SMK Belalang 1 - Isnin ..
Hari ini Noah Ashraff dan Michelle Anggerik di hantar ke sekolah oleh Pak Mail, driver Tuan Shahir.
Jejak saja kaki di hadapan pintu pagar sekolah, semua mata pelajar tertumpu pada pasangan ini ! Ye la, tak pernah-pernah pergi sekolah sama-sama ! Tiba-tiba hari ni datang sama-sama ! Kau tak heran ke weh ?
Ni belum lagi geng diorang nampak tau ?! Kau tengok lah nanti ?! Masak ke tidak nak menjawab ? Tapi, pasangan ini sudah prepare jawapan awal-awal tau ! Bak kata Noah Ashraff, crime partner !
Noah Ashraff dan Michelle Anggerik selamba badak saja berjalan menuju ke kelas, masuk kelas pun sama-sama.. Macam tak ada kelainan yang berlaku.
"Eh kau pergi sekolah sama-sama dengan Ash ke eL ? What the amazing dream ?" Kata Christine Hermosa, sambil melirik-lirik si kacak Noah Ashraff di sebelah sana ! Lelaki itu duduk ditempatnya, bersama geng 'Bad Boys' yang lain ..
"Yes, sama-sama.. Parents kitorang dah aturkan kenderaan untuk kami .. Ikut je lah" Kata Michelle Anggerik, selamba.. Dia memakai kacamatanya, lalu mengeluarkan buku-buku di dalam beg. Kejap lagi subjek sains tau !
Sikap selamba itu membuatkannya nampak menarik dan matang di kalangan ahlinya ! Mereka tidak tahu lagi perangai gadis ini di rumah sebenarnya ! Hanya Noah Ashraff yang tahu !
Eh kau pakai inai, eL ?" Jerit Bella, dia tak sengaja terjerit, cuma terkejut apabila terpandang warna-warna merah menyala di jari runcing Michelle Anggerik.. Sergahan itu menyebabkan buku-buku Michelle Anggerik jatuh bertaburan di atas lantai..
Suara Bella membuatkan mereka berdua menjadi tumpuan warga kelas, termasuk Noah Ashraff.. Dahinya berkerut melihat geng 'The Girls' kalut semacam, dan kelihatan Michelle Anggerik marah mengawal keadaan.
"Eh apasal kau tak tembak je kepala aku ni guna pistol eh ? Aku terkejut tau tak ? Tak pun kau guna je pembesar suara kat sekolah ni ? Aku tak pekak lagi la weh !" Sound si Kapten, Michelle Anggerik.
"Alaaa im sorry lah .." Kata Bella menunjuk muka kasihan sambil memandang muka anggota 'The Girls' satu persatu.. Bibir di muncungkan, acah-acah comel tahap dewa ! Namun, masing buat tidak tahu, no back-up ! Sapa suruh buat kapten marah ? Gedik sangat nih !
Noah Ashraff hanya memerhatikan gelagat geng itu, sambil curi-curi dengar perbualan mereka ! Dia berpura-pura sibuk membuka buku, drama king jugak tau !
"eL, aku heran tau bila remaja macam kita ni pakai inai macamni ! Rare tau ? Ke kau berangan nak kawen dah ?" Kata Bella, masih tidak puas hati ! Dia memang begini, sel-sel otak sangat cepat bergabung, so ada sifat ingin tahu yang amat amat tinggi !
YOU ARE READING
Dia Suami Saya !
Romance"Dia Suami Saya !" mengisahkan sepasang pelajar yang masih di bangku sekolah, yang telah dijodohkan oleh keluarga mereka ! Umur baru 16 tahun, tapi mereka dah dikahwinkan ? OMG ! Are u crazy ? No no no ! Tambahan pula mereka bukan kategori rapat & m...