Nadzirul

1.7K 99 35
                                    

Third person P.O.V

Dengan keadaan sekarang Ibu dan bapa kepada Nubhan tidak mengetahui dimana keberadaan anak mereka. Apa yang Nubhan buat di Malaysia.

Bila Datuk Kamaludin dapat tahu bahawa Nubhan pergi Malaysia tanpa pengetahuannya dan ingkar atas suruhannya dia terus pulang kerumah dan menyalahkan isteri nya Datin Rosnita.

Terus terus masuk pintu rumah dengan muka yang menunjukkan dia marah. Semua pekerja takut menegurnya.

" ROSNITA! ROSNITA! " Jeritnya dengan kuat.

" Apa awak bising bising ni? " Isterinya keluar dengan wajah yang keliru. Dah kenapa suami ni jerit jerit tak bagi salam.

" Anak awak tu pergi KL tak bagitahu! Dah lah tak masuk office! Tak masuk kolej pulak tu! Awak buat apa kat rumah! Tak tahu nak jaga anak! Ni baru seorang! Kalau Nadzirul ada kat sini! Awak tak nak jaga juga?! "

Suara Datuk Kamaludin yang kuat boleh terdengar sampai keluar. Datin Rosnita yang tidak tahu apa apa terus terus kena marah menyampah dengan perangai suami nya.

" Saya tak tahu langsung pun Nubhan pergi KL! Awak nak perli saya jaga anak. Awak nak ingatkan saya tentang Nadzirul?! Bukan awak ke yang buang dia?! Bukan awak ke yang tak nak dia sebagai anak awak!? Awak nak salahkan saya cuai jaga anak?! Awak yang keluar dengan perempaun entah pelacur mana awak ambil tu tak sedar!? Awak tu dah tua! Tak se- "

PANG!

Tamparan yang kuat dibuat oleh Datuk kepada isterinya atas mulut isterinya yang tidak ada batas. Sebelum gaduh ni dah marah sekarang Datin melawan semakin marah dibuatnya.

" Kau perempuan jangan nak ceramah aku bagai! Kau tak reti nak jaga aku! Apatah lagi anak anak! Kau sebagai isteri patut jaga! Bukan jaga butik kau tu! "

Isteri yang memegang pipi nya yang masih sakit melihat suaminya dengan penuh rasa benci. Dia dah muak dengan perangai suaminya. Dan sekarang sang suami dah pakai bahasa Kau-Aku.

Si isteri sudah letih melayan marah suami yang datang secara langsung.

" Kalau awak dah tak nakkan saya. Lepaskan saya. "

Pintaan isteri membuatkan Datuk terkedu. Tetapi dalam hatinya merasa suka. Tidak ada rasa kasihan atau kasih sayang lagi yang tertinggal walaupun sedikit.

" Tu yang kau nak? Aku dah tunggu lama untuk kau minta tu. Okay kalau macam tu. Aku ceraikan kau.. "

Dengan begitu saja Berakhir lah rumah tangga Datuk Kamaludin dan Datin Rosnita.

Datin sendiri hairan juga kenapa dia merasa tidak ada rasa sedih dalam hati dia. Baru kena cerai kot. Rasa puas hati. Rasa.. yang penting lega.

Bila teringat dengan Nadzirul. Kisah kama berulang di mindanya.

" Papa, mama. Nadzirul tak nak kerja kat syarikat papa. Nadzirul mahu jadi Pilot. "

Datuk kamaludin terkejut dengan penyataan anak bungsunya. Secara tiba tiba dia merasa naik angin.

" Apa?! Siapa nak tolong abang kamu kalau kamu tak nak kerja kat syatikat papa?! "  Suara semakin ditinggikan.

Adelia ( Completed )Where stories live. Discover now