Agam Megah Indera..
"Ash tak suka dia la papa, dia tu dah la macam 'Angsa kerasukan' !Tambah-tambah lagi dengan geng-geng dia tu, asyik nak cari gaduh je memanjang !" Bantah Noah Ashraff, dia sudah habis idea untuk menghalang majlis ini. Menjeritlah sekuat macamana sekalipun, berkeraslah macam batu sekalipun, majlis tetap dilaksanakan. Jadi apa pilihan yang dia ada ??
"Ash, setiap peluang yang baik hanya datang sekali saja dalam seumur hidup kita. Papa nak Ash terima dengan hati terbuka tentang perkara ni ! Ash tahu tak, impian papa dengan mama tau nak tengok Ash dengan eL kahwin .. " Kata Tuan Ariff, berdiplomasi dengan anak terunanya itu.
"Papa, Ash tak suka dia. Macamana kalau kitorang tak boleh survive ? Ash tak nak habiskan masa remaja Ash dengan perkara yang sia-sia, papa. Zaman remaja kita cuma sekali.." Luah Noah Ariff, dia matang dalam memikirkan baik dan buruk !
"Ash, papa yakin Ash boleh bentuk eL menjadi matang. Zaman remaja kamu berdua tak akan sia-sia Ash, percayalah cakap papa. Ianya akan lebih indah dari remaja yang lain.." Kata Tuan Ariff lagi. Noah Ashraff hanya diam, termenung.
Seketika dia teringatkan wajah comel yang penuh misteri itu. Entah kenapa dirasakannya bahawa Michelle Anggerik itu seorang seorang gadis yang misteri dan dingin. Dia cantik, 'hot', dan banyak lelaki tergila-gilakan dia, namun dia memilih untuk menunjukkan reaksi 'dingin' terhadap lelaki !
Gadis itu bagaikan memberontak dengan dirinya sendiri. Noah Ashraff meraup mukanya beberapa kali.
"Papa, bagi masa kat Ash nak cakap benda ni dengan eL.. Ni soal hidup mati kami, papa .." Luah Noah Ashraff. Tuan Ariff hanya mengangguk.
***********************************************************************************************
Michelle Anggerik hanya termenung di dalam biliknya. Airmatanya bagaikan tidak kering. Nasib hari ini hari Sabtu, tak ada kelas. Kalau tidak jenuh jugaklah nak berdrama bagai..
Pintu bilik di ketuk lagi ..
"Adik, Along here .." Kata Along dari luar, mengetuk pintu
"Masuklah .." Balas Michelle Anggerik seraya mengesat airmatanya.
Faiz Iskandar melabuhkan punggung di penjuru katil adiknya itu. Cantik dan kemas bilik itu, berlatarbelakangkan pink putih. Sangat girly !
YOU ARE READING
Dia Suami Saya !
Romance"Dia Suami Saya !" mengisahkan sepasang pelajar yang masih di bangku sekolah, yang telah dijodohkan oleh keluarga mereka ! Umur baru 16 tahun, tapi mereka dah dikahwinkan ? OMG ! Are u crazy ? No no no ! Tambahan pula mereka bukan kategori rapat & m...