluar dari bas," ugutku namun tidak serius mana. Melihat wajah Johan yang masam dan menahan malu dalam masa yang sama, menggelikan hati saja.

"Tolak aku tak apa, jangan hang pun terjatuh sekali pulak..." ucapnya, nakal sangat. Muka dah menunjukkan simptom miang daun keladi.

"Jatuh apa pulak?" soalku kembali dengan rasa menyampah. Sekejap sangat mood Johan ini berubah. Rasa baru sekejap tadi nampak muka dia menahan malu. Tapi sekarang dah mula mengusik aku.

"Jatuh hati dengan akulah. Aku sangat kacak dan bergaya, okey." Johan mengucap dengan rasa bangga.

Uwek!!! Nak muntah. Terus aku menekup mulut, apabila tekak terasa loya. Geli!

"Wawa... Hang tak rasa ke?" soalnya nakal lagi sambil menaikkan sebelah keningnya.

Arghhh... Kenapa aku ditakdirkan berkenalan dengan lelaki perasan begini rupa? Eee... Loya tekak!

Melihat aku terus menekup mulut, Johan ketawa perlahan.

"Aku tak miang keladi sampai ke tahap tu. Janganlah serius sangat sampai buat gaya nak muntah pula. Dalam kenderaan awam kut, hang hanya akan menyebabkan satu bas terasa nak muntah sama," ucapnya selamba dan berpaling ke hadapan.

Mengakui kebenaran ayat itu, aku kembali berlagak selamba. Memandang belakang tubuh dia sekilas melepaskan rasa geram. Kalaulah aku dapat cekik dia, memang bahagia gila!

"Tak nak kenalkan diri hang dengan aku ke, secara rasminya?" soal Johan yang kembali berpaling ke belakang. Biarpun sudah ada seorang mak cik duduk di sebelah aku dan menggeleng kepala melihat aksinya, Johan tetap bersikap selamba dan mula mencipta perbualan antara kami.

"Janganlah nak sombong sangat, jiran sebelah rumah pak cik hang kut. Tak cukup dengan tu, hang dah tolak aku sampai jatuh atas lantai bas. Tolong jangan duk buat jual mahal sangat dengan aku," sambungnya dengan ayat panjang dan merapu itu.

"Yalah... Yalah, jom berkenalan. Aku Wardah, tapi hang boleh panggil aku Wawa. Tak perlu nak buat aksi miang-miang keladi ni dengan aku. Menyampah."

Johan tersenyum. Entah apa yang disenyumkan sangat itu, tak faham aku.

"Johan Kashfi. Hang ada option untuk panggil aku Johan, Kashfi atau sweet baby..." ucapnya selamba. Muka menggedik gila.

Spontan aku menekup mulut. Memang terasa nak muntah sebenar-benarnya. Mak cik dekat sebelah pun dah tayang riak wajah risau. Siap menghulurkan sekeping plastik kosong.

I really appreciate that, mak cik! ucapku dengan pandangan mata. Mak cik tu faham rasanya. Dan muntah yang dirasakan itu, mujur... Angin saja yang terkeluar. Kalau termuntah betul, aku pengsan dulu.

BYLINE CINTA WARDAHWhere stories live. Discover now