BAB 15

893 21 1
                                    

SEMESTER baru bermula lagi. Aku menarik nafas panjang sambil menyusun segala barang di dalam almari. Bilik yang berdebu ini sudah siap dikemaskan oleh Auni. For your guys information, Auni masih menjadi teman sebilik aku. Jauh dalam sudut hati, aku lega juga dengan kenyataan itu. Bimbang juga kalau orang lain tak boleh nak terima perangai pemalas aku. Selain daripada Auni, hanya Naurah yang setakat ini bertahan dengan kerenah pelik aku.

Pintu bilik terkuak luas dan Auni masuk sambil memegang baldi. Kepalanya juga sudah berbungkus tuala. Seusai siap mengemaskan barangnya tadi, dia terus melesapkan diri.

Baru aku tahu, dia pergi mandi rupa-rupanya. Kalau dia bercadang untuk lari dari bilik pun, belum tentu aku tahu.

Aku melemparkan senyuman pada Auni yang turut memandang aku pada ketika itu. Senyuman Auni seolah-olah dapat membaca rungutan dalam hati aku. Terus aku tersenyum kelat. Serba salah. Dasar manusia tidak tahu bersyukur betul, baru tadi aku lega sebab Auni masih jadi teman sebilik aku. Tidak sampai sesaat aku mengata dalam hati pula.

"Ada apa-apa nak cakap ke, Wawa?" soal Auni.

Aku tersengih kelat lagi. Teragak-agak untuk bersuara. Tapi, aku tak pernah berjaya untuk menyembunyikan apa yang terlintas dalam hati.

"Lain kali, kalau hang nak keluar pergi mandi ke, pergi mana-mana ke masa aku ada dalam bilik ni, bagi tahulah. Untuk kebaikan bersama jugak. Sorry, Auni... Aku terkutuk hang dalam hati kejap tadi." Aku mengaku jujur. Auni macam freeze sesaat. Tapi sekejap kemudian, dia senyum semula.

"Yalah, aku akan maklumkan segala pergerakan aku. Jangan cepat sangat nak bersangka buruk ya, Wawa." Senyum lagi Auni biarpun dia sempat bagi ayat peringatan setepek pada aku.

"Bukan sangka buruk, aku cuma rasa macam perlu tahu. Kalau tak tahu, aku akan fikir bukan-bukan." Aku cuba mempertahankan dengan hujah bodoh. Langsung tak ada fakta apatah lagi dalil agama. Tapi Auni masih tersenyum tenang.

"Fikir bukan-bukan, termasuk dalam kategori sangka buruk la tu. Ada ke orang fikir bukan-bukan dengan benda 'baik-baik'?" Auni explain dengan gaya tangan memasukkan inverted comma untuk perkataan baik-baik. Aku tergelak.

"Auni, hang nampak lebih ceria dari semester lepas. Apa rahsia?"

"Nampak sangat ke?" soal Auni terkejut.

"Nampaklah, sebab hang cakap melebihi sepuluh patah perkataan dengan aku dalam satu perbualan."

Riak wajah Auni berubah kemerahan. Menyerlah sangat perubahan itu sebab wajahnya yang terlalu cerah. Aku hanya mampu menjangkakan satu perkara daripada perubahan dramatik itu. Aku tahu sangat yang dia mungkin dah jumpa someone special.

Tapi, aku tidak sangka...

Kenyataan Auni lebih menggemparkan otak aku pada saat ini. Sebentuk cincin di jari manis Auni itu aku pandang dengan mulut yang terbuka. Mata sudah membulat tidak kira. Kalau kelopak mata mampu terkoyak, maka itu yang akan berlaku sekarang.

"Aku dah bertunang."

Auni what?!

"Aku dah bertunang masa cuti hari tu. Aku dah SMS nak bagi tahu hang, tapi line asyik masalah aje. Mesej yang aku hantar pun tak lepas. Jadinya, aku bagi tahu sekarang ni... aku dah bertunang ya, Wawa. Mulut tu tolong katup... Aku bukan kahwin lari pun, baru tunang aje."

"Auni... This is unbelievable!" ucapku.

Aku menekup mulut gaya mak cik sangat. Tapi otak aku macam lambat sedikit menghadam perkataan yang Auni luahkan. Auni-tunang. Di samping fakta Auni bertunang itu, Auni juga sudah kembali dengan memiliki humor sense di mana, dia baru sahaja bergurau dengan aku mengenai fakta kahwin lari itu. This is seriously unbelievable.

"Auni, tahniah untuk lawak spontan yang sangat mencuit hati aku." Aku ucapkan dengan penuh perasaan.

Wajah Auni pula berubah. Eh, aku salah cakap ke?

