Waktu balik ..
Kelihatan driver keluarga mereka, Pak Mail sedia menunggu mereka. Parking di situ, di luar pagar sekolah.
Baik Michelle Anggerik mahupun Noah Ashraff hanya diam. Suasana sunyi dan janggal antara mereka.
Masuk saja di dalam kereta Michelle Anggerik duduk bersandar dengan tenang, cuba menutup matanya.
Noah Ashraff pula melabuhkan punggung di sisinya. Dan dalam diam Michelle Anggerik mula mencipta jarak antara mereka. Dia tidak ingin berada dekat dengan lelaki itu.
"Pak Mail, eL nak balik rumah dady .. eL nak balik ke Agam Sutera Biru .."
Arah Michelle Anggerik, perlahan ..
Pak Mail hanya mengangguk..
"Dan Ash ?" Kata Pak Mail pula.
"Ash ikut je Pak Mail, eL rindu kat rumah sana kot .. Hantar kami ke sana ya Pak Mail .." Kata Noah Ashraff, sopan.
Dan destinasi perjalanan kereta itu terus bertukar hala.
Sepanjang perjalanan balik ke rumah, mereka hanya diam. Sesekali Michelle Anggerik melemparkan pandangan ke luar jendela..
Bunga-bunga itu cantik ! Dan permandangan indah ini menyejukkan hatinya yang galau sejak tadi ..
YOU ARE READING
Dia Suami Saya !
Romance"Dia Suami Saya !" mengisahkan sepasang pelajar yang masih di bangku sekolah, yang telah dijodohkan oleh keluarga mereka ! Umur baru 16 tahun, tapi mereka dah dikahwinkan ? OMG ! Are u crazy ? No no no ! Tambahan pula mereka bukan kategori rapat & m...