Indahnya Tasik Jeuju .. (Khayalan menjelma, menerpa fikiran melayang nun jauh mengenangkan mu .. )
Vivian berjogging di sepanjang Tasik Jeuju .. Termengah-mengah nafasnya sambil matanya masih meliar memandang sekeliling ! Dia memandang sekeliling lagi ! Tiada Danish Imran di situ ! Ish, tadi di terdengar mereka nak jumpa kat sini ? Mana eh? Vivian terus berjogging ..
Kerana cinta punya pasal, sanggup tau amoi cantik ni jadi stalker, turun berjogging petang-petang begini ! Namun, apa yang dihajati tidak kelihatan !
Kat depan kot ? Vivian terus mengatur langkah ke depan lagi ! Nah, kelihatan Danish Imran duduk sendirian di situ, dengan muka kosong ! Nampak kecewa !
Langkah Vivian May terhenti, dia menarik nafas lega ! Nah, dah jumpaa ! Tapi Inara Johan kat mana eh ? Matanya terus meliar ! Sebelah sana, tiada ! Sebelah sini, tiada ! Hujung sana, juga tiada ! Amoi cantik itu hanya terpinga-pinga.
Nak datang dekat ke tak eh ? Dia bertanya-tanya sendiri ! Ah datang je la ! lagipun kau datang sini nak tengok dia kan ? Amoi yang cantik ini tergelak sendiri, dia menutup mulutnya ! Comel !
"Hello Danish .." Sapa Vivian, acah-acah jogging .. Padahal Sang Stalker ini dari saja berlakon, cinta punya pasal !
Danish Imran menoleh, agak terkejut dengan kemunculan amoi itu di sini ! Namun, dia tersenyum juga, mengangguk !
"Awak seorang ? Mana yang lain ?" Kata Vivian May, cover line !
"Saya seorang.. And how about you ?" Kata Danish Imran, merenung amoi ini dari atas ke bawah, dan melihat disekelilingnya kalau-kalau dia datang and the gang ? No ! Betul dia seorang !
Ish, lain yang di tunggu, lain yang datang ! Aku nak Inara Johan, bukan Vivian May ! Keluhnya di dalam hati ! Hatinya sudah terpaut pada Inara Johan ! Entah apa sangatlah minah mental tu bila dibandingkan dengan amoi yang banyak lebih lawa dari dia tu ! Hai mata, bila lah nak celik ?
"Saya pun seorang .. " Kata Vivian May, tersenyum manis .. Mengharap agar Danish Imran mempelawanya duduk di situ !
Danish Imran mengangguk lagi, matanya meliar menunggu kelibat Inara Johan ! Namun hampa, sudah hampir sejam kot dia menunggu namun bayangnya langsung tidak kelihatan ! Nak kol ? Dah puluhan kali lah ? Langsung tak di angkat !
YOU ARE READING
Dia Suami Saya !
Romance"Dia Suami Saya !" mengisahkan sepasang pelajar yang masih di bangku sekolah, yang telah dijodohkan oleh keluarga mereka ! Umur baru 16 tahun, tapi mereka dah dikahwinkan ? OMG ! Are u crazy ? No no no ! Tambahan pula mereka bukan kategori rapat & m...