"Aku seriuslah, Wawa. Aku bertunang betul. Mana ada buat lawak," tegas Auni dengan kerutan di dahi. Kening cantik si gadis dari Kepala Batas ini seakan-akan hendak bercantum. Bersungguh-sungguh kerutnya. Lalu, bahu Auni aku tepuk kuat.

"Aku percayalah hang dah bertunang. Yang aku maksudkan lawak tu adalah fakta kahwin lari yang hang cakap tadi. Apalah yang nak emosi sangat..." Aku tergelak sendiri.

Auni pula cover malu. Tapi rasanya, tak perlu kut dia nak malu lebih-lebih sangat depan aku. Ini dah gaya Dahlia tersipu-sipu depan aku waktu tertangkap menyembunyikan gambar tunang yang kini sudah sah menjadi suaminya. Serius, aku dan babak tersipu-sipu malu macam ini memang memualkan tekak sedikit.

Untuk mencantaskan perasaan malu Auni daripada membiak pantas, aku lontarkan soalan cepumas.

"Kenapa bertunang awal sangat? Tak takut ke tersalah pilih orang?"

Macam bagus sangat aku bertanyakan soalan itu. Konon bimbangkan Auni tersalah buat pilihan. Padahal, sekali pandang cara Auni menguruskan diri sendiri pun dah boleh tahu, tidak mungkinlah dia tersalah pilih.

Kalau aku yang tersalah pilih, itu mungkin kena sangat. Sebab kehidupan aku pun tiada pengurusan yang sistematik. Semua pun nak main rembat aje. Asal okey. Asal boleh. Janganlah sampai bab cari teman hidup pun, aku main rembat aje. Tapi, kalau rembat yang macam Mawardi pun okey juga.

Dalam pada bibir dan hati menyebut tak suka, tiba-tiba aku terindu dengan bunga mawarlah pula. Feeling sekejap.

Sekejap sajalah. Dan aku kembali fokus kepada Auni. Dia masih belum menjawab soalan aku rupa-rupanya. Masih dengan aksi tersipu-sipu malu. Menyampah dah.

"Auni, kembali kepada persoalan kita..." Aku ulang semula soalan tadi kepada Auni.

Kali ini baru dijawabnya. Diceritakan serba sedikit mengenai pertunangannya yang diaturkan oleh keluarganya itu. Aku yang mendengar kisah itu hampir membuat konklusi bahawa Auni dalam situasi yang terpaksa pasrah gila. Tapi sebaliknya, dia nampak bahagia.

Daripada cerita Auni, aku baru tahu... Rupa-rupanya kisah hidup kakak dia lagi sadis. Selesai SPM dah bertunang. Tapi, kalau kakak dia tu spesies anak solehah yang tak berapa cemerlang dalam pelajaran macam Dahlia, aku tidak hairanlah. Dahlia tu, bab pelajaran saja kantoi. Bab lain, dia sentiasa cemerlang. Aku memang tak mampu lawan.

"Masa kakak aku tahun pertama di universiti, dah langsungkan kenduri." Auni menyambung cerita. Dan aku melopong sendiri.

"Akak hang masuk universiti? Studi apa? Kerja dah sekarang?" Aku menjadi jakun. Macam kera terlepas dari kampung. Memang tidak tahu langsung, ada juga orang bijak pandai yang mengambil keputusan untuk melangsungkan perkahwinan di awal usia remaja. Kuno juga kepala otak aku ni.

Auni tersenyum saja melihat wajah aku.

"Kakak aku sekarang dah ada tiga orang anak. Bekerja sebagai doktor di Hospital Sultanah Bahiyah. Kahwin muda bukan penyakit bahayalah, Wawa," ungkapnya dengan tawa pendek.

"Eleh... Dah jadi tunang orang, relevanlah nak mengungkap ayat tu. Cuba gaya macam aku ni pergi cakap ayat tu dekat mak kesayangan di kampung tu... Confirm penyapu sampai dulu." Aku mencebik.

Terbayang jelas sangat penyapu di rumah emak. Penyapu tu sangat berjasa kepada emak untuk mengugut kononnya nak membelasah aku.

"Hang tu kalau merajinkan diri lebih daripada biasa, mesti mak hang okey aje untuk bercakap soal tu. Tapi hang tu, nak ke tidak merajinkan diri?" soal Auni.

Aku terdiam. Berfikir seketika. Ada satu soalan muncul dalam minda.

"Nak kahwin kena rajin ke, Auni?"

Auni tersenyum. Lama-kelamaan senyuman itu bertukar menjadi tawa kecil dan terus berpanjangan. Tapi usai dia berhenti ketawa, aku dapat juga jawapan. Jawapan baik punya!

"Nak belajar pun kena rajin, Wawa."

Berhenti berangan, Wawa. Belajar pun tak rajin. Nak bermimpi kahwin pula.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 09, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

BYLINE CINTA WARDAHWhere stories live. Discover now