7

11.2K 475 7
                                        

Keesokan paginya

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Keesokan paginya

Pukul 8 pagi Devil masih lagi terbaring di atas katil bilik mereka.

Bilik Bal

"Wuahh hurm hrrrrr!! " nguap bal kuat sambil meregangkan badannya. Bal pejam celik pejam celik matanya berulang kali bagi penglihatan dia jadi jelas.

Bal lihat ke arah jam dinding biliknya. Menunjukkan pukul 09:35 pagi.

"Mmm kena berlatih vokal, buat lagu, rakam lagu pulak aduh malasnyaa" bal membaringkn semula badannya malas dan penat.

"Penat betul la jadi komposer muzik ni" ngalah bal terus bangun mengambil tualanya menuju ke bilik mandi.

Bal memakai baju t-shirt lengan pendek warna merah, seluar pendek warna putih dan bal melepaskan rambutnya.

Bal turun ke dapur untuk meminum secawan teh panas untuk kesegaran pagi hari dia. Belum sempat bal hendak minum air dia tetiba.

Ting tong~

Bal mendapati seseorang menekan loceng rumah mereka. Bal tengok jam rumah.

"Siapa pulak datang jam 8 pagi ni! " bal menghentak cawan dia di atas meja geram.

Ting~ tong~

Bunyi loceng rumah berbunyi lagi.

"Aishh orang tak minum lagi teh ni dah kacau! bangang punya budak heish!" maki bal geram lalu menuju ke pintu rumah mereka.

Klek!

Terbeliak matanya apabila dia mendapati king berada di luar pagar rumah devil.

Bal dengan cepat masuk semula menutup pintu kembali lalu mengeluh. "Alamak mamat kerek tu buat apa kat sini do!?"

"Hello! bal kitorg nampak kau keluar tadi la cepat la bukak pagar ni!!" jerit aiman dari luar pagar rumah devil.

Bal hanya bersabar lalu keluar semula pergi ke arah depan pagar yang king sedang tunggu di luar pagar.

"Apa korang nak, pagi pagi buta datang rumah orang, apa nak mintak sedekah ke apa ha!?" perli bal sambil memeluk tubuhnya pandang king tajam.

King tersengih memandang satu sama lain.

"Haihh kau ni keluar dengan pakai pakaian seksi bagi kitorg ni, pastu nak ejek orang pulak tak takut ke kitorg culik ke apa ke, tak takut?" ucap man dengan senyuman jahat begitu juga king yang lain.

Bal hanya bersabar.

'Pale otak dia la aku pakai baju lengan pendek dengan seluar pendek dia kata seksi mangkuk hayun betul la mamat ni aish!!' ucap bal di dalam hati dia geram.

"Pergi mati la bro"

Adam yang hendak berkata sesuatu terus terdiam semula apabila zie keluar dengan baju lengan pendek warna kelabu bersaiz besar dan menutup seluruh bahagian atasnya dengan memakai seluar pendek warna hitam di dalam.

[C] TENGKU KGDVLS1☑Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang